Segala Terjawab Bagi Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32

Segala Terjawab Bagi Anugerah Juara Lagu Ke-32

Akhirnya telah jayanya diadakan Anugerah Juara Lagu Ke-32 malam tadi. Anugerah berprestij yang mengangkat karya seni lagu yang diadakan setiap tahun ini telah mengakat tema fesyen dan muzik dan buat kali pertama dalam sejarah trofi AJL diberi nafas baru oleh pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaimi.

Segala Terjawab Bagi Anugerah Juara Lagu Ke-32

Anugerah yang diadakan cukup meriah, jika anda menonton di kaca tv juga rasa teruju apatah lagi penonton yang menonton secara live di Axiata Arena sendiri. Anugerah itu diserikan dengan 2 pengacara baru dalam dunia AJL iaitu Aziz Satar dan Sherry Al Hadad. 12 lagu telah dipertandingkan seperti di entry sebelum ini dan akhirnya telah terjawab siapa yang merangkul Juara Lagu AJL32 kali ini yang sekali gus membawa wang tunai sebanyak RM50,000, voucer CJ WOW Shop dan Trofi.

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke-32


Juara Lagu AJL32
Jampi - Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Naib Juara AJL32
Sejati - Caliph Busker
Komposer: Faizal Tahir & Mike Chan

Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

Tempat Ke-3 AJL32
Tergantung Sepi - Haqiem Rusli
Komposer: Gouffran & Ibnu
Lirik: Gouffran & Ibnu

Vokal Terbaik AJL32
Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri
Komposer: Syamel
Lirik: Syamel

Persembahan Terbaik AJL32
Amboi - Amboi
Komposer: Navigator
Lirik: Altimet

Penyanyi Pilihan Samsung
Khai Bahar

Segala Terjawab Bagi Anugerah Juara Lagu Ke-32


EmoticonEmoticon