Pengalaman Bersama Lazada | Online Revolution Blogger Contest

Pengalaman Bersama Lazada | Online Revolution Blogger Contest

Mungkin ada antara kita baru mengenali laman e-dagang Lazada pada 11 November yang lepas atas sebab event terbesar tahunan yang dilancarkan iaitu Online Revolution 2017. Nak tahu apa event tersebut korang boleh baca sini. Untuk pengetahuan event tersebut akan berlaku 2 kali iaitu pada 11 November yang lepas dan sekali lagi pada 12 Disember ini. Jadi jangan lepaskan peluang online shopping dengan harga rendah dan tawaran istimewa di Lazada.

Disamping itu, pihak Lazada juga mengadakan Blogger Contest yang bermula daripada 1 November sehingga 14 Disember. Pihak Lazada juga menyediakan hadiah yang menarik. Jadi untuk blogger sekalian, mari la memeriahkan contest ini.

Blogger Contest


 a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 

Bila bercerita tentang Lazada, mungkin sekarang ni ramai rakyat Malaysia pernah menggunakannya untuk membeli sesuatu keperluan daripada sekecil-kecil barang sehinggalah sebesar-besar barang. Untuk aku pula, seingat aku, aku bermula di lazada ini hanya untuk membeli topup telefon pada tahun lepas rasanya. Aku dapat tahu Lazada menawarkan sekurang-kurangnya 5% potongan untuk setiap topup. Siapa nak bagi kan? Kadang dapat buat bisnes kecil-kecilan jual topup. Untung sudah tentu kecik amat. hehe Jadi sejak dari tu, aku topup melalui Lazada je.

b. Which types of products would you prefer buying online? 

Bagi aku beli secara online ada kebaikkan dan ada keburukkan. Ada barang yang bagi aku sesuai untuk beli secara atas talian dan ada yang tidak sesuai. Kalau nak tengok daripada segi harga, laman atas talian terbukti lebih murah. Tetapi kene beringat la juga, kita membeli sesuatu barangan yang kita masih belum nampak, jadi sudah tentu ada risikonya. Tak kisah la di laman e-dagang mana-mana pun. Jadi bagi aku barang yang sesuai beli secara online mestilah barang tu tidak begitu berharga sangat seperti pakaian, buku, topup telefon, dan sebagainya. Barang seperti telefon bimbit, perkakas elektrik, laptop kalau boleh aku elakkan untuk beli secara online, aku elakkan. Demi keselamatan. Tetapi kalau nak beli juga, pihak Lazada telah menyediakan reviewers, raters yang diberi oleh customer sendiri. Jadi kalau korang nak beli juga korang kene baca review dan rating dahulu. Aku pernah je beli lens DSLR kat Lazada. Alhamdulillah, lebih murah daripada harga luar, berkualiti dan sampai dengan selamat ke rumah.

c. What to you love about online shopping? 

Apa yang best bagi aku memberli secara online ni adalah, kita tahu harga secara total yang perlu dibayar sebelum membuat pembayaran. Kadang-kadang kalau kita beli di kedai, kita tengok harga di barang lain, tapi bila nak pergi bayar, jadi lain. Jadi kalau secara online dia dah tulis siap-siap harga sebenar dan harga postage jika ada pun akan ditulis. Mudah. Boleh plan apa yang perlu kita bayar. Membeli secara online ni juga best sebab boleh beli bila-bila sahaja tanpa perlu takut kedai tutup. Tengah malam pun boleh beli. (Tapi pastikan online banking tak maintenance la). Paling best sudah tentu beli secara online ni harga jauh lebih murah daripada harga pasaran. Jadi apa lagi, beli online je la kan.

d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

Pada 11.11 yang lepas semasa event Online Revolution, aku berkesempatan membeli 1 barang iaitu 
Dome Port Telesin 2017. Harga sebelum Online Revolution adalah RM168 dan semasa event tersebut harganya turun kepada RM138, turun RM30. Pada hari tersebut, bersepah voucer yang diberi oleh pihak Lazada, korang kene pandai cari je. Aku dapat 1 voucer diskaun dan akhirnya harga tersebut menjadi RM120 sahaja. Daripada harga asal Rm168, turun kepada RM120. Lebih kurang 28% diskaun pada 11.11 yang lalu. Siapa nak bagi kan.


Jangan lupa lawati laman web rasmi Lazada di www.lazada.com.my dan tunggu online revolution seterusnya pada 12.12 ini di pautan ini

2 comments


EmoticonEmoticon