Kufi Wednesday #38 | Bulan Bahasa

bulan bahasa kebangsaan
Bulan Bahasa Kebangsaan

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah:

  1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Ketahui aktiviti-aktiviti sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan di
Laman Web : laman.dbp.gov.my/

2 comments


EmoticonEmoticon