Dapatkan Tiket Wayang Percuma Pada Hari Lahir Anda Di GSC

Dapatkan Tiket Wayang Percuma Pada Hari Lahir Anda

Dapatkan Tiket Wayang Percuma Pada Hari Lahir Anda | Kat sini aku nak kongsikan cara bagaimana korang boleh dapatkan tiket wayang percuma bila tiba hari lahir anda. Korang bukan dapat 1 tiket tapi 2 tiket okay. Perkongsian ni diselitkan dengan pengalaman juga. Sebabnya aku baru saja tebus tiket wayang percuma pada minggu lepas sempena hari lahir aku pada bulan September

Aku tak pasti untuk panggung wayang lain, perkongsian ini hanya pada Golden Screen Cinema, GSC. Sebabnya aku tak pernah pun pergi panggun wayang lain, sebab MBO ke TGV takda kat area tempat tinggal aku.

Mula-mula sekali korang kene daftar atau sign up akaun GSC di website rasminya disini. Masukkan details korang dengan betul. Takut kalau tipu mana-mana bahagian, masa tebus tiket percuma tu ada masalah.

Dapatkan Tiket Wayang Percuma Pada Hari Lahir Anda

Dapatkan Tiket Wayang Percuma Pada Hari Lahir Anda
Tiket wayang percuma ini hanya hanya member GSC sahaja yang dapat. Bermaksud, anda sudah berjaya sign up, anda sudah jadi GSC members

Seterusnya tugas korang adalah tunggu bulan kelahiran sahaja. Sebagai contoh aku lahir bulan September, jadi pihak GSC akan menghantar email sebagai penghargaan kepada email yang korang daftar tadi pada hujung bulan Ogos

Dapatkan Tiket Wayang Percuma Pada Hari Lahir Anda
Ini contoh giftcard daripada email yang pihak GSC hantar kat aku

Dapatkan Tiket Wayang Percuma Pada Hari Lahir Anda

Dalam email tersebut akan diberi 3 button iaitu Redeem Now, Check asterisk movie showtimes dan how to check arterisk movies. Gift card akan berlainan setiap tahun rasanya, jadi tak kisah la bentuknya macam mana. Kalau korang dah dapat email macam ni, korang layak tebus atau redeem atau dapatkan tiket wayang sebanyak 2 keping. Tapi lepas tu macam mana nak tebus?

Bila korang dah tekan button REDEEM NOW tu file pdf akan keluar, jadi korang print, masukkan details dan bawa ke kaunter GSC yang berdekatan.

Dapatkan Tiket Wayang Percuma Pada Hari Lahir Anda

Untuk GSC Login ID, korang tulis email yang korang log in di website GSC. Tebus hanya valid di kaunter tiket dan jangan lupa bawa IC korang.

Syarat lain:

  1. Tebusan tiket hanya valid pada bulan kelahiran anda sahaja bermula dari 1 - 31 haribulan. Korang boleh tebus tiket terus walaupun belum sampai tarikh lahir anda pada bulan tersebut.
  2. Bukan semua movie korang boleh tonton hasil daripada tebus 2 tiket wayang tersebut. Hanya movie Asterisk atau bertanda * sahaja yang korang boleh tonton. Korang boleh check macam mana nak tahu movie tu Asterisk atau tidak melalui link ini atau senang cerita tengok gambar ni. Then dah boleh tengok wayang percuma
Dapatkan Tiket Wayang Percuma Pada Hari Lahir Anda

Aku tebus tiket wayang aku pada 30 September lepas, hari terakhir. Masa tu, cerita yang Arterisk hanya Abang Long Fadil 2 dan IT. Jadi aku decide tengok ALF2 je di GSC Kuantan dengan member aku. So, aku bukanlah penyumbang RM17.8 Juta kutipan untuk ALF2 tapi legal ok. Sorry Syafiq Yusof haha

Tiket 1 lagi kat rodong

4 comments

Baru dapat juga.. tak perlu member card kan?

menarik..boleh tryapply nt jadi mmber dlu hehe

tak perlu. bawa je borang dengan IC. dapat 2 tiket

sign up je. lepas tu tak guna apa-apa pun takpa. kot nanti dah sampai bulan kelahiran. terus boleh tebus tiket kan


EmoticonEmoticon