5 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Lens 50mm


5 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Lens 50mm

5 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Lensa 50mm | Setiap pengguna DSLR pasti mengimpikan gambar yang cantik, gambar yang unik dan berbeza daripada pengguna smartphone. Ingat, bukan DSLR sahaja kamera yang wujud di dunia ini, pada telefon bimbit pun sekarang dah ada even aku rasa hampir sama level dengan DSLR. Tapi kalau dah ada DSLR, apa salah gunakannya sepenuhnya untuk mengambil gambar yang lebih cantik.

DSLR datang dengan lens yang berbeza tetapi bagi DSLR entry level aku Canon 1100D didatangkan dengan kit lens 18-55mm f3.5-5.6. Awalnya nak bagi tahu, aku bukanlah professional photographer, aku hanyalah seorang pengguna DSLR yang minat terhadapnya. Jadi segala perkongsian merupakan sedikit pengalaman dan juga bacaan internet yang aku dapat.

Jadi selepas kit lens, aku buat keputusan untuk dapatkan lens ke-2. Bagi aku, lens tersebut bukanlah khas digunakan untuk create income, tetapi lebih kepada minat aku terhadap fotografi. Jadi kat sini aku kongsikan 5 sebab kenapa aku dapatkan lens Canon EF 50mm f/1.8 sebagai lens ke-2 selepas kit lens.


5 Sebab Ada Pada EF 50mm

1.   Harganya sebuah lens Canon yang murah

Bila mula-mula aku survey untuk mencari lens ke-2, seriously aku terkejut sebuah lens berharga bawah RM1000 even bawah RM500. Pandai cari, aku berjaya dapatkan EF 50mm f/1.8 mark ii bawah RM400. Aku rasa lens ni lah paling murah keluaran Canon. Jadi sebab yang munasabah ini, aku beli lens ni.

2.   Kualiti dan nilai gambar yang dihasilkan

Selepas aku dapat tahu yang harganya murah, aku kene pastikan lens ini apa kualiti gambarnya? Adakah sama seperti kit lens juga? Jadi satu-satu tempat yang logik akal nak survey adalah melalui youtube. Bersepah review untuk lens ini. 

Lens 50mm merupakan prime lens iaitu lens yang tidak boleh zoom berbeza dengan kit lens (boleh zoom). Jika korang membuat bacaan, ternyata prime lens memberikan kualiti gambar yang tinggi dan baik. Ianya kerana di dalam lens yang tidak mempunyai kebolehan zoom, di dalam badan lens tersebut kurang terkandung bahagian alatan bergerak sekali gus mengurangkan daripada berlakunya error di dalam kualiti gambar.



3.   Portrait mode

Kalau korang baca, lens 50mm kebiasaanya dikaitkan dengan portrait lens bermaksud iainya sesuai dengan portrain style dan juga street photography. Lens ni sesuai dengan aku, sebab, pada awalnya DSLR ni aku guna untuk gambar family, guna hari raya ataupun kita berjalan-jalan. Jadi dengan style ini, portrait lens 50mm ini sesuai bagi aku. Tetapi tanpa aku sedari, ada sebab lain lagi menjadikan portrait mode ini lebih awesome. Teruskan bacaan...




4.   Bokeh yang awesome!

Ya! inilah membuatkan gambar portrait aku menjadi lebih cantik iaitu dengan kehadiran bokeh disebabkan shallow depth of field. Mungkin ramai dah faham term-term semua ni. Tak faham boleh google. hehe Disebabkan wide aperture iaitu bukaan yang besar pada aperture iaitu f/1.8, ini menyebabkan bokeh terjadi. Gambar portrait dan bokeh kalau digabungakan menjadi begitu awesome! i like bokeh! Dengan bukaan yang besar juga ia sesuai dengan kehadiran cahaya yang kurang ataupun low light condition. Jadi kalau korang nak tangkap gambar pada waktu malam, tak payah guna flash.


contoh low light condition


5.   Ringan

Aku buat keputusan yang lens baru iaitu 50mm yang aku beli akan dipasang pada DSLR secara berterusan. Kit lens aku simpan dalam kotak. hehe Jadi EF 50mm ini sesuai kerana ianya ringan berbanding dengan kit lens aku. Berat EF 50mm ni lebih kurang 130g manakalan kit lens aku lebih kurang 210g. Jadi iainya lebih ringan bila dipasang di kamera. Tangan tak lenguh, tengkuk tak rasa kebas kalau kamera bergayut kan. Mudah dibawa ke mana-mana sahaja




Mungkin bagi professional photographer lain memberikan sebab-sebab yang lain, bagi aku yang amatur, ini merupakan 5 sebab kenapa aku dapatkan EF 50mm f/1.8 mark ii sebagai lens ke-2 aku. Sebenarnya EF 50mm ada 2 jenis. Another one is EF 500mm f/1.8 STM. Bagi aku yang lain adalah harganya. Rasa aku mahal 100 hinggit. Lain sama je. hehe Nanti kalau ada rezeki lebih, mungkin kita boleh cari lens mahal sikit dan mungkin boleh ceburi bidang fotografi plak. Hajat seterusnya macam nak dapatkan 35mm plak. Ada rezeki, kita jumpa. Ciaw!


2 comments

Tak ada dslr.. tapi kalau ada nanti akan ingat tips ni..


EmoticonEmoticon