Senarai Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia 2017

Senarai Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia 2017

Senarai Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia 2017 | Ribuan tahniah diucapkan kepada semua pemenang di Festival Filem Malaysia ke-29, FFM29 yang telah berlangsung malam semalam yang lebih fokus kepada filem cereka. FFM29 telah diadakan PWTC, Kuala Lumpur telah menyaksikan filem Adiwiraku merangkul anugerah utama iaitu Filem Terbaik daripada 24 anugerah yang dipertandingkan

Sepertinya filem Hanyut dan Redha mendominasi jumlah anugerah yang dipertandingkan pada malam tersebut. Setiap filem mempunyai kekuatan tersendiri, mungkin ada yang tidak tercalon, boleh cuba lagi tahun hadapan dengan filem yang lebih berkualiti. 

Pada malam tersebut, FFM29 telah diacarakan oleh 4 pengacara iaitu Zizan Razak, Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Tanuja. 

Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan malam semalam:

Kostum / Busana Terbaik
Akma Suriati - Hanyut

Penataan Bunyi Terbaik
Daniel - Hanyut

Sinematografi Terbaik
Jordan Cheah - Interchange

Filem Box Office
Skop Production - Abang Long Fadil 2 

Penyunting Filem Terbaik
Nizam Shah  - J.Revolusi

Penataan Seni Terbaik
Zaharah  - Interchange

Pelakon Kanak Kanak Terbaik
Harith Haziq - Redha

Pelakon Wanita Harapan Terbaik
June Lojong - Redha

Pelakon Lelaki Harapan Terbaik
John Tan  - You Mean The World To Me

Pengarah Harapan Terbaik
Tunku Mona Riza - Redha

Skor Muzik Terbaik
David - You Mean The World To Me

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 
Diana Danielle - Hanyut

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam - Interchange

Cerita Asal Terbaik
Jason Chong - Adiwiraku

Anugerah Khas Juri (1)
[Kesan Khas Visual]
Skop Production - Desolasi 

Anugerah Khas Juri (2)
[Kesedaran Sosial)
More Entertainment - Shuttler Life 

Anugerah Khas Juri (3)
[mengupas isu najid dadah]
Primeworks Studios 
Lightbulb Pictures - Pekak 

Anugerah Lakon Layar Terbaik
Saw Teong Hin - 
You Mean The World To Me

Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Johan Ariffin Ibrahim

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Datuk Yusof Haslam

Pelakon Wanita Terbaik
Sangeeta Krishnasamy - Adiwiraku

Pelakon Lelaki Terbaik
Nam Ron - Redha

Pengarah Terbaik
Dain Iskandar Said - Interchange

Filem Terbaik
Adiwiraku

Senarai Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia 2017

Sinopsis

Adiwiraku adalah berdasarkan kisah benar tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik para pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah. Adiwiraku menghidupkan kisah bagaimana pelajar SMK Pinang Tunggal Sg Petani berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun telah diketahui peluang mereka untuk menang terlalu tipis.


EmoticonEmoticon