Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN | Pada 20hb September 2017 yang lepas, aku merupakan salah seorang calon yang menduduki peperiksaan online LHDN untuk Pegawai Eksekutif Gred 41 daripada beribu calon yang lain. Awal bulan September yang lepas, pihak SPA telah memberitahu setiap calon yang memohon akan diberi 1 sms yang memberi tahu tentang bila dan pautan mana peperiksaan tersebut akan dijalankan. Jadi masa itu, aku boleh lihat nama aku telah didaftarkan sebagai calon melalui pautan e-semakanntt.spa.gov.my. Disini anda diberi angka giliran dan butiran tentang soalan yang bakal ditanya

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017

Butiran Soalan

Pada 20/9/2017, peperiksaan online telah dijalankan serentak seluruh Malaysia bermula jam 8 malam sehingga 10.20 malam. Soalan dipisahkan dengan 3 seksyen iaitu A, B dan C dengan masa yang telah ditetapkan untuk setiap seksyen dan semuanya adalah soalan objektif

Seksyen A - Pengetahuan Am (40 minit)
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah (50 minit)
Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris (20 minit)

Persediaan

Jadi sebelum 20hb, aku telah mencari beberapa contoh soalan yang tahun-tahun lepas dan membaca sedikit tentang pengetahun Am seperti sistem pemerintahan negara, berkaitan LHDN, cukai, sistem pendidikan dan banyak lagi. Tapi kali ni persediaan aku lebih kepada sistem pemerintahan negara dan kurang kepada LHDN itu sendiri. The best part, berkaitan LHDN aku rasa hampir 80% keluar. hahaha kelamkabut la google masa jawab soalan

Selain daripada itu, persediaan sebelum peperiksaan tersebut, aku menyediakan beberapa helai kertas dan kalkulator untuk seksyen B dan slide presentation yang dapat daripada google berkaitan pengetahuan Am.

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017

Contoh Soalan

1.   Seksyen A (Pengetahuan Am)
 
Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017

Bila korang jawab exam, korang akan jumpa 4 warna:

Putih : Soalan yang masih belum dilihat
Maroon : Soalan sedang dijawab
Hijau : Soalan sudah dijawab dan selamat dihantar
Orange : Soalan sudah dijawab tapi belum dihantar (error), jadi korang kene klik sekali lagi

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017


 2.   Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) - Lebih kepada soalan perkiraan dan matematik

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017
sumber: google

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017
sumber: google

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017
sumber: google

3.   Kefahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris - Diberita petikan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dan korang kene jawab berdasarkan petikan yang diberi

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017
sumber: google

Pengalaman Menjawab Soalan Peperiksaan Online LHDN 2017
sumber: google

Bagi aku soalan-soalan yang disediakan agak mencabar jika tiada persediaan yang dibuat dan mungkin yang membuat persediaan juga terkesan jika soalan yang keluar tidak ada dalam silibus mereka kan. Aku tengok soalan penyelesaian masalah tu, soalan macam soalan clever girl beb. Susah juga kalau gelabah haha Selain daripada soalan-soalan, cabaran lain yang aku hadapi adalah sistem online sendiri, agak kelamkabut jika jawapan sudah ditanda tetapi masih keluar error dan tidak bertukar hijau. Aku rasa mungkin masalah server yang ditampung begitu berat dalam masa yang sama. Jadi untuk pihak SPA lepas ni, mungkin boleh diupgrade lebih lagi untuk tampung server loading. Harapan terakhir, moga aku berjaya la saringan pertama ini. aminnnn!

8 comments

samalah ena pon ada jawab online ntk JPN.. tp xbenasib baik sbb web tu stuck.. ramai sgt log in.. bukan rezeki. dpt jawab pon last tggal 15mnt..mmgla xsempat tpaksa hentam je..anyway gud luck ye.. semoga ada rezeki keje gov.

Senang skrg buat online je kan

senang memang senang. tapi server plak problem sikit. jadi agak lambat sebab ramai orang online at the same time kan

itu la. kadang2 nasib juga penting bagi sesuatu keadaan kalau dah usaha. btw thank you

kalo nak tukar jawapan lepas jawab boleh ke?internet kalo ade 1gb kuota boleh lepas?

Kalau dah habis masa tak boleh dah tukar. 1gb cukup je.

tgk yg lepas2 rmai complaint psl server..nk jwb utk ATC 3hb ni..hrp xde mslh la..previous year pny soalan membantu x?

Oh. Tak sempat la study previous soalan. Cari group telegram ke wassup ke. Banyak membantu jgak.


EmoticonEmoticon