Menonton Terus Secara Langsung Sukan Para ASEAN Di Stadium

Menonton Terus Secara Langsung Sukan Para ASEAN Di Stadium

Pada 17 September ini, Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 akan membuka tirai dengan acara pembukaan yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Yang menarik kali ni, masuk adalah percuma tetapi anda mesti dapatkan pas upacara terlebih dahulu secara atas talian atau boleh dapatkan terus di stadium. Anda boleh baca di entry sebelum ini untuk dapatkan pas upacara secara percuma.

Sukan Para ASEAN untuk edisi Kuala Lumpu 2017 kali ini, akan berlangsung selama 7 hari dan disertai oleh hampir 1500 atlet dari 11 buah negara Asia Tenggara dengan pelbagai kategori kecacatan dipertandingkan. 

Acara kali ni hampi 16 sukan dipertandingkan antaranya adalah Boccia, Bola Sepak 5 Sebelah, Goalball, Para Olahraga, Bola Tampar Duduk dan banyak lagi. Kene ingat, Malaysia mempunyai beberapa atlet bertaraf dunia buat masa ini didalam suka Para Olahraga. Semoga berjaya untuk semua kontinjen Malaysia. Rising Together! Bangkit Bersama

Menonton Terus Secara Langsung Sukan Para ASEAN Di Stadium

Bagi peminat sukan tanah air, mungkin anda berasa teruja untuk menonton terus secara langsung Sukan Para ASEAN di stadium dan venue pertandingan. Jadi inilah peluang anda. Sukan Para ASEAN kali ini, untuk anda masuk ke dalam venue pertandingan, sekali lagi seperti upacara pembukaan iaitu masuk adalah PERCUMA dan tidak memerlukan tiket pun.


Jadi anda boleh rancang perjalanan anda sukan apa yang anda mahu tonton. Anda boleh terus masuk ke venue tersebut tanpa membuat tempahan tiket terlebih dahulu. Jadi disini aku sediakan jadual acara, venue, masa dan tarikh setiap sukan dipertandingkan
Menonton Terus Secara Langsung Sukan Para ASEAN Di Stadium

p/s: pas masuk upacara pembukaan secara online telah habis!

Info Lanjut Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 : 
Website: https://kualalumpur2017.com.my/
Facebook: kualalumpur2017
Twitter: @KL2017
Instagram: @kualalumpur2017
Youtube: Kuala Lumpur 2017


EmoticonEmoticon