Suka Shopping di H&M Dan Ketahui Cara Macam Mana Nak Dapat Diskaun

h&m

Melalui sebuah account twitter milik faramore, katanya ada mengeluarkan thread berkenaan bagaimana nak dapat diskaun kalau nak shopping di H&M. Jadi kat sini aku akan kongsikan apa diberitahu dan cara nak dapatkannya bagi korang yang gila shopping lagi-lagi di butik H&M kan.

We have already made collections from recycled clothes – many of which came via our own Garment Collecting service.
Di H&M ada program yang nama dia “Let’s Close The Loop”. In simple word, “Jom Recycle Barang!” H&M ni butik pakaian jadi, sudah tentu dieorang akan terima pakaian sahaja. Jadi barang recycle yang diterima oleh pihak H&M adalah berbentuk pakaian sahaja.
Kalau kau hantar besi buruk, kasut, kerusi patah ke mintak maaf la tak terima dik oi
Jadi kalau korang ada baju, seluar, langsir, selimut yang asasnya adalah dalam bentuk kain (textiles) yang tidak digunakan bolehla bawa ke mana-mana cawangan H&M no matter what condition or brand.

Jadi apa anda akan dapat kalau dah bagi pakaian terpakai semua ni? Pihak H&M akan bagi korang voucher 15% OFF.

Tapi ada syarat berkaitan dengan kuantiti barang recycle tersebut. Katanya lagi, untuk dapat kan 1 voucer mestilah bawa 1 beg atau plastic yang diisi dengan kain recycle tersebut. Saiz plastic itu adalah saiz medium (small tidak akan diterima), katanya seperti dalam gambar. Jadi kalau kain korang tu besar sangat, potonglah sikit supaya muat sekurang-kurangnya dalam plastik medium size. Kalau tak muat buka la plastic ke 2 kan.


Ni contoh medium size plastic bag yg aku ckp. Dlm gbr tu dia letak sayur, so korg letak la baju yg dah taknak tu. Jgn anta sayur pulak
Jadi setiap seorang hanya dibolehkan membawa 2 plastik je sehari, jadi kalau korang dah hantar 2 plastik (dan claimed voucher) hari ni, nak hantar lagi tunggu esok la plak. Kalau banyak sangat kain sehingga 10 plastik, suruh la kawan-kawan korang bawakan. Jadi secara asasnya seorang akan dapat 2 voucher je sehari sebagai ganti dengan 2 plastik tadi.

Syarat lain adalah, 1 voucher 15% OFF tadi hanya valid kepada 1 normal price item sahaja bermaksud barang yang tiada offer atau promotion pada masa itu. Bukannya 15% OFF tu untuk 1 resit okay. 1 voucher = 1 item. Anda dapat 2 vouchers = 2 items.

Setiap voucher ada expired date nya. Katanya lagi, expired lama dalam 2 tahun atau senang cerita bila nak shopping di H&M, korang bolehlah bawa kain recycle dan boleh terus guna voucher tersebut dan boleh terus shopping.
kalau baju dah buruk, boleh la kumpul dan hantar kat H&M, tapi kalau elok dan boleh digunakan lagi apasalahnya sedekah kat anak yatim dan orang memerlukan. Insya Allah murah rezeki
Katanya program recycle ini masih on going dan tiada lagi notice tentang bila akan tamat. Jadi kalau tak faham boleh terus tanya owner akaun twitter tersebut. Hahaha tapi mana yang aku jumpa jawapan di twitter tersebut, aku jawab la.

Semoga bermanfaat, Happy Shopping

8 comments

wahhh, ada jugak cara dapatkan diskaun macam ni kan? menarik2

saya pun baru tahu lepas tengok owner twitter tu bagi tahu

Menarik cara dia bagi voucher diskaun..

betul tu. disamping dapat recycle, dapat hadiah kan

La...yeke. hihi... Saya pernah beli baju2 kanak2 dengan hnya GBP1.00 sehelai. Kat UK, bila H&M buat diskaun mmg giler2. Rambang mata nak pilih. Tapi kena berebut2 la utk saiz yg sesuai.

wahh murahnya H&M kt UK. kt malaysia macam mahal je

Wah bestnya...dah lah tu kat sini jer baju baju kain beat dan Harga murah...

kalau promotion murah kt h&m ni kan


EmoticonEmoticon