Romelu Lukaku Menempah Nama Sebaris Dengan Pemain Elit Manchester United Yang Lain

Kecemerlangan Lukaku berterusan di Manchester United

Kecemerlangan Lukaku berterusan di Manchester United | Pada sabtu lepas, 19 Ogos, telah berlaku pertembungan antara Swansea melayan kunjungan pasukan Manchester United di Liberty Stadium. Man Utd kali ni masih mengekalkan skuad atau pemain yang sama seperti dalam perlawanan bertemu West Ham pada 13 Ogos yang lalu dengan berkesudahan 4 gol tanpa balas. Sekali lagi Man Utd cemerlang apabila turut membelasah Swansea dengan 4 jaringan gol tanpa balas. 

Kecemerlangan Lukaku berterusan di Manchester United
Joe Hart di ayamkan oleh lukaku

Kali ini, jentera serangan masih dikemudi oleh Romelu Lukaku yang dibeli daripada Everton pada jendela perpindahan kali ini dengan £75 juta dan juga telah menyumbangkan 2 gol pada perlawanan pertamanya di EPL sebagai pemain Manchester United

Kali sabtu lepas, sekali lagi, Lukaku tidak menghampakan semua peminat Red Devils dengan menjaringkan 1 gol menentang Swansea. Selain peminat, sudah tentunya ia turut mengembirakan semua Manager Fantary Premier League yang hampir 10% meletakkan sebagai captain termasuklah aku haha

Apa yang menariknya perlawanan menentang Swansea tersebut, Lukaku menjadi pemain ke 5 yang menjaringkan gol dalam 2 perlawanan pertama liga sebagai pemain Red Devils selepas pemain yang sama melalukanya iaitu Ibrahimovic, Martial, Macheda dan Saha sebelum ini.

Sebelum ini Ibrahimovic melalukan benda yang sama apabila bertemu Bournemouth dan Southampton dan juga Martial apabila bertemu pasukan Liverpool dan Southampton.

Kecemerlangan Lukaku berterusan di Manchester United
Perlawanan bertemu Bournemouth dengan berkesudahan dengan kemenangan 3-1

Kecemerlangan Lukaku berterusan di Manchester United
Liverpool di ayamkan dengan jaringan 3-1

Dalam perlawanan sebelum ini, gol daripada Lukaku hadir hanya selepas 80 minit perlawanan dengan bantuan gol daripada Algerian Henrik Mkhitaryan. Gol pertama telah disumbangkan oleh pemain pertahanan kental kereta kebal Eric Bailly pada awal babak pertama bermula. Selepas jaringan Lukaku tersebut, dalam masa 4 minit sahaja, Pogba menambah derita Swansea dengan jaringan ke-3(81') dan jaringan ke-4(84') disumbangkan oleh Martial. Dari 2 perlawanan, Man Utd menduduki tangga pertama liga dengan mengumpul 6 mata.

Kecemerlangan Lukaku berterusan di Manchester United

Jadi dengan semangat suntikan awal gol daripada Lukaku untuk kedua-dua perlawanan, harap beliau akan terus menjaringkan gol untuk setiap perlawanan. Jadi point FPL aku letup-letup lah setiap minggu. Glory Glory Manchester United


EmoticonEmoticon