Nasi Air Paling Padu di Temerloh

Nasi Air Paling Padu di Temerloh

Nasi Air Paling Padu di Temerloh | Kali ni aku nak share khas untuk penduduk Temerloh atau sekitar dan umum kepada seluruh penduduk di Malaysia. Korang kene tahu ni di Temerloh ada 1 tempat yang padu kalau korang nak makan nasi air. Ingat nasi air dia bukan biasa-biasa.

Sejarahanya, aku tak pasti bila kedai ni dibuka, tetapi apa yang aku tahu sejak 2008 kedai ni dah ada, sebabnya aku ingat lagi aku makan kedai ni, di tempat yang sama masa zaman SPM aku dulu. Weekend sebelum masuk kelas tusyen, sini la kedai aku lepak makan tengah hari. Jadi sekarang dah 2017. Mungkin kedai ni dah umur 10 tahun dah.

Nasi Air Paling Padu di Temerloh

Nasi Air Paling Padu di Temerloh

Nasi Air Paling Padu di Temerloh

Tapi aku rasa seluruh penduduk Temerloh dah tahu kedai ni, kedai ni orang gelar Nasi Air Bawah Pokok. Kalau sebut nama ni, orang tahu la kat mana kedainya. *Nama sebenar aku pun tak tahu hahaha Nasi air yang dihidangkan bagi aku simple je. Nasi lembek, telur masin, bebola daging, daging sikit, kubis sikit dan sup nya. Nak lagi padu letak serbuk lada untuk jadikan dia lebih pedas. Lepas tu hirup!!! perghhh padu beb!!

Sedapnya tak boleh nak ungkap dengan kata-kata, aku dah makan kat kedai ni lebih 10 tahun mungkin. Rasanya bagi aku tetap sama, tapi mungkin serbuk lada yang baru kali ni kurang pedas la. Jadi aku kene letak banyak sikit baru jadi padu. Kalau nak dibandingkan dengan serbuk lada sebelum ni, letak sikit dah rasa pedas. Bestnya weh!! Masa aku tulis entry ni pun dah kecur air liur aku.

Nasi Air Paling Padu di Temerloh
 Ini nasi air special dapat lebih bebola daging

Nasi Air Paling Padu di Temerloh
Sedapnyaaaaaa!

Ok dengan harga semangkuk RM3.50 anda boleh dapat nasi air ni. Harga bagi aku murah dah tu disamping kawasan kedai plak terletak bawah pokok. Memang nyaman la nak lepak untuk makan. Sebenarnya pada awalnya memang tiada kanopi disediakan tempat tu, jadi memang atap adalah pokok tapi sekarang dah ada kanopi, ye la kan dah macam-macam benda masuk dalam nasi air kan. Anak kayunya la, daun, ulatnya la. Selamba je ngap hahaha Tapi sekarang dah selamat pun

Nasi Air Paling Padu di Temerloh

Kedai ni kalau tak silap hari ahad tutup dan dibuka dari pagi hingga petang. Pagi pun dah ada nasi airnya disamping menu-menu lain seperti nasi lemak semua. Lokasi dia betul-betul bersebelahan dengan panggung wayang lama Temerloh. Cari pokok besar tu, tengok bawah adalah kedainya. Aku rasa kalau orang luar nak cuba, boleh waze kot, nasi air bawa pokok. Aku pun tak sure ada ke tidak. Sekarang ni plak dah kene tagging dengan Makan-Makan Kat Temerloh (MMKT) plak. Lagi terkenal la kedai ni hehe semoga murah rezeki tuan kedai dan teruskan dengan kualiti makanan

Gambar sumber daripada Warung Lejen

2 comments

alah terliurlah pulak. tapi pehang dengan selangor jauhhhh huhu

tu la. tapi nanti boleh la share tempat best kat selangor tu.


EmoticonEmoticon