Maksud Di Sebalik Logo UMP


Maksud Di Sebalik Logo UMP | Baru-baru ni kalau anda ada akaun twitter, di sana telah kecoh dimana 1 akaun twitter milik peribadi telah rate serta memberi komen kepada logo-logo milik IPTA. Jadi Universiti Malaysia Pahang, UMP juga tidak ketinggalan di bagi rating serta komen kepada logo tersebut. Yang tak bestnya, dia bagi rate rendah woi kat universiti aku. hahaha harun betul


Tapi apa-apapun kat blog ni aku bukanlah nak cerita berkaitan cara dia komen atau kecam dia, cumanya aku nak perbetulkan apa dikatakan tiada identiti pada logo universiti aku ni. Jadi sebagai alumni aku nak terangkan sedikit apa maksud logo aku ni yang aku pernah baca di portal univesiti.


1.   Bentuk keseluruhan perisai bersegi lima melambangkan institusi pendidikan yang mempunyai falsafah, visi dan misi tersendiri bertunjangkan kepada lima nilai teras. Jika zaman aku dahulu, ada 1 slot semasa minggu induksi (minds) diterangkan satu persatu maksud nilai teras UMP ni tau kepada pelajar baru bagi memupuk cintakan universiti sendiri.  
    1. Hubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta.
    2. Teguh dalam mempertahankan prinsip yang disepakati.
    3. Kreatif dalam membuat keputusan yang bijaksana.
    4. Cekal dalam menghadapi cabaran.
    5. Proaktif dalam tindakan.

2.   Bentuk orbit yang berputar mengelilingi berlian melambangkan ilmu yang progresif dan gabungan kedua-duanya mewakili graduan yang berwawasan global.

3.   Bentuk berlian melambangkan kemantapan tadbir urus baik berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Warna kuning melambangkan kedaulatan yang menaungi sistem tadbir urus baik universiti.

4.   Bentuk gading ( biru) yang merupakan simbol negeri Pahang digarap secara dinamik bermaksud kekuatan ilmu dan kemahiran teknikal yang menyumbang ke arah kemakmuran sejagat. Warna biru dan tirus mencerminkan pendidikan bersepadu sebagai wadah perpaduan dan tamadun bangsa.

5.    Bentuk pena (tengah putih) mencerminkan ilmu yang dijana oleh warga universiti dengan penuh hikmah. Warna putih adalah simbol kebenaran dan ketinggian ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

6.  Nama ringkas perkataan UMP ditengah-tengah grafik gading dan grafik pena yang menggambarkan ilmu pengetahuan yang digarap dan dikeluarkan di UMP.
Logo Apple tu kalau takda explanation, orang ingat logo kedai cold storage tau
haaa kau ingat biashe-biashe je ke maksud lambang atau logo UMP ni. Disebalik logo rasmi pasti ada maksud tersirat, jadi janganlah semborono komen kalau ilmu belum penuh didada. oh btw, selamat datang ke UMP kepada adik-adik yang berjaya dalam permohonan UPU baru-baru ni.

sumber: portal ump


EmoticonEmoticon