Lirik Lagu Tunjuk Belang Daripada Monoloque, Lan dan Malique Sempena Sukan Sea 2017

tunjuk belang

Bahang Sukan Sea 2017 semakin terasa dengan kurang daripada 3 minggu lagi akan membuka tirai iaitu pada 19 Ogos ini. Jadi baru-baru ini pihak Kementerian Belia & Sukan telah memuatnaik lagu Tunjuk Belang sempena Sukan Sea kali ini. Untuk mengetahui lebih lanjut korang boleh tengok website dan facebook rasmi Sukan Sea 2017. Layan juga lagu ni, sebab ada Malique!!


[VERSE]
Jangan gentar!
Jangan sesekali menyerah kalah, 
Jangan takut!
Selagi nyawa di kandung badan, 
Ayuh lawan! Kita lawan
Sampai titisan darah
Yang terakhir,
Belum berakhir..
Semangatku takkan luntur,
Selagiku belum uzur...

[CHORUS]
Bangkit bersama sama,
Bersama takluk dunia...
Bangkit bersama sama,
Bersama bertarung nyawa..

Kita juara!
Kita semua juara...
Bangkit bersama sama,
Bersama takluk dunia..

[CODA]
Bangkitlah!
Bangkit bersama sama!

[MALIQUE VERSE 1]
Di kala gemuruh nusa mengantisipasi
Kemenangan hanya dibatas imaginasi
Arena bergema, semangat dibakar
Mahkota diburu, sejarah dilakar
Harapan disandar, amanahnya digandar
Seteru dihantar, didamparnya terlantar
Senjatanya dah digilapkan
Tak punya ruang 'tuk kesilapan
Demi seinci biarkan diri bermandi darah
Demi sedetik jangan biarkan emas dijarah
Dan demi tiga puluh dua juta roh bertaruh
Ayuh kitalah sang pewaris salasilah jaguh
Jika tersungkur rasa kecil, bangkit bagai gergasi
Telinga dengar boleh, di hati kata pasti
Perit payah ditanggung tekad dan ikhtiar
Air mata ditampung sehingga bendera berkibar
Ya ayuh bangkit 

[BRIDGE]
Biar putih tulang, jangan putih mata
Ayuh bangkitlah bersama sama
Slagi Nyawa di kandung badan!
Ayuh lawan ! Kita lawan !

Biar mati tewas tersingkir,
Shingga titisan darah terakhir,
Slagi Nyawa di kandung badan,
Ayuh lawan ! Kita lawan !

(MALIQUE VERSE OUTRO)
Rombongannya gah berarakkan panji
Sepuluh kesemuanya jagoan bertandang
Senyuman diumpankan, bencana dijanji
Tunjukkan siapa tuan empunya gelanggang
Selagi ada belang, selagi bernadi
Ngauman dilaungkan, taringnya dilaram
Di puncak singgahsana mahkota menanti
Mereka bersemadi, kita bersemayam

Lagu & Lirik: loQue
Lirik (MaliQue): MaliQue
Penerbit: loQue

Jurutera Bunyi: Hafiz Ahmad / Elyas / loQue
Juruadun (Mixed): Hafiz Ahmad / loQue
Penerbit: Hafiz Ahmad / Aiyad Sakti
Adunan Master: Greg Calbi: Sterling Sound NYC

Hak Cipta: Kementerian Belia & Sukan
Hak Milik Intelek: Pustaka Muzik Pancasona 2017


EmoticonEmoticon