6 Fakta Menarik Pelari Pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan



Pada 22 Ogos 2017 yang lepas, Malaysia menerima berita yang cukup gembira apabila wakil daripada Malaysia iaitu Khairul Hafiz Jantan berjaya meraih emas di acara lari 100m di temasya dwi tahunan Sukan SEA 2017 di Kuala Lampur. Akhirnya selepas penantian 14 tahun, lahirlah seorang jaguh yang berjaya mengembalikan sinaran emas di acara ini dan menakluk Asia Tenggara sebagai pelari pecut. Gelaran The Speedy Jantan juga tidak asing bagi dirinya dan seluruh rakyat Malaysia. Jadi aku nak kongsi sedikit faktar berkaitan dengan The Speedy Jantan ni

6 Fakta Menarik The Speedy Jantan

1.   Dilahirkan pada 22 Julai 1998 yang berasal daripada Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka.

2.   Sukan SEA KL 2017 merupakan penyertaan kali pertama beliau didalam kancah dwi tahunan ini.

3.   Selepas 14 tahun dalam acara 100 meter, akhirnya Khairul Hafiz menematkan kemarau emas kali ini selepas Nazmiza Muhammad di Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam.

Gambar ketika Nazmizan Muhammad meraikan kemenangannya digarisan penamat 100 meter dan kemudian beliau kemudian turut memenangi acara 200 meter (gambar)


4.   The Speedy Jantan Merupakan pelari pecut keempat negara yang berjaya merangkul emas di acara 100 meter selepas Nazmizan Muhammad (Vietnam, 2003), Gunaratnam Rajalingam (Bangkok, 1976) dan M. Jegathesan (KL, 1965)

5.   Khairul Hafiz memecah rekod kebangsaan yang dipegang oleh Watson Nyambek (19.19s) pada tahun 1998 dengan catatan 10.19s di Sukan Malaysia, SUKMA ke-18 di Kuching, Sarawak pada tahun 2016.


Khairul Hafiz Jantan meraikan kejayaan muncul Raja Pecut Sukma 2016 bersama rekod baharu 100m kebangsaan di Kuching, Sarawak (gambar)


6.   The Speedy Jantan menyumbang emas ke-40 pada KL2017 pada 22 Ogos 2017

The Speedy Jantan meraikan emas ke 40 Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (gambar)

sumber : astroawani

3 comments


EmoticonEmoticon