Trivia Menarik Filem Spiderman: Homecoming

spiderman homecoming

Trivia Menarik Filem Spiderman: Homecoming | Jadi filem MCU baharu yang ditunggu-tunggu oleh seluruh pelusuk dunia telah pun mula ditayangkan diseluruh pawagam bermula tengah malam semalam iaitu filem Spiderman: Homecoming. Sedikit informasi berkaitan filem:

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 6 Julai 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Durasi: 2 Jam 13 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr., Michael Keaton, Jon Favreau
Pengarah: Jon Watts

Sinopsis ringkas

Susulan daripada kejadian dalam "Captain America: Civil War", Peter Parker pulang ke rumah di mana dia tinggal dengan Aunt May. Di bawah mentornya, Tony Stark, dia mula mempelajari untuk mengimbangi dunianya sebagai seorang pelajar dan juga adiwira. Peter cuba kembali kepada rutin harian normalnya tetapi apabila penjahat bernama Vulture muncul, semuanya terjejas.

spiderman homecomingspiderman homecoming 

Trivia menarik filem:

  1. Filem ini tidak akan bermula dengan cerita asal (kene gigit spider), ia akan bermula dengan Peter Parker sudah menjadi Spider-Man untuk beberapa lama.
  2. Tom Holland merupakan pelakon termuda iaitu 19 tahun berlakon sebagai Peter Parker di dalam filem Spiderman berbanding pelakon sebelumnya Tobey Maguire, 25 dan Andrew Garfield berumur 26 tahun.
  3. Beberapa minggu sebelum Tom Holland diumumkan sebagai pemegang watak Spiderman, beliau telah memuat naik 3 video di akaun Instagramnya di mana beliau menunjukkan kemahiran backflipnya seakan Spiderman. 
  4. Pada 23 Jun 2015, Studio Marvel secara rasminya mengumumkan Tom Holland akan memegang watak Peter Parker dan Jon Watts dilantik sebagai pengarah filem tersebut.
  5. Spiderman: Homecoming telah difilemkan di Atlanta pada bulan Jun 2016 iaitu sebulan selepas Captain America: Civil War ditayangkan
  6. The Vulture adalah merupakan geng original Sinister Six yang ke-4 muncul dalam filem Spiderman. Geng yang lain ialah Doctor Octopus dalam Spiderman 2 (2004), Sandman dalam Spider-Man 3 (2007), dan Electro dalam The Amazing Spider-Man 2 (2014). Setakat ini, hanya Mysterio dan Kraven the Hunter yang tidak muncul lagi.
  7. Filem Spiderman yang pertama dimana Spiderman mempunyai sayap web seperti di dalam komik.
  8. Walaupun majoriti filem in berlaku di Manhattan, tetapi kebanyakkan latar belakang filem dihasilkan di Atlantan, Georgia, dan sebahagian di Jerman.
  9. Antara pelakon filem di berlakon merupakan tiga pemenang Oscar iaitu Marisa Tomei, Gwyneth Paltrow dan Jennifer Connelly dan dua pencalonan Oscar iaitu Michael Keaton dan Robert Downey Jr.
  10. Penjahat utama dalam setiap filem Spiderman yang pertama sebelum ini (Tobey, Andrew dan Tom) mempunyai pakaian atau kulit yang berwarna hijau (Green Goblin, Lizard, Vulture)
  11. Gambar Howard Stark, Abraham Erskine, and Bruce Banner dapat dilihat di sekolah Peter Parker.
  12. Tom Holland menghabiskan beberapa hari mengikuti kelas di Bronx High School of Science di New York City untuk mempersiapkan peranannya sebagai Peter Parker.
  13. Suit baru Spiderman didedahkan pada akhir cerita tersebut (Spoiler)



Terima kasih kerana membaca Trivia Menarik Filem Spiderman: Homecoming. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen ye

3 comments

spiderman biasanya memang best pun

Spesel la spiderman baru ni. Boleh Pula Di Sambung Dari captain America tu


EmoticonEmoticon