Tiada Rezeki atau Belum Rezeki?

brim dalam proses

Tiada Rezeki atau Belum Rezeki? | Jika kita nak bincang pasal rezeki ni, kita tahu rezeki tu luas bukanlah hanya pada wang ringgit dan harta semata-mata. Tetapi rezeki yang aku fokus sekarang ni adalah wang ringgit dan bukan bermakna aku menidakkan rezeki-rezeki lain yang Allah bagi deh. 

Aku tak pasti rezeki aku kali ni tiada ataupun belum sampai dan ianya berkaitan dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M. Kawan aku yang habis belajar 2017 dalam tempoh permohonan BR1M, semua mohon tanpa membuat permohonon KADS1M lagi. Semua keputusan masih "DALAM PROSES". 

brim tidak lulus

Tetapi memang ikut syarat, yang aku ni hanya layak pada KADS1M walaupun aku dah habis belajar pun. Tetapi melalui pembacaan internet daripada pengalaman pemohon. Mereka berjaya dalam permohonan BR1M walaupun mereka masih dalam tempoh hanya layak KADS1M jadi sebab tu lah aku cuba juga untuk mohon BR1M.

Untuk permohonan pertama, permohonan aku tidak lulus atas alasan pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Debit Pelajar tetapi ada tempoh rayuan. Jadi aku buat la rayuan di LHDN, bawa semua borang yang perlu dan tunggu la sehingga tarikh tutup. Tetapi sejak tarikh bayaran BR1M peringkat ke 2 dikeluarkan serta tarikh keputusan rayuan pada 17 Jun lepas. Sampai hari ni status permohonan rayuan masih "DALAM PROSES". 

permohonan dalam proses

Jadi adakah aku ni dalam golongan tiada rezeki atau belum rezeki atas sebab status dalam proses ataupun rezeki aku pada KADS1M. Sebabnya aku tanya Bank Rakyat, masih lagi boleh mohon Kad Debit Pelajar. Aku yakin jika rezeki aku bukan bukan di sini, ada di tempat lain sebabnya Allah Maha Kaya.

Terima kasih kerana membaca entry Tiada Rezeki atau Belum Rezeki? Jika ada perkongsian pengalaman boleh kongsi di kotak komen di bawah.

2 comments:

Powered by Blogger.