Istilah yang digunakan di dalam filem

istilah filem

Istilah yang digunakan di dalam filem | Bagi kaki wayang mesti anda tahu pelbagai term atau dalam bahasa ianya di panggil istilah yang selalu digunakan didalam setiap filem. Sebenarnya bukan dalam filem je ada term ataupun istilah, setiap bidang pun ada istilah yang digunakan, dan jika kita bukan bidang atau minat bidang tersebut kita mungkin tidak tahu. Dalam kejuruteraan ada istilah, dalam perubatan ada istilah, dalam pengurusan ada istilah, dalam filem pun ada istilah tersendiri. Jadi di sini sekadar perkongsian daripada page facebook kakimuvee berkaitan term tersebut

Istilah
Maksud
Contoh
Sekuel / sequel
Sambungan daripada filem asal
Filem luar negara : Insidious 2 sambungan dari Insidious 1
Filem tempatan: Munafik 2 sambungan dari filem Munafik 1
Prekuel / Prequel
Filem kedua,ketiga atau selebihnya yang dihasilkan tetapi penceritaannya sebelum dari filem asal.
Prometheus, prekuel untuk filem Alien
Trilogy
Siri Filem yang mempunyai sekurang-kurangnya dua sekuel (1 filem original, 2 filem sekuel)
Pitch Perfect, Spider-Man, X-Man
Movie Franchise
Term media popular samada dari permainan video, novel, tv siri atau perkataan popular yang telah dipatenkan telah dijadikan beberapa siri filem.
Franchise Resident Evil, Twilight Saga, Fast & Furious
Saga
Beberapa siri filem yang fokus pada karakter utama dan keturunannya
Star Wars, kisah keluarga Skywalker
Spoof Movie
Filem parodi yang diambil dari filem asal
Filem luar negara: Spaceball, filem parodi dari filem Star Wars, Scary Movie, filem parodi dari filem scream
Filem tempatan: Jangan Pandan Belakang Congkak, filem parodi dari filem Jangan Pandang Belakang dan Filem Congkak
Spin off
Filem yang dihasilkan dengan mengambil sedikit bahagian dari filem asal atau mengambil satu karakter dari filem asal untuk dijadikan sebuah filem panjang.
Filem luar negara: Rogue One: A Star Wars Story mengambil part awal filem Star Wars: A New Hope untuk dijadikan filem
Filem tempatan: Abg Long Fadil adalah spinoff dari filem KL Gangster yang menggunakan karakter Fadil dallam KL Gangster untuk dijadikan sebuah filem panjang.
Universe
Beberapa siri filem keluaran studio yang sama dan berkait antara satu sama lain.
Conjuring Universe, Filem-filem Marvel Cinematic Universe dan DC Extended Universe.
Praktikal Efek
Kesan khas atau stunt yang tidak menggunakan bantuan komputer atau CGI
Babak di mana Peter Parker menyelamatkan tray makanan Mary Jane dari terjatuh dalam filem Spider-Man
CGI
Computer Generated Imagenary. Kesan khas yang dihasilkan dengan bantuan komputer
Filem luar negara: Filem-filem Avengers.
Filem tempatan: Suasana stadium dalam filem Ola Bola.
Cameo
Babak pendek yang menampilkan karakter atau individu popular. Babak tersebut tidak memberi kesan kepada plot filem.
Babak-babak yang menampilkan Stan Lee dalam filem-filem komik Marvel
Mid / post credit scene
Babak pendek yang ditunjukan pada pertengahan kredit atau penghujung kredit filem. Kebiasaanya mempunyai clue untuk filem akan datang.
Babak Captain America dan Falcon berjumpa Winter Soldier dalam filem Ant-Man
Adapatasi
Filem yag dihasilkan berdasarkan siri-siri popular samada dari Novel, permainan video atau sebagainya
Filem Assassin Creed yang diadaptasikan dari permainan video Assassin Creed
Flop / Blockbuster bom
Filem-filem budgt besar yang gagal mengutip kutipan yang sepatutnya
King Arthur 2017
Deleted Scene
Babak-babak yang dipotong untuk tayangan filem tetapi akan ditunjukkan dalam versi DVD blu-ray asli
Babak-babak Joker dalam filem Suicide Squad
MCU
Marvel Cinematic Universe
Remake
Filem yang dihasilkan semula tanpa mengubah karakter dan plot filem secara drastik
Ocean Eleven 2011 adalah filem remake Ocean's 11 terbitan 1960
DCEU
DC Cinematic Extended Universe
Reboot
Filem yang dihasilkan semula dengan karakter dan plot yang berbeza dari filem asal
Godzilla 2014 adalah filem reboot yang dihasilkan pada tahun 1954.
Timeline
Garis masa siri filem
Filem-filem X-Man
Alternate Timeline
Garis masa siri filem yang telah diubah dari garis masa asal
filem X-Men selepas Day of Future Past
Initial Release
Tarikh filem dijangka akan ditayangkan (tarikh mungkin akan berubah bergantung pada pihak studio)
Premier
Tayangan pertama kepada umum sebelum tarikh tayangan asal.
Movie Theory
Teori-teori filem akan datang hasil daripada khabar angin, sumber dari orang dalam & pemerhatian pemint atau paparazi
Peminat sering membayangkan plot filem akan datang Marvel dan DC atau Alien berdasarkan info dari komik
Fan Art / Fan Made
Poster atau trailer yang dihasilkan oleh peminat-peminat sesuatu filem. Bukan dikeluarkan oleh pihak Studio.
Preview / Trailer
Babak-babak yang diambil dari filem dan ditunjukkan dalam bentuk video pendek untuk tujuan promosi.
Teaser Trailer
Trailer pendek berdurasi 30 saat ke 1 minit yang tidak memerlukan kelulusan untuk ditayangkan.
Official Trailer
Trailer yang diluluskan untuk tayangan kepada umum.
Filem sampah
Filem yang tiada nilai
Easter Egg
Hint, clue yang sengaja diletakkan oleh filmaker, Designer dalam filem, poster ataupun trailer
Stand-alone movie
Filem dari universe/franchise besar tapi jalan cerita tak connect directly dengan movie lain dalam franchise.
File Logan dalam X-men & wolverines franchise.
Plot Twist
Babak seterusnya yang diluar jangkaan penonton,sangat radikal sehingga penonton ternganga melihatnya.
Filem The Sixth Sense. Kita jangkakan karakter utama yang membantu budak berkomunikasi dengan orang mati dalam filem tersebut masih hidup, sebenarnya dia telah mati di penghujung filem
Genre
Kategori filem samada ia filem komedi, aksi atau cinta
Contoh: Full Metal Jacket adalah sebuah filem anti-perang.
Terima kasih kerana membaca Istilah yang digunakan untuk di dalam setiap filem. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen ye


EmoticonEmoticon