Apa yang menarik di sebalik filem The Dark Tower

the dark tower

Apa yang menarik di sebalik filem The Dark Tower | Akhirnya sebuah buku karya agung daripada Stephen King yang bergenre fantasi, seram, fiksyen sains iaitu The Dark Tower dijadikan filem dan bakal dikeluarkan diseluruh panggun wayang di seluruh Malaysia pada 3 Ogos 2017 ini. Sedikit info berkaitan filem:

Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017
Genre: Fantasi / Seram / Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Idris Elba, Matthew McConaughey, Tom Taylor, Jackie Earle Haley, Katheryn Winnick
Pengarah: Nikolaj Arcel

the dark tower


Sinopsis Ringkas

Selepas mendapat tahu mengenai dimensi lain yang dipanggil Mid-World, seorang budak lelaki berusia 11 tahun bernama Jake Chambers telah pergi ke dimensi tersebut. Dia kemudian bertemu dengan seorang pahlawan, Roland Deschain, dan menyertainya dalam misi mencari `Dark Tower` yang berada di Hujung Dunia. Deschain berharap dapat sampai ke `Dark Tower` itu supaya dia dapat menghalang dunia yang sedang nazak daripada musnah, tetapi pengembaraan mereka tidak mudah kerana mereka perlu berdepan pelbagai jenis raksasa dan juga seorang ahli sihir bernama Walter Padick.

Klik iklan di sini (please klik sekejab untuk tabung saya. terima kasih)

Ringkasan Menarik

  1. Penulis buku sendiri iaitu Stephen King turut terlibat dalam menulis dan pengeditan skrip untuk filem ini. Yang paling best, beliau sendiri kagum dengan dan menganggap filem ini hebat!
  2. Kita akan dapat lihat lakonan dan skil hebat daripada Idris Elba yang akan memegang watak Gunslinger.
  3. Matthew McConaughey akan memegang watak jahat iaitu Men in Black yang merupakan seorang ahli sihir dan juga musuh utama Gunslinger.
  4. Filem ini akan membuatkan anda seperti berada di alam buatan sendiri iaitu berada di dunia The Dark Tower. Stephen King memberitahu buku ini diterbitkan atas inspirasi daripada filem hebat The Lord Of The Ring. Jadi tak hairan lah kita mungkin merasakan kita berada di alam tersebut, lagi-lagi bila ia difilemkan nanti.
  5. Apa yang menarik lagi, filem The Dark Tower ini bukanlah semata-mata adaptasi daripada novel, tetapi merupakan kesinambungan daripada buku tersebut. Jadi jika anda peminat buku tersebut, anda kene juga tengok filem ini.
  6. Dalam filem ini juga, terdapat selitan daripada semua buku yang ditulis oleh Stephen King sendiri seperti It, The Shining, The Stand, Salem’s Lot,dan banyak lagi. Jadi peminat buku beliau, mesti teruja dengan filem ini.
  7. Filem yang lengkap dengan aksi, seram, romantik, drama, fantasi dan semuanya datang daripada imaginasi penulis terkenal itu.
  8. Hasil disebalik tabir filem ini daripada sentuhan tangan insan-insan hebat sejak 20 tahun lamanya. Nama-nama besar seperti J.J Abrams, Ron Howard, Russel Crowe dan Javier Bardem merupakan mereka yang bertungkus lumus dalam menjayakan pembikinan filem ini. Jadi tak pecah panggun tak tahu la
  9. Dunia sains fantasi, watak-watak yang unik, dan jalan cerita The Dark Tower yang epik ini merupakan daya tarikan utama yang akan membuatkan korang melekat di skrin layar
Klik sini untuk mengetahui fakta menarik filem The Dark Tower (please klik untuk tabung saya. terima kasih)


Belanja klik. Terim Kasih

2 comments


EmoticonEmoticon