Bajet Flight Dengan Air Asia

air asia

Siapa yang tak kenal AirAsia, one of the world’s leading Low-Cost Carrier (LCC) headquartered kat Malaysia. Yang pertama of Full-LCC in Indonesia, having the main characteristics as follows: add-on facilities purchasable during online booking like checked baggage, pre-reserved meal and seat selection. Diorang memang target untuk offer low cost price kepada customer yang nak travel dengan harga murah.

AirAsia ada banyak subsidiaries. Two of the well-known ones in Southeast Asia are Thai AirAsia and Philippines AirAsia. Besides its main hub in Kuala Lumpur, Malaysia AirAsia opened secondary hub in Johor Bahru, yang boleh terbang ke Singapore, Phuket and Bangkok. As one of the affiliates of AirAsia International, AirAsia Indonesia tawarkan kepada customer dia for domestic and international routes in or from Indonesia. AirAsia Indonesia began operating pada tahun 2004 from Soekarno-Hatta headquarter. Both domestic and international flights operate at Terminal 3 Soekarno-Hatta International Airport. Dah macam penulis artikel untuk AirAsia lak aku ni. Haha

Aku promo AirAsia ni sebab korang boleh book AirAsia online di Traveloka. Easy because korang boleh terus book dari website then baru korang boleh book the place to stay dalam web or apps Traveloka. Banyak awards have been achieved under Tony Fernandes’ leadership. AirAsia Indonesia is listed in Category 1 for flight safety. So the percentage untuk selamat sampai ke destinasi agak tinggi insyaaAllah. For four years in a row, AirAsia achieves Skytrax’s World’s Best LCC.

Salah satu strategi yang aku dapat tengok dari AirAsia adalah diorang banyak offer promo untuk fares diorang. Because of that you will get the best deal by book early, and sometimes the price macam lagi murah dari korang naik bas. Ini kisah benar. Now setiap orang mampu untuk terbang with the lowest fares ever sesuai dengan slogan diorang “Now Everyone Can Fly”.

traveloka

So macam mana nak book kan, first sekali korang select route mana yang korang nak pergi. Banyak choices yang ada untuk korang pilih. Then pilih date yang korang nak pergi, the jadual yang ada nanti akan ada sekali price for your calculation untuk cost vacation korang. Easy as that. Then fill in info pasal passenger. Kalau book 4 seat jangan korang isi nama yang sama, isi the exact name and information the passenger. Senang nanti stewardess or steward nak greeting. After that korang pilih payment method. Lepas setel semua, AirAsia e-ticket akan disend ke email korang, so don’t forget to check your email as e-ticket ni penting. Print lepas dapat and bawa airport. Just that make sure date korang dalam e-ticket tu betul so takdelah korang datang awal sehari ke airport sebab excited sangat. Hahaha.

AirAsia e-ticket is an eligible proof for AirAsia flight, received after completing your online booking transaction. So make sure korang pegang and simpan untuk masa check in nanti, if not habislah vacation korang memang spoil the mood nanti.

travel

Aku nak citer sikit sejarah diorang ni, they were established in 1993, AirAsia belonged to a state-owned DRB-HICOM. Its Boeing 737 served the initial flight in 1996. Already in that era, Malaysia has had an advanced aviation industry, labelling AirAsia as the first generation facing a highly competitive challenge.

Disebabkan hutang yang tak dapat setel DRB-HICOM sold AirAsia on December 2, 2001. TimeWarner’s former senior official Tony Fernandes purchased AirAsia RM1 saja, ya seringgit jer. Tony Fernandes then set new strategies through total rebranding. Within only a year, AirAsia successfully gained profit, establishing its strong position as the Southeast Asia’s first LCC.

Cheap long-haul flights such as from Kuala Lumpur to cities in Australia, Europe, Japan and South Korea diperkenalkan untuk people. Orang boleh travel jauh dengan kos yang serendah boleh. Even aku rasa duit raya budak pun dah boleh beli flight ticket. These flights use Airbus A-330 and operates under the name AirAsia X. Offering competitive low fare, AirAsia X also flies to destinations like Tokyo, London and Gold Coast. Tokyo sudah! So ke London ke kita weh!!!

Japan travel

Giveaway Nurul & Friends

giveaway

Syarat penyertaan:


  1. Follow all rules (follow blog, add facebook, like page etc.) - klik pada banner untuk mengetahui lebih lagi.
  2. Buat entri yang bertajuk "Giveaway Nurul & Friends"
  3. Copy banner dekat atas tu dan pastekan dalam entri korang.
  4. Korang boleh copy semua entri ni ataupun nak buat entri sendiri.
  5. Backlinkkan banner tu tau.
  6. Dah siap, submit link dekat komen :)


AMARAN KERAS !!!

** Pastikan korang jujur pikul tanggungjawab untuk ikut semua syarat ni ye. Mana tahu rezeki korang boleh menang. Hadiah memang best-best tau :D **


PEMENANG AKAN DIPILIH MELALUI CABUTAN BERTUAH

Due: 31 Julai 2017

MS Paint Telah Dihentikan Pembangunannya

RIP MS Paint
Sumber
Sebagai pengguna windows, sudah pasti kita telah mengenali serta pernah menggunakan pelbagai aplikasi sedia pasang di komputer kita. Dalam banyak-banyak aplikasi tersebut, kita mesti pernah guna 1 aplikasi tersebut walaupun sekali iaitu MS Paint. Ya! aplikasi dimana kita boleh melukis, mewarna sekali gus dapat menghasilkan seni master piece dengan menggunakannya. Penghasilan aplikasi MS Paint bermula pada tahun 1985, jadi umurnya sudah menjangkau 32 tahun tetapi tetap releven digunakan pada masa kini.




Jadi pada minggu lepas, pihak microsoft telah mengumumkan untuk menghentikan pembangunan aplikas MS Paint ini bermula dengan update Windows 10 yang baru yang bakal tiba tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, pihak mereka juga memberitahu, walaupun MS Paint tidak lagi dibangunkan tetapi anda boleh dapatkan atau download aplikasi tersebut di Windows Store. Jadi iainya seperti MS Paint mempunyai rumah baru, jika sebelum ini siap pasang di peranti, tetapi kali ni perlu dapatkan di Store.
ms paint
pc world
Dalam masa yang sama juga, pihak microsoft mengingatkan tentang versi Paint yang baru iaitu Paint 3D yang katanya fungsi pada MS Paint yang lama ada pada Paint 3D yang baru ini selain fungsi penghasilan gambar 3D itu sendiri. Jadi korang masih boleh meneruskan penghasilan seni master piece anda itu di Paint kelak.

Bagi aku yang tak pandai pun melukis ni, MS Paint banyak membantu dalam fungsi compression image. Bila sesuatu gambar dimuat naik ke MS Paint, kita boleh compress gambar tersebut ke saiz data yang lebih kecil tanpa menggunakan aplikasi lain selain menggunakan MS Paint ni.

ms paint
sumber

ms paint
sumber

Jadi mungkin ada kenangan dengan MS Paint ni kan masa mula-mula pegang komputer. Boleh la share di ruang komen. 

Himpunan Trailer Menarik daripada Event Comic-Con 2017

comic con 2017

Pada hujung minggu lepas, telah berlansungnya konvensyen Antarabangsa Comic-Con 2017 yang bertempat di California, Amerika Syarikat. Sedia maklum, San Diego Comic-Con, SDCC merupakan acara tahunan yang menghimpunkan penerbit, pengkarya dan peminat komik yang terbesar di Amerika Syarikat.

Bagi aku SDCC ni bukanlah sekadar konvensyen buku komik tetapi lebih kepada tempat di mana pengkarya memperkenalkan karya mereka yang terbaru seperti filem, TV series, memainkan filem trailer terbaru. Jika anda ikuti konvensyen sebelum-sebelum ini pun, kita dapat lihat trailer eksklusif dan juga berpeluang mendengar sendiri daripada pelakon filem atau TV series tersebut mendedahkan serba sedikit tentang watak-watak dan cerita terbaru daripada mereka.

Jadi kat sini nak berkongsi sedikit trailer dariapda filem dan TV series yang aku tunggu-tunggu dan yang masih aku layan cerita mereka terutamanya daripada Studio Marvel dan DC. Jadi layannnn!!!

Dunia Marvel

Filem

1. Thor: Ragnarok

Selepas Avengers: Age of Ultron, Thor telah ditahan di planet Sakaar tanpa tukul hekmat. Untuk kembali ke Asgard, Thor mesti menghadapi satu perlawanan ala gladiator dengan bertembung kawan lamanya iaitu Hulk. Tujuan Thor kembali adalah bagi menghentikan Hela yang kejam, demi menyelamatkan Asgard dan akhirnya berlaku pertembungan yang dahsyat iaitu Ragnarok. Jadi nantikan tayangan rasmi pada November 2017.

TV Series

1. The Gifted

2 Oktober bakal ditayangkan TV Series daripada Marvel berjudul The Gifted. Cerita ini berkisar tentang sebuah biasa yang berasal daripada pinggir bandar tetapi dikejutkan dengan penemuan yang ajaib dimana anak-anak mereka mempunyai kuasa mutant. Kerajaan masa itu memburu mutant, jadi ikuti mereka harus menyelamatkan diri dari terus ditangkap. Jadi jangan lupa untuk tonton The Gifted pada Oktober 2017 ini.



2. Marvel's Inhumans

Jadilah lebih daripada Manusia. Jangan lupa saksikan tayangan perdana 1 episod pada 1 September ini dan bersambung kemudian pada 29 September. Jangan lupa!

3. Marvel’s The Defenders

Daredevil.Jessica Jones,Iron Fist dan Luke Cage. The Defenders menemukan 4 pahlawan yang berani yang harus mengetepikan isu peribadi dan bergabung demi menyelamatkan New York daripada dihancurkan. Jangan lupa nantika tayangan di Netflix pada 18 Ogos ini.

Dunia DC

Filem

1. Justice League

Superhero-superhero terhebat Bumi bergabung untuk membentuk Justice League bagi menentang ancaman bahaya daripada Steppenwolf jika ikut daripada trailer. Superhero yang terlibat seperti Batman, Wonder Women, The Flash, Cyborg, Aquaman dan katanya Superman pun akan terlibat. Tetapi untuk trailer terbaru ni masih tidak muncul Superman tetapi ada 'seseorang' yang kembali di akhir babak. Trailer semakin menarik woi. Nantikan November 2017 ini.

TV Series

1. The Flash | Season 4

Dunia masih perlukan The Flash. Adakah Barry akan selamat keluar daripada Speed Force? Nantikan sambungan dan tayangan The Flash Season 4 pada 10 Oktober ini.


2. Arrow | Season 6

Tanggungjawab sebagai seorang hero tidak akan berakhir. Nantikan tanyangan perdana Arrow untuk Season ke-6 pada 12 Oktober ini.


3. Supergirl | Season 3

Apa guna Supergirl jika tanpa Kara Danvers. Nantikan tayangan untuk season baru iaitu season ke-3 pada 9 Oktober ini.


4. DC's Legends of Tomorrow | Season 3

Legends never die. Jadi nantikan tayangan perdana pada 10 Oktober ini untuk season ke-3



5. Gothan | Season 3

Nantikan tayangan terbaru daripada Gotham untuk season ke-3 pada 28 September ini dan katanya ada teaser untuk season ke-4 terus pada trailer tersebut. Jangan lupa saksikan.

6. Lucifer | Season 3

Jangan lupa saksikan Lucifer untuk season ke-3 pada 2 Oktober ini.

7. Black Lightning | Teaser Season 1

Superhero yang sudah bersara kini kembali menjadi vigilante demi keamanan sejagat. Superhero baru yang akan di jadikan TV series keluaran DC Comic iaitu Black Lightning. Jangan lupa nantikan kemunculan superhero baru pada 9 Oktober ini.

Lain-lain

Filem

1. Bright

Di dalam dunia di mana makhluk mistik seperti Orc dan Elf hidup berdampingan dan bersama-sama dengan manusia. Sedia untuk dunia Bright, sebuah filem asal Netflix terbaru, yang dibintangi Will Smith dan Joel Edgerton. Bakal di tayangkan di Netflix 22 Disember ini.

2. The LEGO Ninjago

Diinspirasikan dari permainan Lego, ia mengisahkan tentang enam ninja muda yang ditugaskan untuk melindungi kepulauan rumah mereka yang digelar Ninjago. Pada waktu malam, mereka adalah pahlawan yang hebat dengan skil yang menakjubkan menentang kejahatan dan raksasa. Namun pada waktu siang, mereka adalah remaja biasa yang bergelut dengan musuh utama mereka iaitu sekolah tinggi. Nantikan tayangan di seluruh pawagam Malaysia pada 21 September ini.


TV Series

1. Stranger Things | Season 2

Treler pertama untuk Stranger Things season ke-2 telah dipertontonkan. Pada tahun 1984 dan warga Hawkins, Indiana masih terasa terancam dari kengerian demogorgon dan rahsia Hawkins Lab. Will Byers telah diselamatkan dari Upside Down tetapi entiti yang lebih besar, tetapi roh jahat masih mengancam mereka yang terselamat. Nantikan tayangan perdana pada 27 Oktober ini



Ini merupakan TV series dan filem yang aku tunggu-tunggu selama ini dan ada juga cerita yang aku nampak menarik untuk ditonton nanti. Sebenarnya ada lagi trailer yang ditayangkan di comic con seperti Jigsaw 8, Star Trek, Kingsman baru dan macam-macam lagi. Tapi aku share yang aku minat je la. hahaha Dalam banyak-banyak ni, aku betul-betul tunggu filem Justice League. Susah betul nak release trailer cerita ni. Tapi lagi best sebenarnya, lebih eksklusif. Harap series The Flash, Arrow menjadi lebih gempak lebih ni. 

Harga Runcit Produk Petroleum 27 Julai hingga 2 Ogos

harga petrol 27 julai hingga 2 ogos

Harga runcit produk petroleum 27 Julai hingga 2 Ogos | Jadi sudah tiba hari Rabu dimana harga baru prodak petroleum akan diumumkan untuk harga baru selama seminggu berkuatkuasa pada khamis esoknya. Jadi pihak KPDNKK telah mengeluarkan harga baru untuk RON97, RON95 dan DIESEL. Jadi di sini aku sertakan harga baru berkuatkuasa bermula 27 Julai - 2 Ogos 2017

Jadi dibandingkan dengan harga sebelum ini:

RON95 - 1.97 kepada 2.03 (naik 3 sen)
RON97 - 2.22 kepada 2.28 (naik 6 sen)
DIESEL - 1.96 kepada 1.99 (naik 3 sen)

Terima kasih kerana membaca Harga runcit produk petroleum 27 Julai hinggah 2 Ogos

sumber: Bernama

Kufi Wednesday #23

kufi foks
FoKS (Friends of Kufi Square)

Persatuan Seni Khat Kufi Murabba’ (FoKS) adalah pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia  dan didaftar secara rasminya pada November 2013. FoKS adalah sebuah group para aktivis untuk berkongsi maklumat atau pandangan berkaitan Khat Kufi Murabba’. Daripada group ini lah aku belajar bagaimana cara yang betul membuat kufi mengikut piawaian. Kufi aku standard FoKS okay!! bukan hantam kromo..

Jom Ke Pahang Sempena Pesta Air Chenor 2017

pesta air chenor

Pesta Air Chenor 2017 | Jika rodong semua takda hei hujung minggu ni dan aokma berada di berdekatan dengan Chenor, Pahang, aokma boleh datang ke sana sempena Pesta Air Chenor 2017 yang akan diadakan. Mungkin korang dah penat bekerja, nak release tension selama seminggu, MOH KE CHENOR WEHH!! Pesta Air Chenor kali ini akan di rasmikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada Sabtu. Sedikit informasi berkaitan dengan program ini:

Tarikh : 28 Julai - 30 Julai 2017
Hari : Jumaat - Ahad
Masa : Jumaat (3 pm - 11.30 pm)
            Sabtu - Ahad (10 am - 11.30 pm)
Tempat : Jeti Chenor Lama, Chenor, Maran, Pahang

Pesta Air Chenor 2017 kembali dengan pelbagai aktivit-aktivi yang menarik seperti aktiviti sukan air dan rakyat, menyediakan makanan dan masakan tradisi, rakit berhias dan banyak lagi. Selain aktiviti itu juga, Mini Konsert Havoc Manis FM dengan penampilan artis seperti Awie Rafael, Kaka, Azraff, Nabila Razali, Ara AF dan Sya. Tetapi program ini juga menyediakan pengisian kerohanian oleh PU Mizie. Persembahan Teater Tradisional Mak Yong, jualan Kraf dan produk tempatan, Arts Market dan banyak lagi!!



Berikut merupakan tentatif yang bakal berlangsung selama 3 hari di Chenor.
Korang boleh la Save dulu tentatif ni.

Jumaat

Sabtu

Ahad


Aktiviti-aktivit yang bakal berlangsung di Chenor dan
artis yang akan hadir di Mini Konsert Manis FM



Juga akan ada Cabutan Bertuah


Jangan lupa hujung minggu 28 - 30 Julai ini untuk semua rakyat Malaysia secara umumnya dan rakyat Pahang secara khususnya untuk memeriahkan Pesta Air Chenor 2017 dengan pelbagai aktiviti disediakan.

Akhirnya Google Adsense Telah Diluluskan di helloaiman

adsense

Akhirnya Google Adsense Telah Diluluskan | Alhamdulillah, akhirnya misi mahukan Google Adsense bertapak di blog helloaiman telah berjaya. Dalam bulan Jun ke Julai ni aku dapat tengok sambil-sambil blogwalking, ramai juga blogger yang berjaya dalam permohonan Google Adsense ni. Aku nak tag blognya, aku pun tak ingat dah. Yang aku ingat hanya blog permatabiru dan Dunia Blog IQ. By the way, tahniah untuk kedua-dua blog.


Jadi hari ni aku dapat merasa juga bagaimana keseronokan apabila sesuatu permohonan yang kita mohon telah diluluskan. Kita mungkin biasa nampak Google Adsense di mana-mana tempat bukan sahaja di blog malahan di Youtube, di aplikasi smartphone anda dan banyak lagi. Jadi salah satu tempat yang dapat iainya di blog ini sendiri.

Tolong vote blog helloaiman DISINI

Aku pada mulanya memohon Google Adsense bila cukup 50 entry, adanya page Disclaimer, About, Contact, Sitemap dan aku terus mohon. Kalau tak silap aku pada bulan April yang lepas. Tetapi masih tiada jawapan sama ada lulus ataupun tidak. Jadi minggu lepas aku ada jumpa disebuah blog bila aku google pasal tips Adsense ni. Apa yang dia bagi tahu dan sarankan, letak widget Label, widget Archive, jika ada entry yang penuh dengan gambar dan kurang words tolong revert to draft (contoh, wordless wednesday) dahulu dan cuba mohon sekali lagi tetapi menggunakan akaun gmail lain. Cara ini dengan meng invite gmail lain menjadi admin blog anda dan dengan gmail tersebut anda mohon sekali lagi untuk Google Adsense. Yes! Tips ni berhasil dan ianya hanya mengambil masa seminggu untuk lulus. Semalam aku baru terima email daripada pihak Google kerana lulus permohonan. Mohon luluskan juga banyak-banyak USD ke akaun bank aku juga lepas ni google haha

email

Tetapi yang tak bestnya aku masih terkial-kial nak set up Adsense ni, kadang-kadang keluar, kadang takda, tetapi dia ada. Entah la, yang penting aku happy sebab dah ada Adsense di blog aku. Nuffnang ni sendu teruk la nak dapat earning, Adsense aku tak tahu la sendu ke tidak lepas ni. hahaha Kene lebih padu lagilah cari bahan buat entry mantap lagi lepas ni.


Aku harap dengan Google Adsense ni aku dapat la passive income sikit. Harap rakan-rakan blogger dan pembaca sekalian bermurah hati sudilah klik iklan yang terpapar keh. Didahulukan dengan Terima Kasih. Insya Allah aku pun akan bermurah hati untuk klik tabung-tabung anda.

tahniah

Apa yang menarik di sebalik filem The Dark Tower

the dark tower

Apa yang menarik di sebalik filem The Dark Tower | Akhirnya sebuah buku karya agung daripada Stephen King yang bergenre fantasi, seram, fiksyen sains iaitu The Dark Tower dijadikan filem dan bakal dikeluarkan diseluruh panggun wayang di seluruh Malaysia pada 3 Ogos 2017 ini. Sedikit info berkaitan filem:

Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017
Genre: Fantasi / Seram / Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Idris Elba, Matthew McConaughey, Tom Taylor, Jackie Earle Haley, Katheryn Winnick
Pengarah: Nikolaj Arcel

the dark tower


Sinopsis Ringkas

Selepas mendapat tahu mengenai dimensi lain yang dipanggil Mid-World, seorang budak lelaki berusia 11 tahun bernama Jake Chambers telah pergi ke dimensi tersebut. Dia kemudian bertemu dengan seorang pahlawan, Roland Deschain, dan menyertainya dalam misi mencari `Dark Tower` yang berada di Hujung Dunia. Deschain berharap dapat sampai ke `Dark Tower` itu supaya dia dapat menghalang dunia yang sedang nazak daripada musnah, tetapi pengembaraan mereka tidak mudah kerana mereka perlu berdepan pelbagai jenis raksasa dan juga seorang ahli sihir bernama Walter Padick.

Klik iklan di sini (please klik sekejab untuk tabung saya. terima kasih)

Ringkasan Menarik

  1. Penulis buku sendiri iaitu Stephen King turut terlibat dalam menulis dan pengeditan skrip untuk filem ini. Yang paling best, beliau sendiri kagum dengan dan menganggap filem ini hebat!
  2. Kita akan dapat lihat lakonan dan skil hebat daripada Idris Elba yang akan memegang watak Gunslinger.
  3. Matthew McConaughey akan memegang watak jahat iaitu Men in Black yang merupakan seorang ahli sihir dan juga musuh utama Gunslinger.
  4. Filem ini akan membuatkan anda seperti berada di alam buatan sendiri iaitu berada di dunia The Dark Tower. Stephen King memberitahu buku ini diterbitkan atas inspirasi daripada filem hebat The Lord Of The Ring. Jadi tak hairan lah kita mungkin merasakan kita berada di alam tersebut, lagi-lagi bila ia difilemkan nanti.
  5. Apa yang menarik lagi, filem The Dark Tower ini bukanlah semata-mata adaptasi daripada novel, tetapi merupakan kesinambungan daripada buku tersebut. Jadi jika anda peminat buku tersebut, anda kene juga tengok filem ini.
  6. Dalam filem ini juga, terdapat selitan daripada semua buku yang ditulis oleh Stephen King sendiri seperti It, The Shining, The Stand, Salem’s Lot,dan banyak lagi. Jadi peminat buku beliau, mesti teruja dengan filem ini.
  7. Filem yang lengkap dengan aksi, seram, romantik, drama, fantasi dan semuanya datang daripada imaginasi penulis terkenal itu.
  8. Hasil disebalik tabir filem ini daripada sentuhan tangan insan-insan hebat sejak 20 tahun lamanya. Nama-nama besar seperti J.J Abrams, Ron Howard, Russel Crowe dan Javier Bardem merupakan mereka yang bertungkus lumus dalam menjayakan pembikinan filem ini. Jadi tak pecah panggun tak tahu la
  9. Dunia sains fantasi, watak-watak yang unik, dan jalan cerita The Dark Tower yang epik ini merupakan daya tarikan utama yang akan membuatkan korang melekat di skrin layar
Klik sini untuk mengetahui fakta menarik filem The Dark Tower (please klik untuk tabung saya. terima kasih)


Belanja klik. Terim Kasih

Harga runcit produk petroleum 20 Julai hingga 26 Julai

petrol price

Harga runcit produk petroleum 20 Julai hingga 26 Julai | Jadi sudah tiba hari Rabu dimana harga baru prodak petroleum akan diumumkan untuk harga baru selama seminggu berkuatkuasa pada khamis esoknya. Jadi pihak KPDNKK telah mengeluarkan harga baru untuk RON97, RON95 dan DIESEL. Jadi di sini aku sertakan harga baru berkuatkuasa bermula 20 Julai - 26 Julai 2017

Jadi dibandingkan dengan harga sebelum ini:

RON95 - 1.97 kepada 1.97 (tidak berubah)
RON97 - 2.22 kepada 2.22 (tidak berubah)
DIESEL - 1.96 kepada 1.96 (tidak berubah)

Terima kasih kerana membaca Harga runcit produk petroleum 20 Julai hinggah 26 Julai

sumber: Bernama

Trivia Menarik Berkaitan dengan Pemain Bola Sepak Wayne Rooney

trivia rooney

Trivia Menarik Berkaitan dengan Pemain Bola Sepak Wayne Rooney | Beberapa minggu yang lepas, peminat Red Devils mungkin sedih atas kehilangan pemain kesukaan mereka iaitu Wayne Rooney yang akhirnya bersetuju untuk kembalik kepada kelab asalnya iaitu Everton. Di United, beliau boleh dianggap sebagai legenda kerana begitu banyak pencapaian yang telah dicapai beliau selama di United. Tambahan lagi, beliau berjaya memintas rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman pemain United yang dipegang oleh Sir Bobby Charlton yang dipegang sejak 1973 dengan jaringan sebanyak 249 dan Rooney dengan jaringan 253 gol. 12 jumlah trofi yang pernah dimenangi beliau semasa di United.

sir bobby

everton

rooney
Rooney bersama jersi Everton. All the best wazza

Trivia menarik:

1. Peminat Harry Potter

Semasa mempromosikan kempen membaca kepada kanak-kanak, Rooney memberitahu bahawa buku kegemaran beliau adalah buku Harry Potter and The Philosopher's Stone karangan J. K. Rowling yang mendapat bestseller seluruh dunia. Dalam kempen tersebut, beliau perlu mencadangkan buku kegemaran sendiri kepada National Literacy Trust untuk mempromosikan budaya membaca. Dalam satu wawancara, buku tersebut menjadi kegemaran beliau kerana ia penuh keseronakan. pengembaranan disamping perlukan kepada imaginasi. Selain daripada itu juga, kerana penulis itu sendiri iaitu Rowling dan akhirnya buku beliau difilemkan.

2.  Degil dan nakal

Rooney juga mempunyai sejarah silam di alam persekolahan dimana pernah didenda seperti kanak-kanak nakal lain. Balik di alam persekolahan, beliau pernah di gantung sekolah selama 2 hari kerana melakukan vandalisma terhadap harta sekolah dengan menebuk meja di lab sains. Perkara ini berlaku kerana bola sepak Rooney telah dirampas sebelum itu. Jika anda mengikuti perkembangan Rooney sendiri daripada Everton sehingga Manchester United, beliau tidak dapat menjauhkan diri daripada kontroversi dengan sifat baran di atas padang. Jika di Everton ketika remaja, Rooney pernah bertengkar dengan pembantu pengurus Everton sendiri iaitu Alan Irvine.

3. Kenali isteri beliau bermula di alam persekolahan

Pada 2008, Rooney telah berkahwin dengan isteri beliau sekarang iaitu Coleen di Itali. Rooney tidak seperti selebriti dan pemain bola terkenal lain yang berkahwin dengan selebriti juga sebaliknya berkahwin dengan insan biasa. Sebenarnya, Rooney pertama kali berjumpa Coleen pada umur 12 tahun dan selang 4 tahun kemudian barulah mereka secara rasmi bercinta iaitu selepas taman sekolah menengah. Kebetulan, ibu Rooney iaitu Jeanette merupakan seorang staff dimana Coleen bersekolah semasa remaja. Mereka kini telah mempunyai 3 anak remaja iaitu Kai, Klay dan Kit Rooney.

coleen

4. Tatu di badan

Rooney juga tidak ketinggalan melukis tatu di badan seperti pemain bola lain. Sebenarnya setiap tatu yang diukir di badan punyai maksud tersendiri, sama juga seperti Wayne Rooney. Di badan beliau, terdapat tatu tulisan yang menulis "just enough education to perform" yang mempunyai dengan memberitahu bahawa beliar kurang dalam bidang akademik. Ini ditunjukkan apabila, beliau tidak mengambil exam akademik GSCEs dimana diwajibkan semasa sekolah menengah. Selain daripada itu, dengan semangat patriotisma beliau mengukir tatu bendera St. George dan tulisan "English and Proud". Tatu yang terkahir adalah lambang Salib yang menunjukkan beliau merupakan Roman Catholic faith dan Irish roots.

5. Disaman oleh David Moyes

Rooney telah mengeluarkan sebuah buku autobiografi bertajuk 'My Story So Far' dan dimana salah satu cerita yang terdapat dalam buku beliau adalah berkaitan dengan sikap seorang jurulatih yang pernah melatih beliau di Everton dan Manchester United iaitu David Moyes dengan melabel beliau sebagai suka mengawal seseorang pemain. Dalam buku tersebut juga, Rooney mengelar David Moyes sebagai seorang yang sombong dan juga orang bertanggungjawab yang menjual pemain pada 2004 kepada Manchester United. Dalam buku tersebut ada juga mendedahkan bahawa Moyes telah melawat ke pusat pelacuran dan mendedahkan butiran sensitif ke akhbar Liverpool Echo. 

moyes sue rooney

Dengan semua tuduhan-tuduhan yang ditulis di dalam buku 'My Story So Far', Moyes tidak mengambil ringan akan hal itu sekali gus mengfailkan kes mahkamah atas tuduhan fitnah. Tetapi akhirnya, Rooney menarik balik statement di buku beliau dan memohon maaf sekali gus bersetuju membayar £500,000 sebagai syarat penyelesaian kepada David Moyes.

6. Perilaku tidur yang pelik

Mungkin ramai manusia yang sukar tidur di malam hari sehingga perlukan ubat untuk menyelesaikan masalah ini. Wayne Rooney juga tidak ketinggalan apabila susah untuk tidur malam. Tetapi yang peliknya, beliau tidak memerlukan ubat tidur sebaliknya hanya memerlukan bunyi vakum. Kan pelik tu.

Trivia ni ditulis dalam buku beliau sendiri dan ditambah lagi, apabila vakum tiada dirumah ataupun rosak, Rooney mendapatkan bunyi daripada hair dryer isterinya pulak. Bertambah pelik!

wallpaper

Terima Kasih Legend Wayne Rooney

sumber sportskeeda

Site Of The Month daripada Meteoraproduction


Alhamdulillah blog helloaiman terpilih sebagai salah satu calon blog or site of the month daripada pihak meteoraproduction. Aku terima email daripada pihak mereka semasa family trip ke Kuala Lumpur/Shah Alam hujung minggu semalam. Jadi aku update lambat sikit la kan, nak fokus holiday.

Kalau mengikut kriteria pemilihan daripada website tersebut, cara pemilihan mereka blog/site tersebut ada ciri-ciri yang menarik, cool dan baik. Selain itu, mereka seperti tahu owner blog/site tersebut akan teruja jika dipilih. Dan akhir sekali, iainya dipilih sebab blog tu tak ramai kawan. hahaha Jadi antara 3 ciri-ciri tersebut, aku rasa 2 akhir sahaja yang aku rasa layak. Sudah tentu aku teruja, blog aku diketahui umum disebabkan hanya beberapa bulan mula operasi. Yang pertama itu, mungkin pembaca atau penilai nampak the other side of my blog yang aku tak nampak. Harapnya adalah yang specialnya kan. hehe

Jadi sebelum ni aku dapat invitation daripada blog owner Najwa untuk hantar penyertaan, kot-kot la diterima. ermm Jadi alhamduilllah aku diterima sebagai salah satu calon daripada 7 calon. Jadi untuk menjadi pemenang Site of The Month for August 2017, satu undian harus dibuat untuk mencari pemenang. Aku usha calon lain semunya blogger otai yang dah lama kecimpung dalam dunia blogger. hahaha Tapi takpa lah, sudah tercalon pun dikira sebagai pencapaian terindah setakat ini dalam dunia blogging.

Jadi entry kali ni, aku harap kepada semua rakan blogger, boleh la undi aku sebagai PEMENANG. Kepada calon blogger lain, bagi la chance kepada newbie ni. hehe Happy Voting guys until 29 July 2017 maybe (It stated 2 weeks period of voting)

Cara nak vote

1. Klik blog helloaiman
2. Tekan vote
3. Settle


Jadi korang boleh vote blog helloaiman di banner di bawah ini

voting
* Voting period: 16th July – 31st July 2017

p/s : Terima kasih kepada yang sudi vote blog helloaiman ini. Nanti boleh claim roti canai sekeping hahaha k gurau~ blogger otai bagi la newbie sama-sama naik. hehe

Cara Membuat Pengeluaran Duit Tanpa Kad (Cardless Withdraw) di mesin ATM Maybank

pengeluarkan duit tanpa kad

Cara Membuat Pengeluaran Duit Tanpa Kad (Cardless Withdraw) di mesin ATM Maybank | Entry kali ni sebagai perkongsian kepada semua pengguna tegar mesin ATM Maybank terutamanya di Malaysia. Entry kali ni juga mungkin berguna kepada yang jarang membawa kad ATM Maybank bersama ataupun berguna kepada yang lupa atau tertinggal membawa kad ATM tersebut. Perkongsian ini telah dikongsi oleh sebuah page di facebook Malaysia Viral Story. 

Jika kita mahu keluarkan duit daripada mesin ATM sudah tentu memerlukan kad ATM itu sendiri, tetapi bagaimana kalau kad kita tertinggal di rumah? Mungkin akan merumitkan lagi keadaan selepas itu. Jadi pihak Maybank telah mengeluarkan initiatif dengan mengeluarkan duit di mesin ATM Maybank tanpa menggunakan kad atau digelar Cardless Withdraw. Tetapi untuk mengeluarkan duit tersebut mesti ada syarat dan aku rasa syaratnya semua orang boleh penuhi dengan jayanya kerana anda hanya perlukan:

  1. Smartphone, 
  2. Internet 
  3. Akaun Maybank2u
maybank2u


Cara-cara sebelum ke mesin ATM adalah:


  1. Log In maybank2u seperti biasa
  2. Klik tab Accounts & Banking, pergi bahagian Transfers
  3. Cari menu under Cardless Withdrawal, klik Open Cardless Withdrawal
  4. Masukkan No Telefon Sendiri, Nama Penuh & Jumlah Duit berapa yang mahu dikeluarkan sama ada 100, 200, 300 sahaja *ada servis caj RM1.06 termasuk gst
  5. Tandakan setuju dibahagian I hereby read and understood the Terms and Condition dan klik Continue
  6. Kemudian request for TAC number (kod number yang akan dihantar di phone anda dan masukkan di ruang disediakan) selepas itu klik Confirm.
  7. Kemudian, pihak Maybank akan hantar 16 atau 17 digit no ID bersama kod pengesahan melalui SMS menggunakan no phone yang dimasukkan tadi. No ID tersebut akan digunakan di mesin ATM untuk pengeluaran. No ID tersebut hanya valid 24 jam sahaja. 
  8. Jadi anda kene berada di mesin ATM bersama no ID dan kod pengesahan dalam masa 24 jam daripada tempoh memohon.

Cara-cara sesudah sampai di mesin ATM adalah:


  1. Pergi di mana-mana mesin ATM Maybank dan tekan mana-mana button di menu ataupun keypad. Pilih bahasa kemudian pilih Pengeluarkan Tanpa Kad.
  2. Masukkan 16 atau 17 digit no ID yang diterima melalui SMS tersebut dan pilih Ya
  3.  Kemudian masukkan juga kod pengesahan 6 digit dan pilih Ya
  4. Setelah seleisai, duit akan keluar seperti jumlah yang kita mohon di Maybank2u sebentar tadi
  5. Selesai

Terima kasih kerana membaca Cara Membuat Pengeluaran Duit Tanpa Kad (Cardless Withdraw) di mesin ATM Maybank. Kalau ada apa nak kongsi atau komen, silalah.

8 Trivia Filem War for the Planet of the Apes yang anda perlu tahu

war for the planet of the apes

8 Trivia Filem War for the Planet of the Apes yang anda perlu tahu | Filem trilogi Planet of the Apes telah di tayangkan diseluruh pawagam di seluruh Malaysia bermula 13 Julai 2017. Filem ke 3 reboot Planet of the Apes arahan Matt Reeves iaitu War for the Planet of the Apes menjanjikan adegan yang menarik iaitu peperangan berlaku di antara Apes dan juga manusia. Sedikit informasi berkenaan filem:

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017
Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 23 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer
Pengarah: Matt Reeves

war for the planet of the apes

Sinopsis Ringkas

Filem ini mengikuti konflik di antara Caesar serta rakan beruknya dan tentera manusia yang diketuai oleh Kolonel yang kejam. Caesar yang bergelut dengan naluri gelapnya memulakan misi untuk membalas dendam selepas mereka kehilangan banyak nyawa dalam konflik itu. Dia kemudian mendapati dirinya bersemuka dengan Kolonel dalam satu pertempuran epik, yang akan menentukan bukan sahaja nasib kedua-dua spesis, tetapi juga masa depan planet Bumi.

Trivia menarik filem:

 1.   Filem kesembilan. Ia adalah filem ke-9 dalam francais 'Planet Of The Apes'.
  • Planet of the Apes
  • Beneath the Planet of the Apes
  • Escape from the Planet of the Apes
  • Conquest of the Planet of the Apes
  • Battle for the Planet of the Apes
  • Planet of the Apes (buat semula)
  • Rise of the Planet of the Apes
  • Dawn of the Planet of the Apes
 2.   Filem ini membuat pertandingan untuk peminat (muat naik video melakonkan watak seperti Apes) bagi mereka melakonkan dan berperanan sebagai salah seekor daripada Apes.

 3.   Ini merupakan filem ke-2 daripada pengarah Matt Reeves untuk filem reboot Planet of the Apes selepas Dawn of the Planet of the Apes

 4.   Hanya 3 pelakon sahaja yang muncul dalam ketiga-tiga filem reboot Planet of the Apes iaitu Andy Serkis (sebagai Caesar), Terry Notary (sebagai Rocket) dan Karin Konoval (sebagai Maurice)

 5.   Filem pertama Planet of the Apes adalah pada tahun 1968 dan pada 2001 bermula reboot filem tersebut.

 6.   Gadis kecil bernama Nova, dinamakan sempena watak yang dimainkan oleh Linda Harrison dalam filem pertama dan kedua dalam francais asal.

 7.   Andy Serkis yang memegang dan memainkan watak yang berperanan sebagai Caesar telah mengumumkan War of the Planet of the Apes akan mengeluarkan permainan Video di acara Comic Con pada 7 Oktober 2016 di New York yang lepas. Untuk motion capture, beliau sendiri yang terlibat katanya.

 8.   Filem ke-4 dalam fraincais reboot telah diumumkan pada Oktober 2016. Jadi apakah peperangan ini tidak berkesudahan lagi? 




sumber: cinerma.com.my, movienco, myteenguide

Terima kasih kerana membaca 8 Trivia Filem War for the Planet of the Apes yang anda perlu tahu. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen ye

Harga runcit produk petroleum 13 Julai hingga 19 Julai

harga petrol

Harga runcit produk petroleum 13 Julai hingga 19 Julai | Jadi sudah tiba hari Rabu dimana harga baru prodak petroleum akan diumumkan untuk harga baru selama seminggu berkuatkuasa pada khamis esoknya. Jadi pihak KPDNKK telah mengeluarkan harga baru untuk RON97, RON95 dan DIESEL. Jadi di sini aku sertakan harga baru berkuatkuasa bermula 13 Julai - 19 Julai 2017

Jadi dibandingkan dengan harga sebelum ini:

RON95 - 1.93 kepada 1.97 (naik 4 sen)
RON97 - 2.19 kepada 2.22 (naik 3 sen)
DIESEL - 1.91 kepada 1.96 (naik 5 sen)

Terima kasih kerana membaca Harga runcit produk petroleum 13 Julai hinggah 19 Julai

sumber: Bernama

Masalah Verification Phone Number pada SGShop Malaysia

prob ver

Masalah Verification Phone Number pada SGShop Malaysia | Mungkin ramai dah tahu apa itu SGShop dan mungkin ada yang segelintir tidak tahu apa itu SGSHop. Sedikit pemberitahuan, SGShop ni merupakan agent sah yang menjual barangan daripada Taobao.com dan website ini merupakan salah satu tapak jualan yang terbesar di negara China yang menjual pelbagai produk sama ada pakaian, alatan elektrik, kasut, alatan rumah dan sebagainya. Jika di Malaysia, Taobao ni macam Lazada la senang cite. Tapi jika anda buka laman web tersebut, sudah tentu iainya sepenuhnya tulisan cina, jadi pihak SGShop Malaysia mengambil inisiatif menjadi agent kepada pihak Taobao untuk rakyat Malaysia shopping barangan China direct daripada negara tersebut.

Jadi untuk membolehkan kita shopping atau membeli barangan melalui SGShop ni, sudah tentu kita perlu daftar sebagai pengguna. Jadi nak daftar anda boleh pergi ke laman web www.sgshop.com.my:

  1. klik register
  2. masukkan email, username, password dan phone number
  3. phone number perlu disahkan atau verify terlebih dahulu

sgshop verification code

sgshop verification code

Jadi bahagian sini la sebahagian pengguna akan mengalami masalah iaitu apabila mahu untuk verify number telefon. Sebelum ada rakan blogger yang katanya tak dapat join contest sgshop shopping credit disebabkan hal ini dan ada juga aku tengok pengguna mengadu di bahagian komen di post facebook.

Sebenarnya isu ini juga terjadi pada aku pada mulanya. Aku cuba daftar di website memang tak boleh sebab aku tak berjaya nak verify no phone sebab tak dapat text code, jadi macam mana aku nak join contest kalau usernama takda kan. Rupa-rupanya boleh daftar tanpa verify no phone melalui aplikasi SGShop sendiri. Alhamdulillah. Jadi dapat la join contest dan menang beberapa daripadanya. Dapat la shopping. hehe

Jadi semalam aku dah start nak shopping dan buat pembayaran, tetapi malangnya disebabkan belum verfiy no phone aku tidak dibenarkan untuk proceed bayaran. Rupanya penting juga verify no phone ni. Aku cuba sekali untuk dapatkan text code daripada pihak SGshop, masih tak dapat. Jadi aku mengambil langkah lain dengan live chat terus. Aku chat terus melalui applikasi SGSHop.

sgshop verification code

sgshop verification code

sgshop verification code

Jadi kat sini korang boleh terus live chat dengan pihak SGShop dan tanyakan apa masalah korang. Untuk penyelesaian masalah aku dan orang ramai ni, pihak SGShop sendiri bagi text code tersebut dan aku hanya perlu copy and paste sahaja. Sekarang dah berjaya pun dan boleh shopping pun hahaha. Jadi kalau anda ada masalah verification phone number iaitu masalah untuk dapatkan text code, anda boleh terus live chat pihak SGShop. 

Tabung

Tabung