Trivia menarik filem Wonder Woman 2017

wonder woman

Sempena Filem DC Entended Universe iaitu Wonder Woman yang ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 1 Jun yang lalu, aku nak berkongsi sedikit trivia menarik daripada IMDb. Siapa nak belanja tiket wayang, boleh pm hahaha. Ringkasnya, filem ini telah diarahkan oleh seorang pengarah wanita iaitu Patty Jenkins dan dilakonkan oleh beberapa pelakon iaitu Gal Gadot sebagai Diana, Chris Pine, Robin Wright, Danny Huston, David Twelis dan ramai lagi. Klasifikasi sebagai P13, genre aksi / pengembaraan / superhero dan durasi selama 2 jam 17 minit dibawah Warner Bros. Pictures. Pelakon pun lawa hahaha

Sedikit ringkasan sinopsis

Diana adalah seorang puteri Amazon yang dibesarkan di sebuah kepulauan dan dilatih untuk menjadi pahlawan terulung. Selepas seorang juruterbang Amerika, Steve Trevor, terhempas di pulau tersebut, dia telah memberitahu Diana mengenai perang dunia yang sedang berlaku. Diana kemudian meninggalkan kampung halamannya untuk cuba menghentikan peperangan tersebut.

Trivia filem

  1. Wonder Woman adalah filem pertama superhero wanita sebagai watak utama sejak 12 tahun yang lepas dengan filem Elektra pada 2005. 
  2. Producer dan director terkenal Zack Snyder akan muncul dalam 1 babak atau cameo dalam filem ini sebagai askar tentera semasa World War I. 
  3. Patty Jenkins merupakan wanita pertama sebagai pengarah dalam sebuah filem superhero yang heronya adalah wanita 
  4. Gal Gadot iaitu pelakon utama sebagai Diana telah melakon semula (termasuk aksi) ketika sedang mengandung 5 bulan. Pada kita itu, baby bump beliau sudah kelihatan, jadi pihak produksi telah melakukan CGI terhadap baby bump supaya tidak kelihatan. 
  5. Latar belakang semasa World War I telah difilemkan di Upper Heyford air base in Bicester, England. 
  6. Wonder Women adalah filem ke 4 daripada DCEU (DC Extended Universe) selepas Man of Steel (2013), Batman vs Superman : Dawn of Justice (2016) dan Suicide Squad (2016) 
  7. Selepas file DCEU yang lain, Wonder Woman satu-satunya filem DCEU yang mendapat review yang positif daripada pengkritik filem. 
  8. Filem ini siap pada 3 May 2016 iaitu sama tarikh kelahiran pencipta watak Wonder Woman dilahirkan iaitu William Moulton Marston. 
  9. Filem kali ini, Wonder Woman tidak memakai anting-anting, berbeza dengan tv series live-action terawal Wonder Women 1975 dan animasi Super Friends 1973 dengan memakai anting-anting berwarna merah dan anting-anting berwarna putih di pakai dalam animasi Justice League 2001. 
  10. Gal Gadot sebagai Diana dan Emily Carey sebagai Diana ketika kecil/remaja berkongsi tarik lahir yang sama iaitu 30 April.


10 comments

wowww! macam best tapi takde hero ke?

wahhhhhhh... best2 ni...

psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.

Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html

Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.

- Mia Liana

rating tinggi, tengok review best. hero memang wonder women. kalau laki ada, tapi 2nd character la.

I dah tengok. the most saddest part when charlie begin to sing after a long time ago. it was like hard time was gone.

Spoiler alert. Hehe i still dont have free time to watch. So sad

soo.. perempuan yang jadi superhero lah? ;)

betul tu. review tulis best ceritanya

fulamak Wonder Woman lahhhh! In my wishlist ada time nak tengok hahaha thanks for the trivia!


EmoticonEmoticon