Trivia menarik di sebalik filem The Mummy

the mummy 2017

Pada 8 Jun yang lalu, filem terbaru lakonan Tom Cruise, The Mummy telah di tayangkan di seluruh pawagam diseluruh Malaysia. Sedikit informasi berkenaan filem ini:

Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 1 jam 50 minit
Pelakon: Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, Jake Johnson, Courtney B. Vance, Russell Crowe
Pengarah: Alex Kurtzman

the mummy

Sedikit ringkash sinopsis

2,000 tahun lalu di Mesir, Puteri Ahmanet telah ditanam hidup-hidup di makam di bawah padang pasir sebagai hukuman kerana membunuh bapanya. Puteri purba itu kemudian telah bangkit pada era moden apabila makamnya ditemui. Dia yang menyimpan dendam sejak beribu tahun mula membawa kemusnahan dan malapetaka kepada manusia.

Trivia menarik filem:
  1. Aksi atau adegan zero graviti mengambil 64 takes selama 2 hari semasa adegan kapal terbang jatuh. Dilaporkan, ramai cres merasa loya semasa kejadian dan muntah, kecuali bintang utama Tom Cruise dan Annabelle Wallis, yang benar-benar berbangga dan puas hati dengan aksi itu.
  2. Tagline filem ini iaitu 'Welcome to a new world of gods and monsters' adalah petikan daripada filem Bride of Frankenstein (1935).
  3. Rupa dan jantina The Mummy telah diubah kerana rupa Apocalypse semasa di dalam post-credit filem  X-Men: Days of Future Past (2014).
  4. Alex Kurtzman (pengarah) menyatakan di dalam filem The Mummy tiada post credit scene kerana hanya Marvel yang selalu berbuat demikian.
  5. Sebahagian latar filem berlaku di London, England iaitu pada bulan Julai 2016.
  6. Ini merupakan filem Mummy yang ke 4 dengan rating P-13.
  7. Pereka set pada awalnya mahukan C130K ini adalah pesawat  SF RAF. Oleh kerana, rekabentuk dalaman yang salah yang diterima, pesawat yang dipaparkan ialah gabungan 2 pesawat yang berbeza. Bahagian luar adalah copy C130K dan bahagian dalam adalah copy A400M.
  8. Tom Cruise secara peribadi minta Annabelle Wallis untuk uji bakat untuk filem ini.
  9. Baltasar Kormákur telah ditawarkan peluang untuk mengarah filem ini, tetapi menolaknya.
  10. Ini adalah kali ke 2 Tom Cruise muncul dalam filem lebih daripada 1 kali pada tahun yang sama. Pada tahun 2017, filem ini dan juga filem American Made. Pada 2012 juga muncul dalam 2 filem setahun iaitu Rock of Ages (2012) and Jack Reacher (2012).

3 comments

Wahhh menarik ni.. Harus tonton.. :)

Orang cakap ending dia agak menghampakan hm..

ada baca review pn bgi tahu tak sedap.


EmoticonEmoticon