Trivia di sebalik filem Transformers: The Last Knight

the last knight

Trivia di sebalik filem Transformer: The Last Knight | Pada Rabu, bermulanya tayangan filem yang dinantikan oleh rakyat Malaysia (Transformer: The Last Knight) khususnya peminat kepada Transformer. Tayangan akan berlangsung serentak di seluruh pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Jun ini. Sedikit info berkenaan dengan filem transformer:

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Jun 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 29 Minit
Pelakon: Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Isabela Moner, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, John
Pengarah: Michael Bay

Sinopsis ringkas

Optimus Prime telah pulang ke planetnya, Cybertron, yang kini merupakan planet mati. Dia mendapati dirinya merupakan orang yang bertanggungjawab memusnahkan planetnya. Di bumi, manusia dan transformer pula sedang berperang. Kunci untuk menyelamatkan masa depan terletak pada masa lampau. Cade Yeager dan Bumblebee telah bersekutu dengan seorang pemerintah British dan seorang profesor dari Oxford untuk mencari jawapan yang mampu menyelamatkan bumi.

transformer

Trivia menarik filem:

  1. The Last Knight merupakan filem Transformer yang menelan belanja paling tinggi iaitu sekitar 260 juta USC
  2. Michael Bay (Pengarah) berkata, filem ini merupakan filem Transformer arahan beliau yang terakhir buat masa ini. Tetapi jika beliau memperoleh skrip atau jalan cerita yang menarik pada masa akan datang, dia akan kembali untuk mengarah.
  3. Latar di mana Sir Edmund Burton melawat 10 Downing Street merupaka latar sebenar di pejabat Perdana Menteri Brisith iaitu di filemkan pada oktober 2016.
  4. Filem pertama Transformer di filemkan pada tahun 2007 dan filem kali ini pada tahun 2017. Selepas 1 dekad, filem transformer masih diterima oleh masyarakat dunia.
  5. Sebahagian latar filem di lakukan di Stonehenge(antara 7 benda ajaib dunia). Kita sedia maklum, letupan dan Michael Bay tidak dapat dipisahkan apabila beliau mengarah sesebuah filem. Untuk filem ini juga, beliau mahu melakukan adegan letupan di Stonehenge tatapi tidak dibenarkan. Jadi beliau terpaksa membina dummy Stonehenge untuk melalukan adegan letupan.
  6. Transformers The Last Knight merupakan filem terakhir yang akan diarahkan oleh Michael Bay. Jika filem tersebut mendapat kutipan lebih dari 1 billion USD serata dunia, Michael Bay akan menjadi pengarah pertama yang mengarah 3 filem yang mencapai kutipan USD 1 billion dan kesemuanya melalui Transformers.
  7. Prop fizikal Sqweek di bina atas perminataa Isabela Moner
  8. Hot Rod merupakan karekter kedua Lamborghini Transformer yang muncul selepas Lockdown di dalam Transformer: Age of Extinction (2014). Secara umumnya setiap Transformer di dalam filem-filem Transformer mempunyai mod kenderaan yang berbeza dan unik.
  9. Loghat perancis milik Hot Rod merupakan idea daripada Michael Bay sendiri. Ini kerana ia mahu membuatkan Hod Rod sebuah karekter yang unik.
  10. Banyak adegan telah difilemkan di timur laut England, dengan beberapa jalan-jalan di Newcastle.
  11. Filem ke 2 arahan Michael Bay yang mempunya latar Perang Dunia Ke-2 selepas Pearl Harbor (2001).


Official Trailer 1 | Official Trailer 2 | Official Trailer 3
(tunggu 5 saat)


Terima kasih kerana membaca trivia di sebalik filem Transformer: The Last Knight. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen ye

5 comments

tak sabar nk tengok filem ni aiman...mesti best punya

Terbaik ah bro! Hahaha ingat lepas raya baru nak tngk.. Ramadhan takot pahala kurang hehehehe

tengok rabu minggu depan, tiket murah kn. sambil pakai baju melayu hahaa

kalau free nanti boleh la tengok. saya suka pun sebab robot dia nampak real sangat.


EmoticonEmoticon