10 malam terakhir Ramadhan bagi mencari Lailatul Qadar

lailatur qadar

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke 20 Ramadhan dan kita telah pun masuk ke fasa ke 3 iaitu fasa keampunan. Pada fasa terakhir ini juga mempunyai hari-hari yang memiliki kelebihan berbanding dengan hari yang lain. Rasulullah SAW pada 10 terakhir Ramadhan ini akan meningkatkan amal ibadah beliau yang tidak beliau lakukan pada hari-hari lainnya.

Ummul Mu`minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan tentang Nabi SAW pada 10 terakhir Ramadhan :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان - شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق عليه
“Adalah Rasulullah SAW apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau mengetatkan tali sarungnya (yakni meningkat amal ibadah beliau), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-istrinya.” Muttafaqun ‘alaihi

Jadi disini sekadar perkongsian bagaimana menerima dan mengamalkan ibadah sempena kedatangan 10 malam terakhir Ramadhan demi mencari Lailatur Qadar kerana Allah

  1. Tidak kira baik atau buruk Ramadhan anda 20 hari sebelum ini, pastikan kemasukan 10 hari terakhir Ramadhan ini dalam keadaan bersedia, penuh bertenaga, penuh semangat, niat yang murni dan pandangan yang positif
  2.  Mendengar atau membaca tafsit berkaitan Surah Al-Qadr dengan mengetahui tentang malam yang menakjubkan ini. Ini kerana bagi menukar mode ON dan seterusnya terus istiqamah sehinggah malam akhir Ramadhan. Malam Al-Qadr boleh jatuh pada mana-mana malam 10 hari akhir ini
  3. Pilih tempat yang paling sesuai dan selesa untuk beribadah sama ada di rumah atau di masjid. Elakkan bersandar pada bantal ketika membaca Al-Quran bagi memperbaik posture belakang anda
  4. Matikan telefon mudah alih anda, iPads dan komputer riba jika boleh di malam hari.
  5. Jika anda bersendirian, bacalah Al-Quran dengan suara yang indah dengan kuat supaya telinga & hati terus terlibat dengan bacaan sekaligus tidak berasa mengantuk. Ia akan menenangkan anda sepanjang bacaan. Tetapi, jika anda tidak bersendirian maka anda boleh membaca dengan suara yang biasa atau normal supaya tidak mengganggu orang lain.
  6. Selalu dan lamakan sujud anda serta banyakkan Doa di dalamnya. Menangis dan cuba menangis ketika berdoa meminta apa saja yang baik untuk dunia dan akhirat
  7. Meningkatkan doa anda - Ingat ia adalah malam di mana malaikat akan menulis apa sahaja yang akan berlaku dalam hidup anda untuk tahun akan datang, khususkan Doa anda dan meminta setiap dan semua yang anda perlukan; menunaikan Haji, pekerjaan, kerjaya, pasangan yang baik, anak yang solleh, rumah, nikmat kesihatan, rezeki yang mencukupi, apa sahaja.
  8. Amalkan solat sunat Taubat setiap malam dan meminta keampunan menggunakan nama-nama indah ALLAH - Al-Ghaffar, Al-Ghafoor, Al-Tawwab dan Al-'Afuww. Bertaubat dengan ikhlas dengan harapan penuh dan kemahuan yang kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi.
  9. Menghafal dan berdoa dengan doa Lailatul Qadr: Allaahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu' anni (Ya Allah, Engkaulah Maha Pengampun dan suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku).
  10. Minta ALLAH untuk memberikan dan menemukan anda dengan Lailatul Qadar dan menerima apa sahaja ibadaha yang anda lakukan pada malamnya dengan izinNya

1 comments:

Insya Allah Mari kita tingkatkan amalan


EmoticonEmoticon