Tragedi letupan sebuah tanker minyak di Pakistan

lori terbalik pakistan
sumber

Tragedi letupan sebuah tanker minyak di Pakistan | Dikala umat Islam menyambut Aidilfitri di seluruh dunia, negara Pakistan dikejutkan dengan tragedi letupan sebuah tanker minyak yang akhirnya membunuh hampir 150 orang pada 25 Jun yang lepas. Waktu tempatan menunjukkan kejadian ini berlaku sehari sebelum Aidilfitir iaitu pada 29 Ramadhan.


Kejadian ini dilaporkan terjadi di bandar Ahmedpur tengah Pakistan. Tanker tersebut sedang menuju ke Lahore daripada southern port city, Karachio. Dalam perjalan tersebut, pemandu tanker tersebut hilang kawalan lalu terbalik.


Dilaporkan beberapa minit selepas tanker mintak terbalik, telah berlaku kebocoran minyak pada tangki tersebut, maka penduduk berdekat bergegas membawa bekas masing-masing untuk dapatkan dan mengambil minyak (yang bukan hak mereka) yang tumpah tersebut. Ia tidak diketahui secara mendalam apakah punca sebenar terjadinya letupan tersebut, tetapi daripada laporan, penduduk yang datang di situ mula menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit. Mungkin dengan sedikit percikan yang menyebabkan letupan. Selepas 10 minit kejadian tanker terbalik, tanker itu meletup dan terbakar bersama penduduk yang masih sibuk mendapatkan minyak tumpah tersebut.


"Saya tidak pernah melihat apa-apa seperti itu dalam hidup saya. Mangsa terperangkap dalam bola api. Mereka menjerit meminta bantuan," - polis

explosion triangle

Jadi kat sini kita boleh nampak yang ianya berkaitan dengan keselematan, aku rasa sekolah rendah dulu kita ada belajar pasal expolosion or fire triangle. Apa yang dimaksudkan dengan fire triangle? Secara ringkas kebakaran atau letupana boleh berlaku apa bila ada 3 unsur seperti di dalam gambar iaitu oxidizing agent dan kebiasaanya adalah oksigen, minyak dan juga sumber pencucuhan dalam 1 masa. Jika tiada salah satu, pembakarang atau letupan takkan terjadi.

Dalam kes letupan di Pakistan sudah terang berlaku di tempat terbuka iaitu pertumpahan minyak, jadi disini sudah pasti 2 unsur terlibat iaitu oksigen dan minyak. Mana datangnya sumber kebakaran? Berdasarkan siasatan awal, ramai yang merekok berdekatan sebelum kejadian letupan, dan di sini anggapan awal rokok adalah unsur ke 3 kebakaran atau pencucuhan. Sebenarnya kalau belajar lebih lagi, electrostatic charge juga boleh dikategorikan sebagai sumbe ke 3. Sebab tu di petrol pump kita tidak digalakkan untuk menggunakan telefon bimbit sekali pun merokok Tempat tersebut pun punya risiko untuk terbakara dan meletup.

Dalam kejadian tersebut boleh disimpulkan, janganlah hidupkan sumber ke 3 iaitu ignition source apabila berada di tempat high flammable chemical seperti minyak petrol ditempat terbuka. Seterusnya janganlah ambil hak orang lain jika takdapat izin daripada tuannya. Semoga semua keluarga mangsa bersabar dengan ujian. SAFETY FIRST!!!

Nak tengok gambar di tapak kejadian boleh tengok sini (18+)

sumber edition.cnn.com

Terima kasih kerana membaca artikel Tragedi letupan sebuah tanker minyak di Pakistan. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen deh.

Harga runcit produk petroleum 29 Jun hingga 5 Julai

harga petrol

Harga runcit produk petroleum 29 Jun hingga 5 Julai | Jadi sudah tiba hari Rabu dimana harga baru prodak petroleum akan diumumkan untuk harga baru selama seminggu berkuatkuasa pada khamis esoknya. Jadi pihak KPDNKK telah mengeluarkan harga baru untuk RON97, RON95 dan DIESEL. Jadi di sini aku sertakan harga baru berkuatkuasa bermula 29 Jun - 5 Julai 2017

Jadi dibandingkan dengan harga sebelum ini:

RON95 - 1.91 kepada 1.89 (turun 2 sen)
RON97 - 2.17 kepada 2.15 (turun 2 sen)
DIESEL - 1.88 kepada 1.84 (turun 4 sen)

Terima kasih kerana membaca Harga runcit produk petroleum 29 Jun hinggah 5 Julai

Harry Potter menyambut ulang tahun ke-20

harry potter 20th anniversary

Harry Potter menyambut ulang tahun ke-20 | Bagi peminat Harry Potter, hari ni merupakan sejarah bagi mereka kerana pada hari ini Harry Potter menyambut ulang tahun ke-20 penerbitan buku yang pertama iaitu Harry Potter and The Philosopher's Stone yang dikarang oleh J.K Rowling. Buku ini diterbitkan pada 26 June 1997 sebelum ini.

Daripada idea dengan sebuah perjalanan kereta api ke penciptaannya di sebuah cafe di Edinburgh, Harry Potter dan Stone Philosopher mencipta fenomena global. Ia telah menjual lebih 450 juta salinan di seluruh dunia dalam 79 bahasa, adaptasi kepada filem , pengeluaran tayangan teater yang mengagumkan dan menarik para pembaca semua peringkat umur selama dua puluh tahun.

buku harry potter

Melalui akaun twitter pengarang buku Harry Potter, beliau tweet "20 tahun yang lalu hari ini, dunia yang saya tinggal bersendirian tiba-tiba terbuka kepada orang lain. Ia sangat indah. Terima kasih"

Peminat di seluruh dunia tidak ketinggalan bagi menyambut dan memperingati ulang tahun ke-20 ini di media-media social seperti facebook, twitter dan instagram.

Jadi kali ini pihak Twitter ingin mezahirkan penghormatan sempena ulang tahun ke-20 dengan membina kerjasama dengan pihak Bloomsbury dan rangkaian digital 'Pottermore' untuk melancarkan emoji Harry Potter khas dengan memaparkan icon parut berbentuk pentir dan  kaca mata ahli sihir milik Harry Potter.

Dengan tweet #HarryPotter20 ia akan mejana icon kaca mata dan parut berbentuk petir.


Selain daripada pihak media Twitter, Facebook juga tidak ketinggalan bagi menunjukkan keterujaan terhadap sambutang ulang tahun Harry Potter ke-20 ini dengan mengeluarkan serta melancarkan tulisan khas apabila kita update di wall atau komen di post facebook.

Jika anda menaip perkatan Harry Potter, Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff atau Slytherin pada ruang post atau komen, ia akan mengeluarkan animasi warna-warni seakan melancarkan spell seperti Haryy Potter di ruang skrin laptop anda. Anda boleh cuba.

Harry potter ke-20

Anda boleh dapatkan pelbagai info berkaitan dengan sambutan ulang tahun ke-20 di laman web harrypotter.bloomsbury

Terima kasih kerana membaca Harry Potter menyambut ulang tahun ke-20. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen ye

Situasi Di Jalan Raya Ketika Pulang Ke Kampung Bila Tiba Hari Raya

situasi di jalan raya

Situasi Di Jalan Raya Ketika Pulang Ke Kampung Bila Tiba Hari Raya | Alhamdulillah, 1 Syawal telah melabuhkan tirai pada hari semalam, dan kini sudah masuk 2 Syawal ataupun hari raya ke 2 dan sebahagian masih dalam mood cuti. Yang pasti government servant akan mula bekerja pada hari rabu ini. Tetapi ada juga sektor swasta yang baru bermula cuti. Mungkin atas tanggungjawab yang penting terpaksa di tinggalkan keluarga pada raya pertama. 

Jangan lupa klik Situasi Di Jalan Raya Ketika Hari Raya

Jadi ada mood raya dalam cuti ni, ada ramai lagi warga kota baru pulang ke kampung halaman masing-masing demi merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta kan. Tengok dalam facebook petang semalam masih banyak kereta di atas jalan raya yang keluar daripada Kuala Lumpur terutamanya. Entry ni sekadar berkongsi beberapa situasi di jalan raya yang mungkin kita perlu hadapi kita pulang ke kampung bila tiba Hari Raya.

Situasi Di Jalan Raya

1.   R&R atau kawasan rehat penuh dengan manusia dan kereta

Paling azab bila dah lama tersankut di dalam jam, lepas tu tak tahan sangat nak buang air. Bila dah sampai kawasan rehat tu, terus lega, Tapi jangan cepat lega, sebab semestinya akan penuh dengan manusia. Lepas tu memang harapan la nak dapat parking.

2.   Sakit pinggang akibat duduk lama di dalam kereta

Situasi ni sudah tentu akan dirasai bila kita memandu hanya sekadar duduk didalam kereta dalam tempoh yang lama. Aku pernah merasa sekali 2 je jam untuk balik daripada Kuala Lumpur ke Temerloh. Tempoh yang asalnya ambil masa 2 jam, dia jadi dekat 6 jam nak sampai. Jadi naik sakit pinggang juga duk dalam kereta. Nasib baiklah ramai yang boleh memandu. Jadi kami berhenti sekita untuk tukar driver dan merenggangkan urat-urat seketika.

3.   Pertambahan tempoh perjalanan 

Situasi ni biasa bila nak balik raya. Aku tak boleh bayang kalau daripada KL ke Kelantang atau ke Kedah. Tempoh perjalan ambil masa 6, 7 jam akhirnya jadi 12 jam. fuhhh!! Setengah hari beb dalam kereta. Respect la driver tersebut. Jadi anda nak cari jodoh jauh-jauh ke sebelah rumah je? hehehe

4.   Perasaan cemburu terhadap pemandu motosikal

Hahaha situasi ini berlaku kerana mereka boleh mencelah-celah diantara kereta. Jadi tempoh perjalanan mereka tidak lah terlalu lama jika dibandingkan dengan pemandu kereta. Tapi dalam cemburu macam tu, kene ingat kalau motor mahal sekali pun, kalau hujan, boleh basah beb hahaha Lekkk laaa!! boleh rest bawah jambatan kot

5.   Jalan dalam Kuala Lumpur begitu lenggang

Yes!! situasi ni aku selalu rasa, sebabnya kampung aku di Kuala Lumpur. hahaha Malam raya, orang keluar KL, kami sekeluarga masuk KL. Jalan seperti berada di kampung, lenggang. Rasa macam nak baring je hahaha Tapi tahun ni aku tak balik KL, sebab nenek aku datang Temerloh. Tapi kalau dah semua keluar daripada KL, tinggal lah pekerja asing. Jadi KLCC milik dieorang la sekejab. ermm

Mungkin ini adalah antara situasi yang mungkin berlaku setiap kali hari perayaan. Aku rasa bukan mungkin tapi wajib berlaku. Jadi mana yang baru nak pulang ke kampung tu rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin deh. Dan jangan lupa sedekah click di bawah ni pleasee, nak cari duit raya sikit. Terima kasih


Terima kasih kerana membaca Situasi Di Jalan Raya Ketika Pulang Ke Kampung Bila Tiba Hari Raya. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen ye.

[Video] Tutorial memakai sampin

tutorial memakai samping
sumber
[Video] Tutorial memakai sampin | Haa raya dah nak dekat. Dah dapatkan baju raya belum? Bagi yang perempuan dah ada baju kurung, jubah, blouse, kurung moden, khimar atau kurung peplum ke? Untuk yang lelaki, tahun ni pakai jubah ke, kurta ke baju melayu? Jadi sebagai lelaki, ramai memilih untuk Berbaju Melayu di pagi raya. Sudah tentu ianya tradisi Melayu kita kan. Jadi dengan Baju Melayu, sudah tentu tak lengkap tanpa dengan pemakain sampin sekali. 

Tak semua orang pandai pakai sampin, kadang-kadang memerlukan pertolongan orang lain untuk ikat atau pakaikan sampin kita kan. Jadi hari ni aku nak kongsikan kepada anda semua tutorial pemakaian sampin dengan betul dan mudah yang kembali viral di facebook. Mungkin dengan sekali percubaan kita tak berjaya dan mungkin memerlukan beberapa percubaan baru berjaya. Jadi praktislah dengan baik supaya anda kelihatan segak di pagi raya sekali gus menarik minat pandangan bakal mak mertua anda. hahaha

[Tutorial cara memakai sampin dengan betul]



Wak doyok juga sekali lagi repost posting facebook pada tahun 2016 serta berkongsi dengan peminatnya bagaimana mahu memakai sampin ikatan yang unik iaitu ikatan pelikat. Menerusi akaun facebook beliau pada 2016:

"Sempena hari lebaran ini ramai yang memakai sampin ikatan pelikat. Hari Ini aku tunjukan Tutorial ikatan sampin yang diberi nama "Ikatan Lagak Orang Kaya"


Terima kasih kerana membaca dan menonton [Video] tutorial memakai sampin. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen deh.

[Video] Koleksi iklan Raya Aidifitri 2017

 koleksi iklan raya 2017

Koleksi iklan Raya Aidilfitri 2017 | Pada tahun 2017 juga tidak ketinggalan, banyak syarikat swasta sekalipun di peringkat kerajaan masing-masing mengeluarkan video pendek atau iklan raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Masing-masing mengeluarkan idea yang berlainan dan sudah tentunya kreatif. Ada tawa, suka, duka, riang dan sebagainya. Jadi di sini aku cuba kumpulkan beberapa iklan raya yang dimuat naik di akaun youtube rasmi masing-masing. Jadi iklan raya mana pilihan anda?

1.   Iklan Raya daripada Tenaga Nasional Berhad, TNB - Dugaan Raya Aida #DugaanRaya



2.   Iklan Raya daripada DIGI - Kasih Sayang Duit Raya Terbaik #DigiRaya



3.   Iklan Raya daripada Telekom Malaysia, TM - Kampung Batu 311 Diselubungi Misteri.. #KeajaibanRamadan #HidupLebihMudah



4.   Filem pendek Raya daripada HyppInspirasi HD - #PengorbananAyah



5.   Iklan Raya daripada UMobile - #MaafkanKami



6.   Iklan Raya daripada Maxis (Wayang Sayang)



7.   Iklan Raya daripada RHB (Apa ditunggu-tunggu setiap kali Raya?)



8.   Iklan Raya daripada KFC (Joget Abah)



9.   Iklan Raya daripada MyEG - Gitar Buruk



10.   Iklan Raya daripada AKPK - Sahabat Raya



11.   Iklan Raya daripada Lazada




12.   Iklan Raya daripada UDA Property - #MisiHariRaya



13.   Iklan Rayada daripada Jabatan Imigresen ( E.M.P.A.T.I) - #bukansekadarraya



14.   Iklan Raya daripada Yeo's Malaysia - Diari Ramadan Opah #BerkatDirasaBersama #YeosRamadan



15.   Iklan Raya dariapda CIMB - LINAH #DebitJer



16.   Iklan Raya daripada OPPO - Gambar yang tersimpan #OPPORaya




17. Iklan Raya daripada Petronas - Donut ke Karipap?





Terima kasih kerana menonton koleksi iklan Raya Aidilfitri 2017. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen deh.

Lirik lagu Pejamkan Mata daripada Malique feat. Dayang Nurfaizah

pejamkan mata malique dayang nurhaliza

Lirik lagu Pejamkan Mata daripada Malique feat. Dayang Nurfaizah | Sejak hari-hari sebelum ni, kalau aku nak dengar lagu mesti aku mulakan dengan lagu yang sama. Aku sekarang memang tak save lagu dalam phone dah sebab memory 16gb je, so tak muat. hahaha Jadi berbekalkan DiGi Music Freedom aku dengan streaming je daripada JOOX Music dengan 2 jam mod VIP. Lagu yang aku maksudkan adalah Pejamkan Mata daripada Malique feat. Dayang Nurfaizah. Lagu yang agak susah untuk difahami dengan bait liriknya, jadi aku kene dengar selalu tambahan lagunya pun sedap untuk didengari lagi-lagi dengan kehadiran Dayang Nurfaizah. WarnerMusic mengeluarkan video lirik lagu secara rasmi pada Februari 2017. So, kat sini aku nak share lirik lagu beserta maksud setiap perkataan yang mungkin kurang difahami. Enjoy!!


Lirik lagu Pejamkan Mata - Malique feat. Dayang Nurfaizah


(Malique)
sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang menghantui kepala
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
masyghul, runsing… jah

[Chorus: Dayang Nurfaizah]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu

(Malique)
aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
semoga afdal bertemu di astral
selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

[Chorus: Dayang]

(Malique)
(hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya)

(Dayang Nurfaizah)
kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu
walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir

[Chorus]

Glosari:

Kencana/ken·ca·na/ - emas.
Gawai I /ga·wai/ - kerja; pekerjaan;
Kedana - papa, miskin:
Sawai III ; bersawai - tidak sedarkan diri .
Lembayung/lem·ba·yung/ - tumbuhan melilit, bunganya ungu; Basella rubra;
Hering/he·ring/ /héring/ - burung pemakan bangkai.
Canggung - kekok, kaku, janggal
Resiprokal/re·sip·ro·kal/ /résiprokal/ - bersifat saling berbalasan (tentang kata kerja).
Equivocal - memiliki nama/sebutan yang sama namun dengan makna/sifat yang berbeda | tidak pasti | tidak bersikap, tidak jelas.
Logharitma - ist angka ganda bagi sesuatu angka dasar yg digunakan utk mendapat angka tertentu.
Tafakur - Ar 1. renungan, perenungan; 2. perihal merenung memikirkan sesuatu; 3. pengheningan Cipta; bertafakur
Kantor - ibu pejabat
Diktator - orang yg memerintah dgn kuasa mutlak atau tidak terbatas.
Shabab - dalam arab bermaksud "anak muda."
Kasur/ka·sur/ - alas tidur yang terbuat dari kain atau plastik, berisi kapuk, karet busa, dan sebagainya.
Masyghul - (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu
Runsing - hati susah hati kerana tidak sampai maksud
Solusi- penyelesaian masalah
Revolusi- perubahan
Lorazepam (ubat untuk anxiety disorder atau despresi), Ambien (Ubat untuk imsomnia atau penyakit sukar tidur malam), Risperdal (ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah bagi kanak-kanak austistik )
Afdal/af·dal/ - lebih baik; lebih utama
Astral/as·tral/ a mengenai (terdiri atas, menyerupai) bintang-bintang.
Dogma - ajaran (kepercayaan) yg tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja.
Stigma - yang menjejaskan reputasi / aib
Pituitari -Kelenjar endokrin utama
Nirwana/nir·wa·na/ n 1 Hin keadaan dan ketenteraman sempurna bagi setiap wujud eksistensi karena berakhirnya kelahiran kembali ke dunia; 2 tempat kebebasan (kesempurnaan); surga
Samsara - perkataan Sanskrit yang bermaksud "mengembara" atau "dunia", dengan konotasi kitaran, perubahan memutar.

p/s: anda boleh ketahui dan pelbagai info berkaitan lagu ni di link youtube di atas yang dikongsi oleh peminat Malique dan lagu itu sendiri

sumber qarmamusiq

Harga runcit produk petroleum 22 Jun hingga 28 Jun

harga petroleum baru

Harga runcit produk petroleum 22 Jun hingga 28 Jun | Jadi sudah tiba hari Rabu dimana harga baru prodak petroleum akan diumumkan untuk harga baru selama seminggu berkuatkuasa pada khamis esoknya. Jadi pihak KPDNKK telah mengeluarkan harga baru untuk RON97, RON95 dan DIESEL. Jadi di sini aku sertakan harga baru berkuatkuasa bermula 22 Jun - 28 Jun 2017

Jadi dibandingkan dengan harga sebelum ini:

RON95 - 1.98 kepada 1.91 (turun 7sen)
RON97 - 2.24 kepada 2.17 (turun 7sen)
DIESEL - 1.88 kepada 1.88 (kekal)

Anda boleh lihat infografik daripada untuk harga runcit petroleum 15 Jun hingga 21 June disini.

Trivia di sebalik filem Transformers: The Last Knight

the last knight

Trivia di sebalik filem Transformer: The Last Knight | Pada Rabu, bermulanya tayangan filem yang dinantikan oleh rakyat Malaysia (Transformer: The Last Knight) khususnya peminat kepada Transformer. Tayangan akan berlangsung serentak di seluruh pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Jun ini. Sedikit info berkenaan dengan filem transformer:

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Jun 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 29 Minit
Pelakon: Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Isabela Moner, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, John
Pengarah: Michael Bay

Sinopsis ringkas

Optimus Prime telah pulang ke planetnya, Cybertron, yang kini merupakan planet mati. Dia mendapati dirinya merupakan orang yang bertanggungjawab memusnahkan planetnya. Di bumi, manusia dan transformer pula sedang berperang. Kunci untuk menyelamatkan masa depan terletak pada masa lampau. Cade Yeager dan Bumblebee telah bersekutu dengan seorang pemerintah British dan seorang profesor dari Oxford untuk mencari jawapan yang mampu menyelamatkan bumi.

transformer

Trivia menarik filem:

  1. The Last Knight merupakan filem Transformer yang menelan belanja paling tinggi iaitu sekitar 260 juta USC
  2. Michael Bay (Pengarah) berkata, filem ini merupakan filem Transformer arahan beliau yang terakhir buat masa ini. Tetapi jika beliau memperoleh skrip atau jalan cerita yang menarik pada masa akan datang, dia akan kembali untuk mengarah.
  3. Latar di mana Sir Edmund Burton melawat 10 Downing Street merupaka latar sebenar di pejabat Perdana Menteri Brisith iaitu di filemkan pada oktober 2016.
  4. Filem pertama Transformer di filemkan pada tahun 2007 dan filem kali ini pada tahun 2017. Selepas 1 dekad, filem transformer masih diterima oleh masyarakat dunia.
  5. Sebahagian latar filem di lakukan di Stonehenge(antara 7 benda ajaib dunia). Kita sedia maklum, letupan dan Michael Bay tidak dapat dipisahkan apabila beliau mengarah sesebuah filem. Untuk filem ini juga, beliau mahu melakukan adegan letupan di Stonehenge tatapi tidak dibenarkan. Jadi beliau terpaksa membina dummy Stonehenge untuk melalukan adegan letupan.
  6. Transformers The Last Knight merupakan filem terakhir yang akan diarahkan oleh Michael Bay. Jika filem tersebut mendapat kutipan lebih dari 1 billion USD serata dunia, Michael Bay akan menjadi pengarah pertama yang mengarah 3 filem yang mencapai kutipan USD 1 billion dan kesemuanya melalui Transformers.
  7. Prop fizikal Sqweek di bina atas perminataa Isabela Moner
  8. Hot Rod merupakan karekter kedua Lamborghini Transformer yang muncul selepas Lockdown di dalam Transformer: Age of Extinction (2014). Secara umumnya setiap Transformer di dalam filem-filem Transformer mempunyai mod kenderaan yang berbeza dan unik.
  9. Loghat perancis milik Hot Rod merupakan idea daripada Michael Bay sendiri. Ini kerana ia mahu membuatkan Hod Rod sebuah karekter yang unik.
  10. Banyak adegan telah difilemkan di timur laut England, dengan beberapa jalan-jalan di Newcastle.
  11. Filem ke 2 arahan Michael Bay yang mempunya latar Perang Dunia Ke-2 selepas Pearl Harbor (2001).


Official Trailer 1 | Official Trailer 2 | Official Trailer 3
(tunggu 5 saat)


Terima kasih kerana membaca trivia di sebalik filem Transformer: The Last Knight. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen ye

5 facts about the Prophet's Mosque (Masjid Nabawi)

Masjid Nabawi

1.   The first building of the Mosque was built over 1430 years ago. It was made of palm leaves and mud bricks and was no larger than an average sized sports hall.

history of masjid nabawi

2.   Masjid Nabawi was not the first one built in Madinah as is commonly thought. Masjid Quba was actually the first and was just outside the vicinity of Madinah. It was built when the Prophet SAW was making his migration journey and just before the entered Madinah he established this as the first masjid.

Masjid Quba
3.   The first extension to Masjid Nabawi was made at the time of Umar Ibn Al Khattab. The Muslim Ummah was growing and had to accommodate New Muslims who migrated to Madinah.

4.   The prophet SAW was buried next to the Masjid which was the room of Aishah Radiallahuanha at the time. Later on due to the expansion, the Masjid was built around the room to include it in it.


5.   It is the second largest masjid in the Muslim world after Masjid Al Haram in Makkah. The current masjid as we know it is more than 100 times the size of the original building and larger than the old city of Madinah. So, whatever we see of masjid today has almost covered the entire area of the old city.

angle of masjid nabawi

panorama masjid nabawi

masjid nabawi

source: radiantdrops.com

Fakta-fakta menarik tentang pemain baru Red Devils, Victor Lindelof

victor lindelof

Victor Lindelof ada mesej khas buat semua peminat Manchester United yang menantikan kedatangan beliau sejak beberapa minggu atau bulan yang lepas. "Saya hanya mahu mengatakan kepada penyokong bagaimana saya berasa gembira untuk berada di sini. Saya akan melakukan yang terbaik untuk mewakili kelab ini jadi saya sangat gembira untuk berada di sini. Saya berharap semua akan menikmatinya."

Jadi sini aku memberi 5 fakta menarik tentang pemain baru Red Devils ini

1.   Diberi gelaran 'Iceman'

Lindelof adalah pemain yang masih kurang berpengalaman dari segi permainan dengan umur 22 tahun. Musim lalu di Benfica, di mana dia bermain sebanyak 47 kali yang merupakan kempen pertamanya sebagai pemula . Walau bagaimanapun, dengan ketengan beliau mengawal bola ketika perlawanan sekaligus beliau telah digelar dan memperoleh nama samaran atau gelaran dengan nama 'Iceman' tersebuat. Ini terbukti pada perlawanan baru-baru ini, kerana dia adalah salah satu bintang atau pemain yang membantu Sweden bagi mengecapi kemenangan yang tidak dijangka 2-1 ke atas Perancis pada perlawanan kelayakan Piala Dunia. Beliau memperoleh cap ke-12 untuk negaranya, namun dia melakukan dan beraksi seperti pemain senior. Selain daripada itu, dengan bukti lain dengan gelaran Iceman, dia hanya menerima satu kad sepanjang perlawanan 2016/2017 - satu rekod yang luar biasa untuk seorang pemain dalam posisi pertahanan.

2.   Mendapat sokongan daripada Zlatan Ibrahimovic

victor lindelof
The 'god' of sweden begitu kagum dengan lindelof
Telah berlaku spekulasi bahawa Zlatan Ibrahimovic yang pernah menyarung jersi Manchester United sebelum ini memberitahu Jose Mourinho untuk menandatangani pemain muda yang pernah bekerja sama dengan Zlatan di arena antarabangsa dengan mewakili skuad kebangsaan Sweden. Zlatan begitu kagum untuk bercakap tentangnya dalam terma tertinggi. "Adakah Victor begitu baik untuk United? Saya fikir dia bersedia untuk kelab-kelab besar di luar sana seperti United. Ianya terpulang kepada beliau apa yang dia mahukan dan bergantung kepada keadaan. Apa sahaja pilihan victor, ianya akan menjadi baik untuk dia" kata Zlatan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendapat peluang untuk bekerjasama lagi diperingkat kelab, dengan Zlatan telah dilepaskan oleh United pada bulan lepas.

3.   Minat terhadap permain Call Of Duty

Ada satu perkara yang pemain baru Manchester United, suka, iaitu bermain permain video Call of Duty. Beliau begitu terpengaruh dengan permainan video tersebut sehingga pada musim lalu beliau sering membawa konsol ataupun controller bersama beliau semasa perlawanan yang dimainkan ditempat lawan. Permainan atas talian adalah kegembiraan untuk anak muda berusia 22 tahun itu. Beliau biasanya bermain bersama dengan dua saudaranya dan juga bekas pemain sekerja didalam skuad Sweden bawah 21, Simon Sandberg, yang hari ini bermain dengan kelab Levski Sofia. "Kami bermain bersama-sama. Sangat menyeronokkan apabila bersama dan bercakap dan hanya bermain permainan untuk memenuhi masa lapang," akuinya. Walau bagaimanapun, Sandberg yang merupakan pemimpin pasukan ini, "Dia hebat, jadi dia kapten."


4.   Kehidupan peribadi beliau senang diperhatikan oleh peminat

Maja Nilsson (@majanilsson) telah men tweet beberapa gambar kehidupan peribadi pasanganya itu dan salah satunya di mana victor berdiri di atas kerusi dapur untuk mendapatkan keju yang berada di atas alamari dapur mereka dengan hanya berpakaian boxer dan tshirt putih. Gambar beliau juga telah ditangkap semasa bermain permainan komputer apabila dia sepatutnya mencuci pakaian, tambahan lagi gambarnya di ambil kita beliau hanya memakai boxer dan tshirt. Sekaligus menunjukkan victor tidak kisah akan kisah hidup peribadinya dikongsi bersama peminat asalkan tidak keterlaluan.


"Twitter tu milik dia, dan dia sangat kelakar," kata victor. "Dia berhak buat apa yang dia mahu. Dia suka mengusik saya, lagipun saya tak kisah pun. Jika orang pikir ianya kelakar, dia akan melakukannya"

5.   Seorang peminat NHL 

Dennis Rasmussen
Victor begitu kagum dengan Dennis Rasmussen
Hoki ais adalah antara suka utama di Sweden. Victor punyai kenalan bersama penyerang Chicago Blackhawks iaitu Dennis Rasmussen yang mana berada di tahun ke 2 di dalam NHL - peringkat tertinggi sukan itu. Mereka berdua dilahirkan di Vasteras, sebuah bandar kecil 100 kilometer ke barat daripada Stockholm yang berpenduduk lebih kurang 150000 orang. Dua bintang tersebut sebelum ini pernah bertukar-tukar baju masing-masing, walaupun Rasmussen adalah pemain bola sepak senior.

Victor Lindelof

Victor Lindelof

Selamat datang ke Manchester United, Victor Lindelof

5 things you should do in the last 10 nights of Ramadan

lailatulqadar
source
  1. Give something in charity every night (even if it's just RM1). So if it's Lailatur Qadar, it's as if you gave charity every day for 83 years.
  2. Recite the Quran everyday. So if it's Lailatur Qadar, it's as if you recited the Quran everyday for 83 years.
  3. Do lots of Dzikir every night. So if it's Lailatul Qadar, it's as if you did Dzikir everyday for 83 years.
  4. Pray Tahajjud each night. So it it's Lailatul Qadar, it's as if you prayed Tahajjud every night for 83 years.
  5. Read this doa many times each night.
Aishah Radiallhuanha said: 'I said O Messenger of Allah, if I know which night is Lailatul Qadar, what should I say on that night?'

He said, say:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
(Allahumma innaka `Afuwwun TuHibbul `Afwa Fa`fu `Annii)

'O Allah, you are the Forgiver, You love to forgive, so forgive me.'

source: radiantdrops.com 

10 malam terakhir Ramadhan bagi mencari Lailatul Qadar

lailatur qadar

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke 20 Ramadhan dan kita telah pun masuk ke fasa ke 3 iaitu fasa keampunan. Pada fasa terakhir ini juga mempunyai hari-hari yang memiliki kelebihan berbanding dengan hari yang lain. Rasulullah SAW pada 10 terakhir Ramadhan ini akan meningkatkan amal ibadah beliau yang tidak beliau lakukan pada hari-hari lainnya.

Ummul Mu`minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan tentang Nabi SAW pada 10 terakhir Ramadhan :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر - أي العشر الأخير من رمضان - شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله . متفق عليه
“Adalah Rasulullah SAW apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau mengetatkan tali sarungnya (yakni meningkat amal ibadah beliau), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-istrinya.” Muttafaqun ‘alaihi

Jadi disini sekadar perkongsian bagaimana menerima dan mengamalkan ibadah sempena kedatangan 10 malam terakhir Ramadhan demi mencari Lailatur Qadar kerana Allah

  1. Tidak kira baik atau buruk Ramadhan anda 20 hari sebelum ini, pastikan kemasukan 10 hari terakhir Ramadhan ini dalam keadaan bersedia, penuh bertenaga, penuh semangat, niat yang murni dan pandangan yang positif
  2.  Mendengar atau membaca tafsit berkaitan Surah Al-Qadr dengan mengetahui tentang malam yang menakjubkan ini. Ini kerana bagi menukar mode ON dan seterusnya terus istiqamah sehinggah malam akhir Ramadhan. Malam Al-Qadr boleh jatuh pada mana-mana malam 10 hari akhir ini
  3. Pilih tempat yang paling sesuai dan selesa untuk beribadah sama ada di rumah atau di masjid. Elakkan bersandar pada bantal ketika membaca Al-Quran bagi memperbaik posture belakang anda
  4. Matikan telefon mudah alih anda, iPads dan komputer riba jika boleh di malam hari.
  5. Jika anda bersendirian, bacalah Al-Quran dengan suara yang indah dengan kuat supaya telinga & hati terus terlibat dengan bacaan sekaligus tidak berasa mengantuk. Ia akan menenangkan anda sepanjang bacaan. Tetapi, jika anda tidak bersendirian maka anda boleh membaca dengan suara yang biasa atau normal supaya tidak mengganggu orang lain.
  6. Selalu dan lamakan sujud anda serta banyakkan Doa di dalamnya. Menangis dan cuba menangis ketika berdoa meminta apa saja yang baik untuk dunia dan akhirat
  7. Meningkatkan doa anda - Ingat ia adalah malam di mana malaikat akan menulis apa sahaja yang akan berlaku dalam hidup anda untuk tahun akan datang, khususkan Doa anda dan meminta setiap dan semua yang anda perlukan; menunaikan Haji, pekerjaan, kerjaya, pasangan yang baik, anak yang solleh, rumah, nikmat kesihatan, rezeki yang mencukupi, apa sahaja.
  8. Amalkan solat sunat Taubat setiap malam dan meminta keampunan menggunakan nama-nama indah ALLAH - Al-Ghaffar, Al-Ghafoor, Al-Tawwab dan Al-'Afuww. Bertaubat dengan ikhlas dengan harapan penuh dan kemahuan yang kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi.
  9. Menghafal dan berdoa dengan doa Lailatul Qadr: Allaahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu' anni (Ya Allah, Engkaulah Maha Pengampun dan suka kepada pengampunan, maka ampunilah aku).
  10. Minta ALLAH untuk memberikan dan menemukan anda dengan Lailatul Qadar dan menerima apa sahaja ibadaha yang anda lakukan pada malamnya dengan izinNya

Harga runcit produk petroleum 15 Jun hingga 21 Jun

harga petrol 15 jun

Jadi sudah tiba hari Rabu dimana harga baru prodak petroleum akan diumumkan untuk harga baru selama seminggu berkuatkuasa pada khamis esoknya. Jadi pihak KPDNKK telah mengeluarkan harga baru untuk RON97, RON95 dan DIESEL. Jadi di sini aku sertakan harga baru berkuatkuasa bermula 15 Jun - 21 Jun 2017

Jadi dibandingkan dengan harga sebelum ini:

RON95 - 2.05 kepada 1.98 (turun 7sen)
RON97 - 2.31 kepada 2.24 (turun 7sen)
DIESEL - 1.94 kepada 1.88 (turun 6sen)

Tiket wayang percuma daripada GSC

gsc spin and win

Aku tak tahu ramai yang tahu atau tidak, sejak 1 Jun lagi, pihak GSCinemas dan Citibank Malaysia bermurah hati ingin memberi e-voucher secara peruma untuk peminat-peminat filem. Pihak mereka telah mengadakan 1 contest yang dipanggil Spin & Win yang bermula 1 Jun sehingga 30 Jun

spin & win

E-voucher ni apa? Heading tulis tiket wayang percuma?

Sebenarnya e-voucher ini adalah 1 code yang boleh digunakan untuk tebus tiket wayang yang hanya perfungsi di GSC mobile apps. Jadi kalau anda takda apps GSC di smartphone, tiada gunalah e-voucher ni. Jadi download sekarang di apps store dan playstore dan iainya percuma. Di sini aku sertakan link bagaiman nak beli tiket guna apps dan cara tabus e-voucher (kene tunggu 5 saat)

Jadi kat sini aku akan tunjukkan cara bagaimana nak dapatkan e-voucher percuma daripada GSCinemas.

  1. Anda jangan trigger plak. Sebab untuk join Spin & Win ni, anda perlulah mempunya account applikas Wechat. Seterusnya kene follow 2 account rasmi iaitu Citibank Malaysia Wechat Official Account (ID: CitibankMalaysia) dan GSCinemas Wechat Official Account (ID: GSCinemas).
  2. Di account CitibankMalaysia, klik di butang menu "Follow" dan tekan "Participation Code". Akan keluar 1 code yang akan digunakan kemudian di akaun GSCinemas.
  3. Buka akaun rasmi GSCinemas dan klik butang menu "Contest" dan pilih "Spin & Win"
  4. Masukkan participation code yang kita peroleh daripada akaun CitibankMalaysia tadi untuk memulakan contest ini
  5. Isikan butiran anda
  6. Jawab 1 soalan mudah
  7. Jadi selepas itu, anda dah boleh mula untuk Spin
  8. Share kepada Wechat Moments atau Facebook untuk dapatkan lagi peluang tambahan untuk spin
Setiap spin hanya boleh dilakukan sekali sehari, jadi kalau anda share ke Wechat Moments dan Facebook, jumlah keseluruhan sebanyak 3 kali spin dalam masa sehari

Aku rasa setiap orang akan menang sekali je, bila? itu anda semua kene bersabar je la. Keep spinning!
Sejak aku join sertai contest spin & win ni pada 4 Jun yang lepas, baru hari ni aku dapat e-voucher tu. 

Jadi dengan voucher code dan PIN yang aku dapat, aku boleh tebus 1 tiket wayang di GSC mobile apps sehingga 31 Julai. Mungkin tiket ni aku guna untuk filem Transformer: The Last Knight pada 22 Jun ataupun Spiderman: Homecoming pada 6 Julai

spin & win

Aku install Wechat pun sebab sebelum ini GSCinemas pernah buat contest sebegini, dan aku menang e-voucher dan popcorn medium. Itu je lah sebab aku install Wechat. 

372 hari daripada Cristiano Ronaldo

trivia cristiano ronaldo

Hari ni merupakan hari yang istimewa buat seorang pemain bola sepak yang pada satu ketika dahulu merupakan pemain termahal di dunia. Baru-baru ini selepas memenangi Juara UEFA Champions League, ramai mengatakan yang beliau adalah calon yang paling sesuai untuk memenangi gelaran ke 5 yang di ingini oleh setiap pemain bola sepak professional iaitu Ballo D'Or. Tapi adakah disebabkan oleh kemenangan UCL dan La Liga sahaja beliau begitu kuat dicalonkan sebagai pemenang untuk gelaran tersebut. Sudah tentu tidak dengan kejayaan itu sahaja. Jadi sini aku akan senaraikan kejayaan yang beliau peroleh hanya dalam setahun lebih atau dengan lebih tepat dalam masa 372 hari.

2016

28 May 2016 - (Juara UEFA Champions League 15/16)
10 July 2016 - (Juara European Championship)
25 August 2016 - (Memenangi gelaran UEFA Best Player in Europe)
12 Disember 2016 - (Merangkul gelaran Ballon D'Or buat kali ke 4)
18 Disember 2016  -(Juara FIFA Club World Cup)

2017

9 Januari 2017 - (Merangkul gelaran FIFA 'The Best' Men's Player
20 Mac 2017 - (Memenangi gelaran Portugal Player of The Year)
21 May 2017 - (Juara La Liga)
3 Jun 2017 - (Juara UEFA Champions League 16/17) - 2 kali berturu-turut 

Loading....................

Ballon D'Or

372 cristiano ronaldo
Sumber
Selain kejayaan yang cukup padu daripada Cristiano Ronaldo untuk 1 tahun, jangan dilupakan apa yang beliau kecapi selama berada bersama Real Madrid selepas berpindah daripada Manchester United sejak tahun 2009. Di sini aku sertakan infografik.

cristinao ronaldo achievement
Sumber

Trivia menarik di sebalik filem The Mummy

the mummy 2017

Pada 8 Jun yang lalu, filem terbaru lakonan Tom Cruise, The Mummy telah di tayangkan di seluruh pawagam diseluruh Malaysia. Sedikit informasi berkenaan filem ini:

Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 1 jam 50 minit
Pelakon: Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, Jake Johnson, Courtney B. Vance, Russell Crowe
Pengarah: Alex Kurtzman

the mummy

Sedikit ringkash sinopsis

2,000 tahun lalu di Mesir, Puteri Ahmanet telah ditanam hidup-hidup di makam di bawah padang pasir sebagai hukuman kerana membunuh bapanya. Puteri purba itu kemudian telah bangkit pada era moden apabila makamnya ditemui. Dia yang menyimpan dendam sejak beribu tahun mula membawa kemusnahan dan malapetaka kepada manusia.

Trivia menarik filem:
  1. Aksi atau adegan zero graviti mengambil 64 takes selama 2 hari semasa adegan kapal terbang jatuh. Dilaporkan, ramai cres merasa loya semasa kejadian dan muntah, kecuali bintang utama Tom Cruise dan Annabelle Wallis, yang benar-benar berbangga dan puas hati dengan aksi itu.
  2. Tagline filem ini iaitu 'Welcome to a new world of gods and monsters' adalah petikan daripada filem Bride of Frankenstein (1935).
  3. Rupa dan jantina The Mummy telah diubah kerana rupa Apocalypse semasa di dalam post-credit filem  X-Men: Days of Future Past (2014).
  4. Alex Kurtzman (pengarah) menyatakan di dalam filem The Mummy tiada post credit scene kerana hanya Marvel yang selalu berbuat demikian.
  5. Sebahagian latar filem berlaku di London, England iaitu pada bulan Julai 2016.
  6. Ini merupakan filem Mummy yang ke 4 dengan rating P-13.
  7. Pereka set pada awalnya mahukan C130K ini adalah pesawat  SF RAF. Oleh kerana, rekabentuk dalaman yang salah yang diterima, pesawat yang dipaparkan ialah gabungan 2 pesawat yang berbeza. Bahagian luar adalah copy C130K dan bahagian dalam adalah copy A400M.
  8. Tom Cruise secara peribadi minta Annabelle Wallis untuk uji bakat untuk filem ini.
  9. Baltasar Kormákur telah ditawarkan peluang untuk mengarah filem ini, tetapi menolaknya.
  10. Ini adalah kali ke 2 Tom Cruise muncul dalam filem lebih daripada 1 kali pada tahun yang sama. Pada tahun 2017, filem ini dan juga filem American Made. Pada 2012 juga muncul dalam 2 filem setahun iaitu Rock of Ages (2012) and Jack Reacher (2012).

Lirik lagu Aisyah daripada Projector Band

aisyah lirik

Lirik lagu Aisyah By Projector Band


Lalalalalalala..
i love you
Lalalalalalala..
i miss you
lalalalalalala..
kau jadi milik ku

Mula mula mula ku happy
tiba tiba dia sakit kan hati ku
tak apa la terima kasih lah
jadi kekasih ku

Satu dua tiga ku cinta mu
kau hanya satu menjadi kekasih ku
berjanji lah pada ku sayang ku
kau akan setia

Aisyah
jangan ragu ragu dengan cinta ini
jangan kau ragu ragu ku jadi kekasih mu
percaya pada ku
ku akan jadi yang terbaik untuk cinta mu

Aisyah
aku sayang kamu aku rindu kamu
tidur malam ku sentiasa ku mimpikan kamu
kau hanya milik ku
untuk selamanya
ku sayang ku rindu ku cinta mu

Lalalalalalala..
i love you
Lalalalalalala..
i miss you
lalalalalalala..
kau jadi milik ku

Mula mula mula ku happy
tiba tiba dia sakit kan hati ku
tak apa la terima kasih lah
jadi kekasih ku

Satu dua tiga ku cinta mu
kau hanya satu menjadi kekasih ku
ber janji lah pada ku sayang ku
kau akan setia

Aisyah
jangan ragu ragu dengan cinta ini
jangan kau ragu ragu ku jadi kekasih mu
percaya pada ku
ku akan jadi yang terbaik untuk cinta mu

Aisyah
aku sayang kamu aku rindu kamu
tidur malam ku sentiasa ku mimpikan kamu
kau hanya milik ku
untuk selamanya
ku sayang ku rindu ku cinta mu

Lalalalalalala..
i love you
Lalalalalalala..
i miss you
lalalalalalala..
kau jadi milik ku

_____________________________________________________________________________

Selain daripada penyanyi asal, ramai dah rakyat Malaysia yang dah cover lagu ni dan cover yang paling viral dan pada aku paling best adalah daripada 2 kanak-kanak ; adik Aidil dan adik Naz. Yang uniknya mereka cover bukanlah menggunakan alat muzik tetapi menggunakan elemen beatbox yang dimainkan oleh adik Naz. Semalam rezeki mereka, selepas viral di facebook, pihak Sinar menjemput adik berdua untuk ditemuramah oleh Geng Sepahtu Sinar. Di sini aku kongsikan video asal yang viral dan video terbaru rakam semula

Tabung

Tabung