Ransomware WannaCry sudah di Malaysia dan bagaimana nak elakkan

Ransomware WannaCry
sumber disini

Sebagaimana kita semua tahu, sekarang 1 dunia tengah kecoh dimana sejenis virus komputer yang telah menyerang hampir 150 negara. Iainya sejenis rasomware yang dikenali sebagai WannaCry. adakah virus ni dah sampai Malaysia? Jika ya, bagaimana nak elakkan daripada menyerang komputer kita?

Adakah dah sampai ke Malaysia?

Malaysia dan Singapore telah dimasukkan ke dalam senarai negara yang telah diserang ransomware wannacry virus. Baru-baru ni Khidmat Direktori Digital di Tiong Bahru Plaza telah pun diserang oleh ransomware wannacry. Tetapi menurut wakil Plaza tersebut, tiada informasi yang penting disimpan di dalam direktori tersebut dan juga tiada lagi pihak mereka buat pembayaran bitcoin untuk penebusan.

Ransomware WannaCry
sumber reddit

Disamping peristiwa di Singapore, 16 Mei lalu, pihak CyberSecurity Malaysia telah menerima laporan daripada institusi akademik Malaysia telah diserang oleh ransomware wannacry virus. Jadi mungkin banyak lagi isu ini yang tidak atau belum dilaporkan kepada pihak berwajib seperti CyberSecuri Malaysia. Katanya seorang pengguna daripada Kuching telah diserang dengan virus ini. Seperti di dalam gambar

Jadi apa perlu dibuat bagi mengelakkan daripada diserang?

Sedikit perkongsian:
  1. Update ataupun gunakan up-to-date software anti-malware seperti Kaspersky dan Microsoft Security Essentials
  2. Software yang kita ada adalah up-to-date. Elakkan daripada install software daripada thirdparty.
  3. Elakkan daripada klik link atau pautan atau email yang tidak diketahui darimana datang atau daripada orang yang tidak dikenali. 
  4. Install browser extension yang membantu mengenal pasti sebarang phishing dan laman web malware yang telah direkodkan serta dilaporkan.
  5. Akhirnya, sentiasalah backup files anda selalu dan save ditempat yang selamat seperti di thumbdrive ataupun external hardisk.
Jadi beringat lah sebelum terkena serangan Ransomware WannaCry ini di komputer anda. Elakkanlah klik link yang sebarangan. Harap virus ini dapat dihapuskan 100% daripada negara kita Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya.

Sumber says.com

2 comments

Pastu tak digalakkan guna online banking pulak. Haiihhh. Scaryyyy!

ohyeke. macam mana nak shopping online ni. ermm hehe


EmoticonEmoticon