DIY mini studio

Aku ni bukanlah master pasal fotografi ni, sekadar pandai tekan dslr dan punya kamera phone. Boleh la tangkap gambar biasa-biasa. Aku nak cerita berkaitan produk fotografi di mana sebelum ni ramai suggest kalau nak tangkap gambar produk bawak la studio, boleh shoot gambar produk bagi lawa untuk iklan dan promosi di media social khususnya. Ini kerana kesan pertama daripada iklan atau promosi adalah daripada cantiknya gambar atau keterampilan produk tersebut, lepas tu baru potential customer approach kita bertanyakan pasal produk kita.

Tapi mungkin penjual kecil nak masukkan produk ke studio fotografi tu memerlukan kos yang tinggi. Haaa! (sampai pun point aku) jadi sini aku nak ajar macam mana nak tangkap gambar produk di studio tapi dengan kos bawah RM10 kot dengan Do-It-Yourself mini studio. Erti kata lain, membina mini studio sendiri untuk shoot produk di rumah sendiri.


Terus kepada cara-caranya, tapi sebelum ni anda perlukan beberapa alat@tools untuk membina mini studio ni : Kotak, kertas mahjong, pembaris, pisau dan gam/saletap dan 2 lampu putih.

DIY mini studio

DIY mini studio




Secara asasnya anda akan potong sebahagia kotak untuk 3 sisi kecuali bahagian bawah kotak, untuk dijadikan dinding belakang

DIY mini studio


Sebelum itu, ukur bahagian sis kotak, macam aku buat 9 cm daripada sisi kotak dan tandakan ia supaya lebih mudah untuk memotong

DIY mini studio


Potong bahagian yang telah ditanda dengan pen dengan pisau

DIY mini studio


Jadi inilah hasilnya untuk bahagian atas

DIY mini studio


Seterusnya ukur bahagian atas kotak plak, ikut sahaja steps sebelum ini dah potong mengikut garisan

DIY mini studio


Jadi siap bahagian kotak

DIY mini studio


Jadi seterusnya, kita pergi bahagian kertas mahjong. Tujuan kertas mahjong adalah, kita nak balut semua bahagian dalam kotak supaya ditutupi dengan warna putih, jadi kertas mahjong sangat sesuai. Jadi ukurlah setiap bahagian kotak sebelum kertas dipotong

DIY mini studio


Ukur dikotak, trace dan tanda di kertas mahjong dan potong guna pisau senang daripada gunting



Selepas itu, salurkan semua bahagian dalam kotak dengan gam supaya kertasnya melekat pada kotak. Itulah fungsi gam kalau nak tahu hahaha

DIY mini studio


Ini bahagian bawah kotak selepas di tampal dengan kertas mahjong. Jadi terus tampal disetiap bahagian didalam kotak

DIY mini studio


Jadi siap la DIY mini studio. Dah boleh start plan nak shoot produk kita.



Ini adalah contoh yang tangkap hanya menggunakan smartphone. 

DIY mini studio

DIY mini studio

DIY mini studio

Gambar ni aku gne iPhone 5S. Nampak terang, sesuai diiklankan, kalau nak lagi lawa masukkan dalam photohsop dan edit. Sekarang dah boleh iklankan prodak anda

9 comments:

  1. wahhh memang asalnya nak beli pastu ternampak orang buat tutorial ni.. Tak jadi beli tapi sampai kesudah tak buat lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha biasa dah tu. waktu yang bakal menentukan

      Delete
  2. teebaikk... idea yg boleh digunakan org blogger utk snap pic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang selalu buat review tu sesuai sangat

      Delete
  3. Eh, boleh cuba ni. Kebetulan kotak kosong pun ada kat rumah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2. senang je. pejam mata boleh siap ni

      Delete

Powered by Blogger.