Adakah penjara Ogygia 'Prison Break' wujud?

adakah wujud penjara ogygia
sumber disini
Prison Break kini kembali di kaca TV selepas musim pertama ditayangkan pada tahun 2005 dan berakhir dengan musim ke 4 pada tahun 2009. Hampir selepas 8 tahun, Prison Break kembali dengan musim yang baru iaitu musim ke 5 dengan Prison Break : Sequel iaitu sambungan daripada musim sebelum ini. Untuk musim ke 5, sekarang telah dimainkan sehinggah episod ke 6.

Untuk sinopsis anda boleh baca di sini. Jika anda mengikuti series ini, mungkin anda tahu yang Michael sudah meninggal dunia, tetapi untuk musim 5, dia masih hidup atas sebab tertentu dan kali ni Wentworth Miller yang memegang watak utama "Michael Scofield" berada di sebuah penjara yang bernama Ogygia di negara timur tengah, Yaman.

penjara ogygia
Sumber disini

Jadi adakah wujud sebenarnya penjara Ogygia ni? Apakah maksud Ogygia? Dari mana dapat namanya?

Sebenarnya nama Ogygia ni bukanlah berasal daripada perkataan arab tetapi berasal daripada perkataan Greek. Pada awalnya, Ogygia adalah nama sebuah pulau yang disebut di dalam puisi karangan Homer yang bertajuk 'The Odyssey'. Menurut IMDB, jalan cerita kali ni kiasan daripada puisi 'The Odyssey'.

Tapi tahukah anda sebenarnya, di Yaman memang terdapat peristiwa benar prison break yang berlaku pada tahun 2006 dan tahun 2015 tetapi bukanlah berlaku di Ogygia. Sebenarnya Ogygia prison di Yaman hanyalah rekaan yang mana ianya gambaran di Ouarzazate, Morocco. Di Ouarzazate, terdapat sebuah sekolah Ibn Al-Haytham dimana dijadikan gambaran luaran sebagai penjara Ogygia, Yaman.

penjara ogygia

Dan keadaan di dalam penjara tersebut, sudah tentu di CGI dan dilakonkan telah dilakokan di Atlas Film Studios yang juga berada di Ouarzazate supaya menampakkan seakan-akan keadaan di dalam sebuah penjara.


Jadi mampukah Michael memboloskan diri daripada penjara Ogygia kali ni? Samalah kita nantikan episode yang akan datang.

sumber the wrap dan atlat of wonders


EmoticonEmoticon