Adakah kamu keyboard warrior?


Sekarang ni nak jadi seorang pahlawan ataupun warrior anda tak perlu lagi daftar atau menghadiri kelas-kelas training. Dengah hanya duduk didepan komputer ataupun genggam sebuah smartphone anda berpeluang menjadi seorang warrior. Yang dimaksudkan adalah Keyboard Warrior. KW akan muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan bila ada isu viral yang muncul. Buka je komen facebook, twitter atau mana2 media social, mesti akan ada warriors di sana. Kadang-kadang kita pun tak perasan dengan komen kita tu kita termasuk salah seorang keyboard warrior

Tapi kamu yakin ke, kamu bukan salah seorang daripada keyboard warrior? Jika kurang yakin, aku akan senaraikan tanda-tanda anda keyboard warriot hasil pembacaan aku.


  1. Anda cenderong memberi komen dengan segera berdasarkan tajuk artikel. Siapa ada masa untuk baca habis 1 artikel? Baca tajuk sudah. Lepas tu bolehlah tegakkan kebenaran melalui komen-komen pedas di status-status facebook tanpa baca isi post.
  2. Dunia sebenar kamu adalah laptop/komputer/smarphone. Hobi kamu adalah stalk artis tanah air untuk cari kesalahan mereka supaya kamu ada peluang tunjuk skil ilmu agama yang baru google sebentar tadi. kamu menggangap mereka yang like, share dan sokong komen kamu adalah sahabat baik kamu.
  3. Triggered terhadap artikel yang mengandungi perkataan babi, khinzir, anjing dan arak. Mana boleh jadi, babi dan anjing adalah haram! Kita harus membuat serangan terhadap artikel tersebut. Tak kisahlah apa pun isi kandungan artikel sebenarnya.
  4. Kurang berminat terhadap artikel tentang kebaikkan atau amal kebajikan. Jika ada artikel berkaitan amal kebaijkan, kamu hanya singgah sekadar like, tapi kalau artikel sebalikknya, like, komen dan siap share lagi bagi sebarkan untuk kecaman.
  5. Hanya mempercayai sumber-sumber terpilih. Keyboard warrior akan memilih media yang mereka lebih percaya walaupun media tersebut terang-terang tidak mempunyai sumber-sumber yang boleh dipercayai

Jadi ini lah serba sedikit info yang aku boleh kongsikan atas pembacaan semalam. Pokok pangkal, sebelum kita nak komen atau tweet mana-mana artikel ataupun isu viral, selidik lah dulu. Islam pun ada ajar kita menerusi ayat Al-Quran dalam surah Al-Hujurat


Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidiklah (tabayyun) terlebih dahulu.

9 comments:

  1. hehehe mmg ramai keyboard warrior skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rileks sudah kan. baca dan tahu hujung pangkal baru komen kn

      Delete
  2. tak semua orang boleh jadi keyboard warrior yang bermanfaat. Sekadar drop komen boleh dikatakan keyboard warrior x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika drop komen pedas2 tanpa tahu cerita sebenar mcm pt 1 tu. mungkin anda seorang pahlawan

      Delete
  3. hi, saya datang singgah sini follow awak.. salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. salam kenal juga :D

      Delete
  4. Alhamdulillah Nisha bukan KW huhu ;;;; agree with LEA AZLEEYA. Kat mana2 ada je KW ni. Adehh *geleng kepala* Hashtag : AdabKatMana? =.=''' and to IQ = IEZ QIS , rasanya tu bukan KW. KW ni yang mmg hentam gila2 kat seseorang tu (In my opinion laa :O)

    ReplyDelete
  5. betul tu. hentam tanpa tahu yang betul dan salah :)

    ReplyDelete
  6. Hahhaha byak Keyboard Warrior kat Facebook! sometimes lucu dgn insan yang terus dihentam post entry dia tanpa dibaca langsung.. huhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.