Makan lepas Maghrib atau sebelum Maghrib

iftar jamae

Sekarang banyak masjid menyedia Iftar berjemaah dengan menyediakan juadah berbuka secara ringan (kuih, tamar) dan berat iaitu dengan nasi. Banyak kebaikkan yang kita dapat bila berbuka di masjid ni antaranya adalah berpeluang terus berjemaah maghrib di Masjid tersebut selain dapat menjimatkan wang perbelanjaan harian. Tetapi ada beberapa masjid menyediakan juadah ringan dahulu kemudia solat maghrib dan ada juga solat maghrib selepas makan berat iaitu dengan nasi. Jadi sekadar perkongsian Ramadhan, aku ada terbaca di laman facebook DrMAZA.com iaitu pemiliknya Dr. Asri Zainal Abidin atau DrMAZA iaitu Mufti Perlis berkaitan dengan makan sebelum maghrib atau sebelum. Di sini aku paparkan apa yang di post oleh beliau di wall facebooknya

fb drmaza


Soalan: Ramai orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Apakah pandangan?

Jawapan: Sebenarnya, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati itu amalan yang tidak tepat. Fahami perkara-perkara berikut;

1. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِذَا قُدِّمَ العَشَاءُ، فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلاَةَ المَغْرِبِ، وَلاَ تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda s.a.w. bersabda:
إِذَا وُضِعَ عَشَاءُ أَحَدِكُمْ وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ وَلاَ يَعْجَلْ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهُ» وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ: «يُوضَعُ لَهُ الطَّعَامُ، وَتُقَامُ الصَّلاَةُ، فَلاَ يَأْتِيهَا حَتَّى يَفْرُغَ، وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قِرَاءَةَ الإِمَامِ
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.” Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sekalipun beliau mendengar bacaan imam. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi. Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.

4. Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam Fath al-Bari memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

5. Dengan itu, makan dahulu setelah makanan terhidang kemudian baru bersolat adalah sunnah Nabi 
s.a.w. Maka apabila makanan terhidang, ibubapa hendaklah memberikan anak-anak makan terlebih dahulu ketika berbuka, sehingga mereka selesai maka barulah bersolat. Inilah sunnah.

6. Melakukan susunan yang seperti itu, mendapat pahala. Namun makanlah dengan kadar yang diajar oleh Islam, bukan makan sehingga mengah lalu gagal bersolat dengan sempurna.

7. Di sana ada cara untuk mengelakkan kemakruhan ini, iaitu elakkan menghidangkan makanan terlebih dahulu sebelum solat. Elakkan mata terpandang kepada makanan yang telah dihidangkan. Selepas selesai bersolat barulah dihidangkan. Namun, jika kelaparan itu kuat, bau makanan telah masuk ke hidung, sehingga ingatan kepada makanan sangat kuat sekali belum melihatnya, hendaklah dia makan terlebih dahulu.

8. Juga sudah pasti tidak makruh bersolat sekalipun makanan sudah terhidang jika keinginan kepada makanan tiada. Ini kerana punca (‘illah) larangan bersolat semasa makanan terhidang ialah agar tidak mengganggu kusyuk. Jika seseorang memang tiada keinginan kepada makanan, sudah pasti tidak menggangu kusyuk sekalipun makanan sudah terhidang.

p/s : Semoga perkongsian Ramadhan ni bermanfaat untuk rakyat sejagat. Di Masjid Temerloh Jaya, makan sebelum maghrib, mari la ramai-ramai iftar disini.

Cara nak follow blog orang lain


follow blog

Aku ni bukanlah master dalam bidang blogging ni, aku hanya sekadar mahu share ilmu yang aku dapat selama 2 bulan setangah aku blogging. Post kali ni lebih kepada tutorial bagaimana nak follow blog orang lain menggunakan 2 cara.

  1. Melalui widget followes sendiri
  2. Melalui add button reading list

Melalui widget follower

Cara ini biasanya kita boleh lakukan apabila sesebuah blog menyediakan widget tersebut seperti blog aku ni la. Dengan hanya menekan follow button dan membuat confirmation, kita sudah in touch dengan blog tersebut. Bagi aku follow blog orang lain seperti kita bookmark blog mereka, bila-bila masa jika kita ingin kembali untuk membaca artikel daripada blog mereka, kita just cari link dan klik sahaja tanpa menghafal setiap URL mereka. Jadi nak cari link mereka, pergi Dashboard > reading list > dan terpapar semua blog yang ada follow. pilih sahaja

Caranya : Cari widget blog tersebut seperti gambar dibawah > klik Follow > (akan keluar popup) klik Follow > Done!
follow back
klik pada Follow button

follow back
Akan popup windows dan klik Follow. Done

Melalui add button reading list

Cara ni sedikit lain berbanding cara 1 tadi, ini kerana, cara ini tidak memerlukan anda mencari widget followers tersebut. Cara ini hanya perlu dapatkan URL blog itu sahaja.
URL seperti ini > www.helloaiman.com <
 Caranya : Pergi Dashboard anda > cari reading list > klik logo pensil > klik add button > masukkan URL dan klik next > klik Follow > Done

add button reading list
klik reading list

add button list
klik logo pensil

add button reading list
klik add button

add button reading list
masukkan URL

add button reading list
klik follow. DONE!
Harap tutorial ni berguna kepada blogger lain khususnya blogger baru macam aku ni. Setidak-tidaknya ada alternatif lain nak follow blog orang lain kan. Mungkin ada widget followersnya selalu error, mungkin cara ke 2 ini berkesan, aku tak pasti, sebab belum pernah cuba lagi. Haa! mana yang tak follow lagi, boleh la hehe sekadar meningkatkan engagement kan. Terima kasih semua. Selamat berpuasa!

'Jom Masjid' Di Masjid Baru Temerloh

jom masjid

Alhamdulillah kita telah masuk ke sebuah bulan yang mulia yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Pada hari ini kita telah masuk hari pertama puasa bulan Ramadhan. Sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari berpuasa kepada seluruh umat Islam khususnya pembaca dan blogger sekalian. Kita harap, Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelum ini dan menjadi yang terbaik untuk kita. Aku just nak buat hebahan tentang aktiviti yang akan berlangsung esok di Temerloh ini. Alhamdulillah sejak Masjid baru Temerloh siap dibina pada bulan puasa tahun lepas. Banyak program besar berbentuk kerohanian telah dilaksanakan dan harap terus dihidupkan masjid itu dan masjid-masjid sekitar Temerloh. Aku duk Temerloh, jadi aku promosi masjid Temerloh la kan. hehe

Insya Allah pada 2 Ramadhan, pihak TV3 dan TV9 akan menganjurkan sebuah program bersempena Ramadhan iaitu program 'Jom Masjid' Gandakan Amal Ibadah Ramadhan ini. Katanya program ini akan dilangsungkan selama bulan Ramadhan dan lokasi pertama pada tahun ini adalah di Temerloh atau lebih spesifik Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang

Aktiviti yang bakal berlangsung 

  1. Jom sertai agihan bubur lambuk di perkarangan masjid oleh duta Terima Kasih, artis & personaliti TV
  2. Jom imarahkan rakaman program AL-Kuliyyah bersama Ustaz Wadi Anuar Ayub
  3. Jom berbuka puasa, solat wajib & Tarawih
  4. Jom dengar tazkirah bersama pendakwah / ustaz jemputan
  5. Jom meriahkan rakaman program Moreh



Anda juga berpeluang beramah mesra bersama Duta TerimaKasih seperti elfiraloy, redzarosli, zainalariffin, fakhrulunic, fizasabjahan, faizal tahir, aizatamdan

Jadi rodong-rodong Temerloh semua, jika berkelapangan bolehlah hadir di Masjid pada 2 Ramadhan bersamaan Ahad 28 Mei bermula 3 pm sehingga 11 pm

Lihatlah sebuah transformasi sebulah truck Mountain Dew

Mountain dew truck
sumber

Mungkin anda peminat aktiviti sukan lasak seperti melibatkan diri dengan flying fox, jungle walk, mountain bike, hiking ataupun rock climbing. Anda juga mungkin menikmati minum mountain dew kan selepas aktiviti sukan lasak bagi mengembalikan tenaga yang hilang. Rasanya pun sedap.

Tahukah ada, pihak mountain dew juga telah melakukan dan menterjemahkan idea yang sangat kreatif. Anda mungkin biasa dengan lori pasir atau sand truck, hampir setiap hari kita dapat lihat. Tapi mungkin anda tak terfikir apa yang boleh kita buat selain angkut pasir. Dengan kebijaksanaan dan kreativiti pihak mountain dew, mereka berjaya menukar atau transform sebuah sand truck kepada rock climbing mudah alih setinggi 16 kaki

mountain dew

Haaa anda peminat rock climbing tu mesti teruja kan nak cari lori mountain dew ni dimana. Katanya ada reward untuk yang berjaya sampai ke puncak dengan masa yang diberikan. Setakat ini, kawasan Klang Valley adalah dimana lori ini akan berada. Tapi kalau jumpa masa otw tu, lambai la sikit hehe

Kalau nak tengok aksi-aksi peserta sebelum ini yang telah menyertai dan panjat rock climbing ni, anda boleh lihat disini. Macam-macam aksi dan gambar yang ada.

Jika nak tahu lebih lanjut anda boleh lawati terus facebook page mountain dew 

DO THE DEW

Manchester United Juara Europa League untuk kali pertama

Final Europa League

Tahniah Manchester United! Pagi tadi telah tercipta sejarah kelab tersendiri, Man Utd telah dinobatkan sebagai Juara UEFA Europa League 2017 apabila menewaskan Ajax Amsterdam di Stadium Friends Arena, Stockholm, Sweden. Man Utd telah menewaskan Ajax dengan 2 jaringan tanpa balas dengan Paul Pogba dan Henrik Mkhitaryan sebagai penjaring. Kejaguhan dan kepoweran Man Utd telah ditontonkan di hadapan hampir 50,000 penonton di stadium tersebut.

statistics

Mengikut statistik perlawanan, Ajax yang dibarisi pemain muda telah menguasai perlawanan hampir 67% tetapi Man Utd lebih berpengalaman di pentas akhir berjaya menyerap segala serangan yang dibuat. Jika melihat statistik Man Utd lebih banyak percubaan tepat daripada Ajax walaupun kurang menguasai perlawanan. Kali ini, semua pemain Man Utd begitu berdisiplin ketika menerima serangan daripada pihak lawan. Mungkin atas faktor tektikal daripada manager Jose Mourinho juga faktor pentas akhir. Paul Pogba membuka tirai jaringan pada minit ke 18' dan awal permain separuh masa ke dua minit 48' Mkhitaryan pula menyumbat gol untuk team juara.

Skuad yang terlibat dalam perlawanan pagi tadi :

Ajax Amsterdam
Andre Onana, Joel Veltman, Davinson Sanchez, Matthijs de Ligt, Jairo Riedewald, Davy Klaassen, Lasse Schoene, Hakim Ziyech, Bertrand Traore, Kasper Dolberg, Amin Younes

Manchester United
Marcus Rashford, Henrik Mkhitaryan, Paul Pogba, Marouane Fellaini, Juan Mata, Ander Herrera, Matteo Darmian, Daley Blind, Chris Smalling, Antonio Valencia, Sergio Romer


Akhirnya telah tamat semua perlawanan untuk pasukan Manchester United selepas dinobatkan sebagai juara. Tetapi akan ada 1 lagi perlawanan sebelum pembukaan perlawanan UCL dan UEL untuk tahun 2018 yang melibatkan juara UEL 2017 (Manchester United) dan juara UCL (Madrid atau Juventus). Selepas mengharungi 64 perlawanan dengan keadaan pemain-pemain yang bergelut dengan kecederaan, Manchester United mengakhiri liga EPL di tempat ke-6, berjaya memenangi Community Sheild menewaskan juara EPL 16/17 Leicester City, menjuaria EFL Cup mengalahkan Southamptom dan terbaru memenagi Europa League mengalahkan Ajax. Not bad haa, 3 titles for 1st season for Jose Mourinho !!


mikhitaryan
Henrik Mkhitaryan

Paul Pogba
Paul Pogba
Dengan menjuarai Europa League, Man Utd kini mempunyai semua jenis piala yang wujud di benua Eropah. Kalau tak percaya anda kene pergi Old Trafford sana, tengok dalam kabinet mereka, piala apa je yang takda, semua ada. HAHAHAHA!!

Bunch of trophy

Terima kasih kepada Jose Mourinho yang telah berjaya membawa Man Utd ke pentas akhir UEL. Mungkin player yang dia mahukan di dalam team mengalami kecederaan, tetapi hasil tektikal yang diterapkan, dia berjaya jumpa ramuan yang enak untuk dihidangkan kepada peminat. Tahniah papa Mou The Special One. Anda memang gila!!

mourinho
Jose Mourinho

Champions UEL

GLORY GLORY MANCHESTER UNITED
UEFA Europa League Champions 2017

Maksud di sebalik Evil Eye Turki

 Evil Eye

Pada tahun 2014 yang lepas, aku berkesempatan menjejak kaki di bumi Istanbul Turki selama 4 hari sebelum mengerjakan umrah di Mekkah dalam program ziarah Istanbul dan Umrah. Entry kali ni aku bukanlah nak cerita kembali selama mana aku berada di Istanbul, Turki tetapi aku nak cerita pasal souvenior yang aku dapat daripada tour guide selama berada di sana iaitu sebuah keychain Evil Eye ataupun ada yang memangilnya Blue Eye. Di mana bentuknya seakan mempunyai satu mata di tengah2. 

Evil Eye
sumber disini

Kenapa Turki terkenal sangat dengan Evil Eye ni?

Masa aku kat Istanbul, semasa tour guide tu bagi souvenir pada kteorang semua, dia ada cerita secara ringkas tentang Evil Eye ni. Dia bagi tahu Evil Eye penduduk Turki mempercayai Evil Eye ni dapat menghalau benda-benda jahat dan dapat dijauhi daripada bencana dan malapetaka. Nama lain bagi Evil Eye di turki disebut juga sebagai Nazar Boncugu. Dia cakap sebahagian rakyat turki, ada dieorang menyimpan dan menggantung Evil Eye di dalam rumah bagi menghalau semangat jahat dan juga elak daripada benda-benda yang tidak baik daripada berlaku pada keluarga mereka. Muslim turki mungkin takda la dalam rumah dieorang, sebab jika mereka percaya sudah tentu jatuh Syirik percaya selain Allahkan.

Ziara Istanbul Turki disini

Evil EyeTapi Evil Eye ni sangat cantik, di Istanbul dulu macam-macam bentuk aku jumpa, ada dalam bentuk gelang, rantai, keychain dengan pelbagai bentuk. Jadi aku dah dapat (2 bentuk) ni, takkanlah nak percaya kan. Just terima sebagai souvenier je la. 

Update terbaru daripada Supercell untuk Clash of Clans

bilder base

Akhirnya penantian telah terjawab selepas beberapa teaser atau pemberitahuan awal daripada pihak Supercell berkaitan update lain daripada yang lain sebelum ini untuk permainan online mobile terkenal Clash of Clans. Sebagai clasher yang masih setia dengan COC sudah tentu teruja apakah kelainan yang telah dibawa dan diperkenalkan dalam update kali ni. Kalau tak silap dekat 1 bulan video hog rider berlayar sehingga hari ni dimainkan sebagai teaser.

Jadi kali ni, aku akan membawa beberapa update terbaru daripada Supercell khas untuk clasher setiap. Ada troops baru? features baru? teknik serangan baru? base baru?

Maka secara rasminya semalam, Supercell melepaskan update terbesar mereka iaitu wujudnya Builder base dimana iainya base ke 2 untuk clasher yang diketuai oleh Master Builder. Kali ni builder tak duduk dalam hut lagi, tapi dia punya hall. Jika base pertama kita dipanggil town hall, base ke 2 dipanggil builder hall. Untuk mempunyai builder base, anda mestilah upgrade town hall sehingga town hall 4, baru la bot akan dibina dan boleh belayar ke builder base. Builder base anda sentiasa malam, main base anda setiasa siang. Jadi kg anda beradai dikutub selatan dan kutub utara.

Features terbaru

  1. Archer Tower : ciri-ciri terbaru adalah menukar serangan cepat ataupun serangan jarak jauh
  2. Multi Mortar (def baru) : dengan serangan berganda membuatkan troop sukar untuk mengelak jika dibandingkan dengan mortar biasa di main base

Bangunan baru

  1. Crusher (penghancur) : bertindak sebagai defence tower dengan menghancurkan ground troops enemy yang berdekatan
  2. Push Trap (Penolak) : bertindak dengan menolak ground troop enemy jika dilalui ke tempat yang kita tujukan 
  3. Gem Mine (Lombong gems) : haaa inilah bangunan yang sangat dinanti-nantikan oleh clasher dimana gems percuma boleh dihasilkan tanpa mengeluarkan duit. Tapi mungkin gem yang dihasilkan seminggu 3 kali. Kita nantikan
  4. Clock Tower (Menara jam) : fungsinya adalah mempercepatkan segala perjalanan dan pergerakan kesemuanya di dalam builder base daripada masa membina sehingga penghasilan elixir, gold, gems (sumber). 
  5. Double cannon (meriam berganda) : lebih berkuasa tetapi menembak agak perlahan
Master Builder
Master Builder

Kemahiran baru

  1. Sneacky Archer (Si licik) : "jubah archer" yang membuatkan dia tidak dapat dilihat oleh pertahanan musuh untuk tempoh yang singkat.
  2. Boxer Giant (Giant Si Penumbuk) : "Power Punch" membuat serangan pertama melakukan kerosakan yang tinggi

Troops baru

  1. Bomber (Pengembom) : wataknya persis wallbreaker, serang menggunakan bomb, tetapi bomber menyerang building dan defence juga sekaligus
  2. Cannon Cart (Meriam troli) : fungsinya sama seperti defence cannon, tetapi cannon cart bertindak sebagai penyerang dan boleh bergerak seperti troops lain
troops baru

Hero baru

Jika di base utama, terdapat 3 heroes iaitu Barbarian King dan Archer Queen dan Grand Warden tetapi di Builder base juga terdapat hero iaitu Battle Machine yang dikawal oleh Builder. Untuk menggunakannya builder hall mestilah berada di tahap 5. Bila berada di level 5, akan ada kebolehan baru iaitu Electrik hammer. Sama seperti baba king, BM juga immortal tetapi boleh cedera dan harus tidur untuk sembuh. haaa nampak ayat aku

battle machine

Mod battle yang baru : versus battle

Kali ni Supercell memperkenalkan teknik terbaru menyerang iaitu versus battle sama seperti clan wars. Dia attack base kita, kita attack base dia dalam masa yang sama. Tapi kita tak boleh tengok live la. Jadi siapa menang, dapat trofi dapat loot, tapi loot kita tak berkurang. Villagers perempuan tu cakap, kan tak baik mencuri loot di base orang seperti di main base, baik battle kan. 

Mekanik game terbaru

Secara ringkas, train troops secara automatik, walls tak jual seketul-seketul tapi datang banyak sekali gus, base kita tak boleh di attack kalau kita tak attack, 1 camp army, 1 jenis troops. Setakat ni spell takda lagi, jadi guna la troops yang ada.

Keistimewaan juga diberikan pada main base

Sekarang, di builder base terdapat master builder, lebih pakar daripada builder di main base. Jadi gunakanlah kepakaran master builder di main base korang. 

gear up

Sekali Cannon anda adalah pada tahap yang cukup tinggi, anda akan melihat  button gear up jika anda tekan cannon tersebut. Tekan up, pertahanan ini akan memberikan kebolehan hebat yang sama seperti cannon di Builder Base: Cannon Double! Tapi kalau master builder sibuk di basenya, tak bolehlah nak berlayar ke main base. Jadi pastikan master builder tak busy. Kesian dia, dah la kerja tak bergaji.

clash or clans
Base aku : Main base dan Buider base



CLASH ON!
sumber clashofclan

5 juara liga daripada 5 liga di Eropah

5 League

Akhirnya sudah terjawab siapakah juara liga di negara masing-masing bagi musim 2016/2017. 5 liga utama telah mencuri tumpuan di Eropah antaranya English Premier League (England), La Liga (Spain), Bundesliga (Germany), Serie A (Italy) dan League 1 (France). Setiap negara melalui cabaran tersendiri, tetapi yang lebih sengit kali ni ialah di La Liga, dimana Real Madrid harus mengharungi sehingga perlawanan terakhir bagi mengesahkan kejuaraan untuk kali ke 33. 

Secara statistik, Chelsea telah menjuarai EPL sebanyak 5 kali, Real Madrid menjuarai La Liga sebanyak 33 kali, Bayern Munich memenangi untuk kali ke-24, Juventus pula dengan rekod luar biasa dimana memenangi Serie A sebanyak 6 kali berturut-turut sejak 2011 dan secara keseluruhan sebanyak 33 kali dan AS Monaco memenangi League 1 sebanyak 8 kali.

Champions

Congratulations
Felicidades
Congratulazioni
félicitations
Glückwunsch

See you next season 2017/2018

Keputusan Akhir Gema Gegar Vaganza 2017

GGV final

Semalam telah terjawab peserta mana yang bergelar juara musim pertama Gema Gegar Vaganza. Musim pertama GGV telah disertai oleh 10 peserta selama 7 minggu. Jadi minggu akhir GGV hanya 6 peserta yang masih tinggal dan bertanding bagi merebut juara GGV musim pertama. Selepas 6 minggu peserta yang tinggal ialah kumpual Hijjaz, UNIC, Mirwana, Saujana, Azmi Caliph Baskers, dan Hafiz Hamidun. 

Bagi mereka yang terlepas GGV akhir semalam, malam ni (22.5.2017) ada siaran ulangan di Astro Oasis jam 10 malam

Jadi semalam, setiap peserta membawa 2 buah lagu, dengan pusingan pertama dengan lagu individu/kumpulan dan pusingan ke 2 adalah battle, di mana 2 peserta akan battle dengan 1 lagu. Semalam kita dapat lihat, persaingan atau battle antara hafiz dan azmi, Hijjaz dan Saujana, UNIC dan Mirwana. Yang paling mengejutkan dimana Azmi berjaya rap dan juga Hanif juga turut rap dengan berbaju melayu bersama kumpulan Hijjaz

Gema Gegar Vaganza menawarkan hadiah wang tunai dengan juara akan membawa pulang Rm5000 sehingga RM100,000 serta trofi. Berikut merupakan senarai pemenang untuk musim pertama GGV

UNICGGV
Juara : UNIC (RM100,000)

HIJJAZGGV
Naib Juara ; Hijjaz (RM30,000)

MIRWANAGGV
Tempat ke-3 : Mirwana (RM20,000)

AZMIGGV
Tempat ke-4 : Azmi Caliph Baskers (RM15,000)

HAFIZGGV
Tempat ke-5 : Hafiz Hamidun (RM10,000)

SAUJANAGGV
Tempat ke-6 : Saujana (RM5,000)
Selain daripada itu, Hijjaz juga memenangi anugerah persembahan terbaik pilihan penonton dan membawa RM5,000. Tahniah kepada semua peserta Gema Gegar Vaganza. Dengan rancangan ini, secara tidak sedar, telah menaikkan semula taraf nasyid di Malaysia dan kembalinya penasyid Malaysia dan juga diselitkan elemen dakwah didalam setiap persembahan. Ok masih rindu pada Raihan, Rabbani, Nowseeheart, Inteam. Harap ada comeback daripada mereka. 

Ziarah Istanbul Turki

Ziarah Istanbul

Kebiasaannya, Shaklee akan menawarkan convention 5 star sama ada dalam atau luar negara atau umrah. Pada 2014 yang lepas, Shaklee telah menawarkan ziarah 6 hari ke Istanbul/Umrah. Entry kali ni hanyalah sedikit perkongsian pengalaman selama berada di Istanbul, Turki. Perjalanan ziarah bermula daripada 21 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015. Ziarah/percutian kali ni saya bersama ibu dan adik bongsu.

Ziarah Istanbul
Sebelum berangkat ke KLIA

Flight (Turkish Airline) berlepas jam 11 malam (Kalau tak silap) bersama dengan jemaah ahli Shaklee yang lain. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam ke Istanbul Atatürk Airport.

Tiba di Airport Turki
Setiba di Airport Istanbul, kami semua di jemput oleh tourist guide yang melayan kami selama berada di sana. Maka bermulalah perjalanan ziarah kami ke kota sejarah Istanbul yang penuh dengan sejarah dan peradaban Islam.

Entry kali ni adalah repost daripada entry yang lama dan sedikit penambahbaikkan.

Penginapan kami selama di Istanbul adalah di hotel Marriot Istanbul

Ziarah Istanbul

Pada hari pertama, kami berkesempatan melawat tempat-tempat menarik antaranya adalah Camlica Hill. Disini, merupakan tempat tertinggi di Istanbul, jadi hampir keseluruhan kawasan Istanbul dapat di lihat disini. Tetapi sedikit malang, kami datang pada musim luruh, jadi bunga-bunga kawasan ni takda dah.

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Perjalanan kami diteruskan disebelah tengah hari terus ke Topkapi Palace ataupun Muzium Topkapi. Disinilah dimana tempat dimana barang bersejarah milik Nabi Muhammad dan sahabat seperti pedang, jubah, bekas tapak kaki, serpihan gigi Nabi dan banyak lagi. Anda boleh google berkaitan di tempat ini.

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Sebelum pulang ke Hotel, kami berkesempatan untuk Solat di Masjid Biru or Blue Mosque. Masjid ini dipanggil Masjid Biru kerana jubin berwarna biru digunakan untuk menutupi kubah-kubah dan dinding. Masjid di Turki hampir seluruhnya mempunyai bentuk binaan yang sama baik kecil ataupun masjid besar. Masjid Biru menjadi tempat tumpuan pelancong jika berkunjung di Kota Istanbul.

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Perjalanan kami berakhir disini untuk hari yang pertama dengan bergambar bersama yang lain.

Pada hari ke 2, kami meneruskan ziarah di kota sergam Istanbul di atas laut plakkkk. Kami pergi ke Selat Bosphorus untuk 'cruising'. Yang bestnya disini, anda akan berada di 2 benua dalam 1 masa. Ini kerana, Selat Bosphorus yang menghubungkan Laut Marmara memisahkan benua Asia dan Eropah. Betul! Kota Istanbul terbina di atas 2 benua iaitu Asia dan Eropah. Disini kami dihidangkan dengan pemandangan dan juga teh panas turki. pok sedaq oi. Kira aktiviti atas bot hanyalah bergambar kenangan.

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Selepas dah cuci mata, kami bertolak ke Istana super mewah iaitu Dolmabahce Palace. What a place! Tapi sayang tak boleh tangkap gambar di dalam istana. Worldwide rules. Dalam palace ni, kami dibawa oleh tour guide dalam kumpulan masing-masing. Ianya berbeza dengan Topkapi tadi, kami bebas untuk bergerak dengan sendiri. Palace ini lebih kepada gaya eropah dengan bentuk seni binanya. Banyak benda unik yang berada di dalam palace ni. Nak cerita pun dah tak ingat. Lambat sangat tubuhkan blognya. hehe btw anda boleh baca sedikit pasal Dolmabahce palaca di sini.

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Seterusnya pada malamnya dan lokasi terakhir, kami dibawa oleh tour guide yang melayani kami sepanjang disana untuk melawat Spice Bazar iaitu Bazar pedas. Haaa! so mesti dah tahu depa jual apakan. yes! rempah ratus ribu puluh ribu. Disini nak beli rempah ratus, kacang, bijian sangat la sesuai. Kami sekeluarga cuci mata je la. Sebab tempat Shopping sebenar bukannya disini.

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Jadi pada hari ke terakhir di kota Istanbul, pada paginya kami dibawa 1 lagi tempat wajib dan penuh sejarah Islam didalamnya dan saya sangat kagum dengan disebalik peristiwa di tempat ini. Hagya Sophia / Ayasophia nama diberi. Hebatnya sejarahnya, tempat ini pernah dijadikan Masjid > Gereja > Masjid > Muzium. Dan memuncaknya berlaku apabila Gereja ditukar kembali kepada Masjid yang dilakukan oleh Panglima Islam yang disebut oleh Rasullulah sendiri iaitu Sultan Muhammad Al-fateh. Anda boleh google pasal sejarah sebelum dan selepas peperangan tersebut. Sampai depa buat movie. fuhh!! Seni bina dalamanya tidak berubah walaupun dari gereja kepada masjid. Susah betul nak cerita pasal keindahan Hagya Sophia ni. Tapi akhirnya Mustapha Kamal Antartuk lagi power, tukar terus Masjid jadi Muzium. Jadi tiadalah aktiviti Solat didalamnya.

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Pada petangnya kami sempat menziarahi Masjid Al-Fateh serta makam beliau yang berada hampir di Masjidnya. Begitu hebat panglima Islam ini sehingga Nabi Muhammad telah menyebutnya dan tenteranya sebelum Al-fateh muncul di dunia ini. Sultan Al-Fateh telah membebaskan dan membuka Kota Konstantinopal (Istanbul sekarang) daripada cengkaman kerjaan Rom ketika itu. Telah ramai panglima Islam ingin menjadi panglima yang disebut oleh Rasullulah tetapi mereka semua syahid di medan pertempuran.

Ziarah Istanbul

Ziarah Istanbul

Jadi pada keesokan harinya kami semua terbang ke Madinah dan Mekkah untuk menunaikan Umrah selama 4 hari 3 malam. Setiap perjalanan saya dan jemaah lain, Shaklee telah menaja 100% 5 star selama berada di Istanbul dan Madinah/Mekkah. Convention sebegini akan dihadiahkan kepada SID yang layak. Perkara wajib setiap tahun adalah tawaran membuat Umrah. Inilah uniknya Shaklee. Saya berharap selepas ini, saya dapat pergi atas tiket diri sendiri.

Tabung

Tabung