Plaform membuat Khat Kufi


Entry kali ni, aku akan tujukkan beberapa aplikasi smartphone dan beberapa software komputer yang boleh digunakan bagi membuat atau sketch khat kufi. Aplikasi yang aku gunakan ada pada platform Android dan juga iOS. Selain daripada itu, aku tak tahu, sebabnya aku takda pranti tersebut (platform Symbian, Windows Phone dan sebagainya). Manakala untuk komputer hanya pada platform Windows. Tapi sebenarnya pada Mac pun ada software ni semua. So, anda-anda semua dont worry. 


Pada peranti Android, anda boleh menggunakan aplikasi Pixelesque. Anda boleh dapatkan dan download aplikasi ni di Playstore secara percuma


Gambar di Playstore

Gambaran antaramuka Pixelesque di Tab Nexus 7
boleh dapatkannya di sini : Pixelesque

Manakala, pada peranti iOS seperti iPhone ataupun iPad, anda boleh gunakan aplikasi Pixel Design. Anda boleh dapatkan dan download secara percuma di Appstore

Gambar di Appstore
Gambaran antaramuka Pixel Design di iPhone 5S
Boleh dapatkannya disini : Pixel Design


Seterusnya software-software yang boleh digunakan untuk sketch khat kufi seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan yang paling simple adalah menggunakan Microsoft Excel. Semua software ni, ada juga di MacOS selain WindowsOS


Logo Photoshop

Antaramuka Adobe Photoshop

Logo Illustrator

Antaramuka di Adobe Illustrator

Logo Excel

Antaramuka di Microsoft Excel
Bagi aku yang sketch kufi ni sebagai hobi, aplikasi-aplikasi ini lebih mudah. Sambil baring pun boleh sketch. Sebenarnya banyak lagi aplikasi yang ada, cuma ini la yang aku biasa pakai. Manakala untuk software pula, adobe photoshop lebih mudah kot. Sebab tak payah buat macam-macam trick untuk mula sketch jika nak dibandingkan dengan Illustrator or Excel. Tapi terpulang pada anda. Software ni semua boleh digunakan tak kira la version apa anda guna sekali pun. Tiada beza.

Dah siap sketch takkan nak biarkan khat kufi tu dengan 1 warna je kan. Jadi kita perlukan software lain plak untuk edit design. Jadi my suggestion untuk design, boleh guna adobe photoshop dan illustrator. Entry yang akan datang, aku akan tunjukkan bagaimana nak guna setiap aplikasi dan software ini semua. Sekian!

Kufi ON!


EmoticonEmoticon