Cara baca Khat Kufi


Cara baca khat kufi


Di Malaysia, kaligrafi Kufi di namakan sebagai Khat Kufi Murabba'.

Khat Kufi di antara pelbagai jenis khat yang mengfokuskan huruf-huruf jawi (atau tulisan/bahasa arab) dan mengayakan serta membentuk dalam bentuk bersegi dan geometri.

Pada asasnya, tulisan jawi biasa di ubah bentuk kepada bentuk geometri dan akhirnya mengolah kepada segi empat sama tanpa menukar bentuk huruf secara drastik.

Sebagai contoh, ayat Bismillah dengan tulisan arab di ubah kepada bentuk geometry tanpa mengubah bentuk ayat yang sebernar


Kufi bismillah

Sebenarnya banyak susunan (bukan sahaja segi empat) atau layout yang popular dan boleh dibentuk dengan khat kufi ini. Antaranya ialah layout segi empat tepat/square, free flow, spiral, diamond dan macam-macam lagi. Di bawah adalah contoh setiap layout.

Kufi diamond
Diamond

Kufi spiral
Spiral

Kufi square
Square

kufi salam aid fitri
Free flow

Fokus entry ini kepada bagaimana nak baca kufi square (square layout). Untuk membaca, kita mestilah tahu apa itu datum (base) dan juga flow bacaan. Dimana setiap huruf tegak di atas setiap tapaknya sendiri. Dalam Friends Of Kufi Square (merupakan aktivis khat kufi di Malaysia), kebiasaanya datum kufi dinamakan datum utara, timur, barat, selatan.

Cara baca kufi


Gambaran di atas menunjukkan bagaimana cara nak baca almost standard khat kufi di Malaysia perjuangan FoKS.

  1. Ianya bermula daripada bawah bucu kanan dan bergerak mengikut arah jam daripada luar ke dalam bentuk square tersebut.

  2. Ada 4 huruf yang terlibat dimana huruf tersebut berdiri diatas datum selatan pertama.

  3. Selepas tu, datum bertukar ke arah barat dimana 6 huruf berdiri diatas datum barat. Barat dijadikan tapak untuk huruf itu berdiri (imagine seperti kufi tersebut dipusing)

  4. Seterusnya, datum bertukar ke arah utara di mana 3 huruf berdiri diatas datum utara. Hurufnya bukan la tergantung, tetapi berdiri diatas tapak utara (imagine lagi pusingkan kufinya)

  5. Dan datum bertukar ke arah timur dimana hanya 1 huruf terlibat.

  6. Ada 3 huruf berdiri diatas tapak utara selatan kedua

  7. Seterusnya, 1 huruf berdiri di atas datum barat kedua dan 1 huruf berdiri di atas datum utara kedua.

Harap, anda semua faham la apa yang saya tulis ni. Bukanlah senang nak explain pasal benda ni. iye dok. Kalau nak tanya apa-apa just komen. Btw usha2 la kufinama hadiah daripada saya, kot2 ada nama anda. huhu

p/s: nantikan entry seterusnya, dah boleh baca, kita akan buat plak khat kufi sendiri. Senang je boh!

4 comments

wah , rupanya banyak bentuk ye kaht kufi ni <3 , yang square dengan diamond cantik sgt <3 <3

saya cuba tekan yang translate tu , tapi keluar Arlina Design hm macam mana tu ? ...

tapi agak sukar sikit kalau nak buat bentuk2 lain

terima kasih atas feedback. dah buang terus senang hehe


EmoticonEmoticon