2 event serentak Clash of Clans

Sumber : Sini
Sekali lagi pihak Supercell melancarkan event untuk game Clash of Clans, tapi kali ni bukan 1 event tetapi 2 event sekali gus. Event yang pertama adalah Witch Event dan event ke 2 untuk kali ni adalah 4x Star Bonus


Witch Event

Event yang pertama melibatkan troops iaitu troops Witch. Macam biasa. Apa yang special dan tawaran kali ni offered by game Clash of Clans ni? Seperti biasa % diskaun untuk dark elixir sehingga 90% potongan daripada 360 hingga 36 dark elixir. Tambahan lagi, event ni menawarkan rewards iaitu 300 XP dan juga 30 Gems tetapi dengan syarat. Clasher mestilah menggunakan troops Witch sekurang-kurangnya 4 Witch untuk 3 kali serangan. Jadi dah lengkap semuanya, maka dapatlah XP dan Gems. Event ini hanya ditawarkan selama 2 hari sahaja. Jadi pergunalah sebaik mungkin dengan harga yang murah ni. 


4x Star Bonus

Untuk event ke 2 plak melibatkan star bonus. Jadi bagaimana nak dapatkan star ni? Rasanya semua clasher dah tahu. Nak explain panjang-panjang pun tak perlu. 

Secara ringkas, kita mestilah attack village orang lain sampai lunyai barulah dapat 3 stars. Tak lunyai mungkin dapat 2 atau 1 atau tak dapat star (sebab noob sangat kot hahaha). Selepas dapat total 5 star dalam Multiplayer Battles, clasher akan ditawarkan star bonus berpandukan kedudukan League kita yang disimpan didalam Clan Castle. Tetapi bukanlah setiap 5 star kita dapat star bonus dan iainya reset selepas 24 hours. 

Jadi dengan event kali ni star bonus kita akan diganda 4 kali daripada bonus asal. Tengok table yang aku gigih gila buat. hahaha

4x loot bonus
4x star bonus

Contoh 4x star bonus untuk League Gold I

Start League Master II dah boleh kutip 1M gold dan elixir. Syok ooo!! Untuk event yang ini pula, ia akan berlangsung selama 4 hari. Jadi clasher sebenarnya boleh kutip maksimum sebanyak 4 kali je star bonus. Boleh la dari tiada.

Kalau sudi click la Rezeki saya disini. Terima Kasih 

Jadi Event kali ni dapat apa?
  1. Potongan harga dark elixir untuk troops Witch
  2. Tawaran XP dan Gems
  3. Gandaan 4x untuk star bonus

pssst : dengar cerita akan ada update dari pihak supercell. Apa agaknya? Tunggu je la awal Mei ni nanti.


CLASH ON!!!


EmoticonEmoticon