2 event serentak Clash of Clans

Sumber : Sini
Sekali lagi pihak Supercell melancarkan event untuk game Clash of Clans, tapi kali ni bukan 1 event tetapi 2 event sekali gus. Event yang pertama adalah Witch Event dan event ke 2 untuk kali ni adalah 4x Star Bonus


Witch Event

Event yang pertama melibatkan troops iaitu troops Witch. Macam biasa. Apa yang special dan tawaran kali ni offered by game Clash of Clans ni? Seperti biasa % diskaun untuk dark elixir sehingga 90% potongan daripada 360 hingga 36 dark elixir. Tambahan lagi, event ni menawarkan rewards iaitu 300 XP dan juga 30 Gems tetapi dengan syarat. Clasher mestilah menggunakan troops Witch sekurang-kurangnya 4 Witch untuk 3 kali serangan. Jadi dah lengkap semuanya, maka dapatlah XP dan Gems. Event ini hanya ditawarkan selama 2 hari sahaja. Jadi pergunalah sebaik mungkin dengan harga yang murah ni. 


4x Star Bonus

Untuk event ke 2 plak melibatkan star bonus. Jadi bagaimana nak dapatkan star ni? Rasanya semua clasher dah tahu. Nak explain panjang-panjang pun tak perlu. 

Secara ringkas, kita mestilah attack village orang lain sampai lunyai barulah dapat 3 stars. Tak lunyai mungkin dapat 2 atau 1 atau tak dapat star (sebab noob sangat kot hahaha). Selepas dapat total 5 star dalam Multiplayer Battles, clasher akan ditawarkan star bonus berpandukan kedudukan League kita yang disimpan didalam Clan Castle. Tetapi bukanlah setiap 5 star kita dapat star bonus dan iainya reset selepas 24 hours. 

Jadi dengan event kali ni star bonus kita akan diganda 4 kali daripada bonus asal. Tengok table yang aku gigih gila buat. hahaha

4x loot bonus
4x star bonus

Contoh 4x star bonus untuk League Gold I

Start League Master II dah boleh kutip 1M gold dan elixir. Syok ooo!! Untuk event yang ini pula, ia akan berlangsung selama 4 hari. Jadi clasher sebenarnya boleh kutip maksimum sebanyak 4 kali je star bonus. Boleh la dari tiada.

Kalau sudi click la Rezeki saya disini. Terima Kasih 

Jadi Event kali ni dapat apa?
  1. Potongan harga dark elixir untuk troops Witch
  2. Tawaran XP dan Gems
  3. Gandaan 4x untuk star bonus

pssst : dengar cerita akan ada update dari pihak supercell. Apa agaknya? Tunggu je la awal Mei ni nanti.


CLASH ON!!!

Clear cache iphone

clear cache untuk iphone


Mungkin ada di diantara kita mempunyai masalah space memory phone tak cukup la, bila space dah penuh, phone jadi slow, nak save gambar pun tak boleh. Tapi bila tengok dalam phone, bukanlah banyak sangat pun file sama ada gambar, video, gambar, lagu dan sebagainya. Ini disebabkan oleh file cache yang duduk sementara di dalam phone kita. Jadi apa itu cache sebenarnya? Bagaimana nak hapuskan aka detele terus daripada space memory phone kita? haaa itu yang nak ajar sat lagi. Kebiasaanya yang tak cukup space ni storage yang kecil je macam 16GB ataupn 32GB. 

Apa itu cache?
Dalam maksud ringkas, chache ialah penyimpanan data sementara (temporary) bagi mempercepatkan loading di aplikasi yang pernah anda lawat sebelum ni. Dari erti kata lain, file cache akan disimpan bila anda melawati sesebuah aplikasi ataupun web browser. Jadi semakin banyak ada buka aplikasi jadi makin banyak la file temporary ni sehingga ada delete. 

Untuk clearkan cache ni pada peranti Android tiada masalah, ini kerana banyak apps yang mempunyai fungsi tersebut dan salah satunya adalah AVG Cleaner.

Kalau sudi click rezeki saya disini ... terima kasih sangat

Tetapi untuk peranti iOS seperti iPhone dahulunya dengar kata boleh guna apps Battery Doctor, tetapi lepas beberapa update dan versi baru, fungsi tersebut di buang daripada apps tersebut. So, apps lain aku tak tahu lagi buat masa sekarang.

Jadi kali ni, aku akan tunjuk bagaimana nak clearkan cache tanpa install clear apps. Segala steps seperti dibawah



clear cache untuk iphone
Available space sebelum di clearkan

clear cache untuk iphone

clear cache untuk iphone
Pilih mana-mana movie yang available

clear cache untuk iphone
Pastikan movie tu ada button rent dan saiz rentya lebih besar daripada available space iphone kita

clear cache untuk iphone
Tekan OK

clear cache untuk iphone
Masuk setting nak tengok available space apa yang jadi

clear cache untuk iphone

clear cache untuk iphone

clear cache untuk iphone
Tadaaa... Tadi pada awalnya 87 MB sekarang dah jadi 309 MB
Ikut je steps gambar tu, tak faham boleh tanya. Jadi buat la trick ni beberapa kali sehingga tiada lagi perubahan pada available stroge tu. Biasanya 3 ke 4 kali je kot. Tetapi jika anda tahu mana-mana apps yang boleh digunakan tanpa Jailbreak untuk clearkan cache boleh la kongsikan kt aku dan reader lain di ruangan komen. 


Plaform membuat Khat Kufi


Entry kali ni, aku akan tujukkan beberapa aplikasi smartphone dan beberapa software komputer yang boleh digunakan bagi membuat atau sketch khat kufi. Aplikasi yang aku gunakan ada pada platform Android dan juga iOS. Selain daripada itu, aku tak tahu, sebabnya aku takda pranti tersebut (platform Symbian, Windows Phone dan sebagainya). Manakala untuk komputer hanya pada platform Windows. Tapi sebenarnya pada Mac pun ada software ni semua. So, anda-anda semua dont worry. 


Pada peranti Android, anda boleh menggunakan aplikasi Pixelesque. Anda boleh dapatkan dan download aplikasi ni di Playstore secara percuma


Gambar di Playstore

Gambaran antaramuka Pixelesque di Tab Nexus 7
boleh dapatkannya di sini : Pixelesque

Manakala, pada peranti iOS seperti iPhone ataupun iPad, anda boleh gunakan aplikasi Pixel Design. Anda boleh dapatkan dan download secara percuma di Appstore

Gambar di Appstore
Gambaran antaramuka Pixel Design di iPhone 5S
Boleh dapatkannya disini : Pixel Design


Seterusnya software-software yang boleh digunakan untuk sketch khat kufi seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan yang paling simple adalah menggunakan Microsoft Excel. Semua software ni, ada juga di MacOS selain WindowsOS


Logo Photoshop

Antaramuka Adobe Photoshop

Logo Illustrator

Antaramuka di Adobe Illustrator

Logo Excel

Antaramuka di Microsoft Excel
Bagi aku yang sketch kufi ni sebagai hobi, aplikasi-aplikasi ini lebih mudah. Sambil baring pun boleh sketch. Sebenarnya banyak lagi aplikasi yang ada, cuma ini la yang aku biasa pakai. Manakala untuk software pula, adobe photoshop lebih mudah kot. Sebab tak payah buat macam-macam trick untuk mula sketch jika nak dibandingkan dengan Illustrator or Excel. Tapi terpulang pada anda. Software ni semua boleh digunakan tak kira la version apa anda guna sekali pun. Tiada beza.

Dah siap sketch takkan nak biarkan khat kufi tu dengan 1 warna je kan. Jadi kita perlukan software lain plak untuk edit design. Jadi my suggestion untuk design, boleh guna adobe photoshop dan illustrator. Entry yang akan datang, aku akan tunjukkan bagaimana nak guna setiap aplikasi dan software ini semua. Sekian!

Kufi ON!

Heal Spell Event sedang berlangsung clasher!

Spell event


Tepat jam 4 sebentar tadi, pihak Supercell melepaskan lagi Spell Event untuk game Clash of Clans. Event kali ni adalah Heal Spell Event. Laman rasmi twitter untuk CoC juga telah mengeluarkan kenyataan event tersebut.

Spell Healing berfungsi sebagai penyembuh a.k.a menaikkan semula nyawa setiap troops yang berada di dalam kawasan spell tersebut. Healers juga tidak terkecuali dinaikkan semula nyawanya walaupun namanya healer. Menurut laman wiki CoC, kadar kenaikkan nyawa untuk heroes (archer queen and babarian king) adalah separuh lebih perlahan berbanding troops.

Jadi apa yang pihak supercell tawarkan kali ini? Brew discount ditawarkan sehingga 90% diskaun. Jadi harga asal 24000 elixir kepada 2400 elixir. Tetapi tidak ditawarkan XP dan juga Gems. Seperti biasa event ini ditawarkan selama 3 hari. Jadi boleh la masak healing spell banyak-banyak.


Diskaun spell event


p/s : Nanti event ni nak habis jangan lupa dapatkan elixir lebihan (beli murah, jual mahal)


CLASH ON!



Jump Spell Event Clash of Clans sedang berlansung

Spell event coc


Kepada clasher tegar yang masih setia, Clash of Clans telah memulakan event yang baru iaitu Jump Spell Event menerusi akaun twitter rasminya.

Kepada clasher newbie, Jump Spell ni berfungsi sebagai jalan shortcut troops darat dan heroes menembusi wall dengan melompat melaluinya wall. Jadi takpayah la guna wallbreaker untuk pecahkan wall sebab dah boleh lompat troops. Tetapi spell ni bukan lah on selamanya, hanya beberapa saat bergantung pada level spellnya. Gunalah dengan bijak

Apa yang special event kali ni? Macam biasa team supercell memberikan potongan harga; bukan 20%, bukan 50%, bukan 70% tetapi sehingga 90% diskaun. Jadi apa tunggu lagi, dapatkannya sekarang selama 3 hari. hahaha (dah macam promoter pasaraya plak)

Harga sebenar Jump Spell adalah 31000 elixir, jadi selepas potongan 90% ianya menjadi 3100 elixir sahaja. Tetapi event kali ni, tiada tawaran XP ataupun Gems. So pergunalah sebaik mungkin.

harga sebelum spell event
harga sebelumnya 31000 sekarang dah jadi 3100 untuk 3 hari

diskaun spell event
diskaun-diskaun

p/s : Nanti event ni nak habis jangan lupa dapatkan elixir lebihan (beli murah, jual mahal)


CLASH ON!!! 

Cara baca Khat Kufi


Cara baca khat kufi


Di Malaysia, kaligrafi Kufi di namakan sebagai Khat Kufi Murabba'.

Khat Kufi di antara pelbagai jenis khat yang mengfokuskan huruf-huruf jawi (atau tulisan/bahasa arab) dan mengayakan serta membentuk dalam bentuk bersegi dan geometri.

Pada asasnya, tulisan jawi biasa di ubah bentuk kepada bentuk geometri dan akhirnya mengolah kepada segi empat sama tanpa menukar bentuk huruf secara drastik.

Sebagai contoh, ayat Bismillah dengan tulisan arab di ubah kepada bentuk geometry tanpa mengubah bentuk ayat yang sebernar


Kufi bismillah

Sebenarnya banyak susunan (bukan sahaja segi empat) atau layout yang popular dan boleh dibentuk dengan khat kufi ini. Antaranya ialah layout segi empat tepat/square, free flow, spiral, diamond dan macam-macam lagi. Di bawah adalah contoh setiap layout.

Kufi diamond
Diamond

Kufi spiral
Spiral

Kufi square
Square

kufi salam aid fitri
Free flow

Fokus entry ini kepada bagaimana nak baca kufi square (square layout). Untuk membaca, kita mestilah tahu apa itu datum (base) dan juga flow bacaan. Dimana setiap huruf tegak di atas setiap tapaknya sendiri. Dalam Friends Of Kufi Square (merupakan aktivis khat kufi di Malaysia), kebiasaanya datum kufi dinamakan datum utara, timur, barat, selatan.

Cara baca kufi


Gambaran di atas menunjukkan bagaimana cara nak baca almost standard khat kufi di Malaysia perjuangan FoKS.

  1. Ianya bermula daripada bawah bucu kanan dan bergerak mengikut arah jam daripada luar ke dalam bentuk square tersebut.

  2. Ada 4 huruf yang terlibat dimana huruf tersebut berdiri diatas datum selatan pertama.

  3. Selepas tu, datum bertukar ke arah barat dimana 6 huruf berdiri diatas datum barat. Barat dijadikan tapak untuk huruf itu berdiri (imagine seperti kufi tersebut dipusing)

  4. Seterusnya, datum bertukar ke arah utara di mana 3 huruf berdiri diatas datum utara. Hurufnya bukan la tergantung, tetapi berdiri diatas tapak utara (imagine lagi pusingkan kufinya)

  5. Dan datum bertukar ke arah timur dimana hanya 1 huruf terlibat.

  6. Ada 3 huruf berdiri diatas tapak utara selatan kedua

  7. Seterusnya, 1 huruf berdiri di atas datum barat kedua dan 1 huruf berdiri di atas datum utara kedua.

Harap, anda semua faham la apa yang saya tulis ni. Bukanlah senang nak explain pasal benda ni. iye dok. Kalau nak tanya apa-apa just komen. Btw usha2 la kufinama hadiah daripada saya, kot2 ada nama anda. huhu

p/s: nantikan entry seterusnya, dah boleh baca, kita akan buat plak khat kufi sendiri. Senang je boh!

Energy Booster dengan Performance Drink Shaklee

Performance Shaklee

PERFORMANCE DRINK merupakah minuman bagi penambahan tenaga yang perlu bagi setiap golongan yang aktif dan ceria di dalam keluarga kita.

Performance Shaklee


Kita setiap hari dikenalkan dengan minuman isotonik yang berkarbonat atau bergas yang pasti mengandungi gula yang berlebihan sekaligus tidak sihat untuk tubuh badan kita.

Tapi jika anda peminat minum energy booster, PERFORMANCE DRINK sebagai alternatif kerana iainya minuman bebas karbonat dan juga kurang gula (less sugar!).

Siapakah yang perlukan PERFORMANCE DRINK ini?
  1. Mereka yang sering KELETIHAN dan PENING

  2. ATLET dan mereka yang AKTIF yang mengamalkan gaya hidup yang sihat

  3. Mereka yang bekerja yang memerlukan tenaga

  4. Mereka yang berpuasa (Minum ketika Sahur)

  5. Anda yang demam atau rasa hendak demam

  6. Mereka yang kaki TRAVEL

Apakah keistimewaan PERFORMANCE DRINK ini?
  1. Minuman tidak berkarbonat

  2. Minuman yang sihat iaitu kurang kandungan gula didalamnya

  3. Bersifat isotonik dengan energy booster

  4. Rasanya pun sedap dengan perisa Oren diperkenalkan
Performance Shaklee


PERFORMANCE DRINK ni saya sendiri menggunakannya kerana saya kerap melakukan Jogging di petang hari. Jadi dengan minuman ini, sekaligus dapat meningkatkan tenaga dalam melakukan aktiviti.


Jaminan Ketulenan Shaklee Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Jika anda mahu gunakan PERFORMANCE DRINK ini anda boleh hubungi saya bagi mendapatkan produk ini serta produk Shaklee yang lain


Menerusi Whatsapp = 014 500 8253

atau click DISINI



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Tabung

Tabung