Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Jika sebelum ni aku dah tulis berkaitan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan design atau reka bentuk sendiri photobook dan printing daripada syarikat Photobook Malaysia. Selain menyediakan khidmat design photobook, syarikat itu menyediakan pelbagai lagi servis design seperti design canvas, business card, sticker dan macam-macam lagi. Entry sebelum ini juga aku bagi tahu yang aku dapat voucher percuma daripada pihak photobook untuk saiz small landscape softcover (8" x 6") dan aku dah decide aku nak design photobook menggunakan gambar travel Japan aku sebelum ini. Dan inilah hasilnya.

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Untuk pengetahuan, ini merupakan photobook ke 3 pernah aku design dan tempah dan yang ke 2 milik aku. Kesemua photobook aku design menggunakan software dan bukannya design secara online. Mungkin aku tak suka nak tunggu gambar di upload ke dalam album photobook tu, jadi aku decide guna software which is secara offline. Jadi aku nak tunjuk sikit bagaimana gunakan software tersebut.

Jom Design Photobook

1.   Korang boleh download software photobook designer disini

Photobook Japan Dah Siap

2.   Jika korang pilih untuk Open Existing Project, korang kene download photobook readybook di sini dan jika nak mulakan dengan Create a New Project, boleh mulakan dengan blank photobook. Korang kene tahu photobook readybook tidak banyak berbanding template secara online. Kat sini korang kene kreatif. Sebagai contoh, untuk design ni, aku guna readybook bertemakan DaddyDuties. Tema aku lebih kepada travel tapi ambil tema kepada family. Aku pilih sebab kene dengan citarasa aku. Aku olah la sikit.

Jika dah download file readybooknya, korang mesti run file tersebut dan barulah akan muncul seperti dalam gambar di bawah

Photobook Japan Dah Siap

3.   Jadi bila dah pilih akan keluar seperti di gambar

Photobook Japan Dah Siap

4.   Disini korang akan jumpa macam-macam button dan tab, korang boleh cuba, jangan takut. Sebab ianya boleh undo sehingga kembali asal. 

Pictures placement = tempat korang drag & drop image untuk masukkan ke dalam photobook 
Pages = menunjukkan setiap page photobook kita
Page Styles = menyediakan layout untuk setiap page photobook kita

Disini berlakunya segala design berlaku di bahagian tengah, di mana anda nak drag gambar daripada pic placement atau nak letak wording. Dikanan disediakan edit tab untuk gambar dan word. Tukar font, color font dan macam-macam lagi

Ini sebahagian design setiap page yang ada dalam photobook aku ni

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

5.   Jadi jika semua design korang dah siap, korang boleh proceed untuk buat tempahan untuk printing dengan menekan button cart. Nanti dia akan membawa kepada platform Photobook Malaysia untuk urusan pembayaran. 

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

6.   Selesai buat bayaran, anda diberikan 2 cara untuk upload design beserta gambar-gambar korang tadi ke server Photobook Malaysia. Jika internet cukup laju, korang boleh je gunakan cara upload order. Tapi kat sini aku akan tunjukkan cara nak guna send order via mail untuk internet kelajuan biashe-biashe aje.

Photobook Japan Dah Siap

7.   Anda tekan send order via mail, korang kene tunggu proses compress file korang. Jadi iainya tidaklah mengambil masa yang lama. Jadi bila sudah siap, akan ada sekali lagi pilihan iaitu, send file .zip yang telah siap tadi menggunakan CD/DVD iaitu secara pos ataupun upload terus ke http://www.pbww.org/transfer.

Photobook Japan Dah Siap

8.   Jadi kat sini anda masih lagi perlu upload file tersebut, kalau sebelum ini, photobook aku saiz lebih kurang 40mb je, jadi untuk upload tidak la jadi masalah besar.

Photobook Japan Dah Siap

Photobook Japan Dah Siap

9.   Akhirnya, akan ada pop up mengatakan successful upload. Maka secara rasmi, file korang tadi sudah diupload di server mereka. Jadi disini korang hanya perlu tunggu photobook sampa ke rumah. Ikut pengalaman aku sebelum ini, untuk sampai ke rumah aku mengambil masa kurang 7 hari.

video

Terima kasih sekali lagi kepada pihak Photobook Malaysia untuk photobook percuma sebelum ini. Harap pihak Photobook Malaysia dapatlah bagi lagi lepas ni, boleh buat banyak-banyak hehe

Photobook Japan Dah Siap
1 di Japan, 1 di Istanbul

Desclaimer: ini bukanlah entry berbayar, jadi segala sumber adalah datang daripada pengalaman penulis sendiri

Harga Runcit Produk Petroleum 21 September Hingga 27 September

Harga Runcit Produk Petroleum 21 September Hingga 27 September

Harga Runcit Produk Petroleum 21 September Hingga 27 September | Jadi sudah tiba hari Rabu dimana harga baru prodak petroleum akan diumumkan untuk harga baru selama seminggu berkuatkuasa pada khamis esoknya. Jadi pihak KPDNKK telah mengeluarkan harga baru untuk RON97, RON95 dan DIESEL. Jadi di sini aku sertakan harga baru berkuatkuasa bermula 21 September - 27 September 2017

Jadi dibandingkan dengan harga sebelum ini:

RON95 - 2.21 kepada 2.19 (turun 2 sen)
RON97 - 2.52 kepada 2.49 (turun 3 sen)
DIESEL - 2.14 kepada 2.10 (turun 4 sen)

Terima kasih kerana membaca Harga runcit produk petroleum 21 September hingga 27 September

sumber: Bernama

Kufi Wednesday #35

kufi universiti awam

Universiti Awam
Menurut Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi, jumlah Universiti Awam di Malaysia sebanyak 20 institusi.

UNIVERSITI MALAYA (UM)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

Tarikh Konvokesyen Universiti Awam 2017

Tarikh Konvokesyen Universiti Awam 2017

Tarikh Konvokesyen Universiti Awam 2017 | Jika bulan September sinonim dengan pendaftaran baru pelajar ambilan Ijazah, Oktober dan November sinonim dengan Majlis Konvokesyen atau Majlis Graduasi bagi pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Jadi di sini aku akan kongsikan tarikh-tarikh konvokesyen untuk Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta untuk tahun 2017

Tarikh Konvokesyen Universiti Awam, UA 2017

Universiti Malaya, UM | 21 - 24 Oktober 2017

Universiti Sains Malaysia, USM Ke-55 | 28 Oktober - 2 November 2017

Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Ke-45 | 28 - 31 Oktober 2017

Universiti Putra Malaysia, UPM Ke-41 | 4 - 7 November 2017

Universiti Teknologi Malaysia, UTM ke-59 | 28 - 31 Oktober 2017

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM Ke-33 | 11 - 13 November 2017

Universiti Utara Malaysia, UUM Ke-30 | 18 - 22 November 2017

Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS Ke-21 | 6 - 9 November 2017

Universiti Malaysia Sabah, UMS Ke-19 | 18 - 20 November 2017

Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI Ke-19 | 24 - 26 Oktober 2017

Universiti Sains Islam Malaysia, USIM Ke-15 | 21 - 23 November 2017

Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM Ke-13 | 20 - 21 November 2017

Universiti Malaysia Perlis, UniMAP Ke-10 | 28 - 30 Oktober 2017

Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA Ke-9  | 21 -23 Oktober 2017

Universiti Malaysia Pahang, UMP Ke-12 | 18 - 20 November 2017

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM Ke-8 | (tiada sumber)

Universiti Malaysia Kelantan, UMP Ke-7 | 9 - 11 Oktober 2017

Universiti Malaysia Terengganu, UMT Ke-15 | 18 - 20 November 2017

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM Ke-17 | 14 - 16 Oktober 2017

Universiti Teknologi Mara, UiTM Ke-87

Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam | 14 - 21 Oktober 2017
Dewan Seri Temenggong, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat | 16 - 17 Oktober 2017
Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar | 21 - 23 Oktober 2017
Dewan Besar, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh | 25 Oktober 2017
Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang | 25 - 26 Oktober 2017
Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka | 30 - 31 Oktober 2017
Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan | 31 Oktober - 1 November 2017
Dewan Aspirasi, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun | 1 - 2 November 2017
Dewan Sri Semarak, UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau | 4 - 5 November 2017
Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani | 8 November 2017
Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau | 13 -14 November 2017
Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu | 14 November 2017

Nota:
Graduan dari UiTM Cawangan Melaka akan menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-87 di UiTM Shah Alam.

Tarikh Konvokesyen Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, IPTS 2017

Universiti Kuala Lumpur, UniKL Ke-14 | 21 - 24 Oktober 2017

Universiti Selangor, UNISEL, Ke-12 | 4 - 6 November 207

Open Universiti, OUM Ke-21 | Tengah (26 Nov), Selatan (29 Nov), Utara (30 Nov), Timur (30 Nov), Sabah (2 Dis), Sarawak (2 Dis)

Universiti Teknologi Petronas, UTP Ke-17 | 15 Oktober 2017

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS Ke-20 | 21 - 22 Oktober 2017

Kolej Universiti Insaniah, KUIN Ke-19 | 21 - 22 Oktober 2017

Kolej Universiti TATI Ke-11 | 10 Oktober 2017

Kolej Universiti Islam Melaka, KUIM Ke-21 | 30 September - 1 Oktober 2017

Tarikh Konvokesyen Politeknik 2017

(Status: Muktamad)
Politeknik Seberang Perai | 7 - 8 Oktober 2017

Politeknik Sandakan | 9 Oktober 2017

Politeknik Sultan Azlan Shah | 14 - 15 Oktober 2017

| Selamat Bergraduasi |

Disclaimer: Tarikh-tarikh ni aku kumpul daripada website rasmi universiti tersebut. Jika ada perubahan seterusnya, boleh rujuk universiti tersebut. Untuk UPNM, aku tak jumpa haha Kalau siapa tahu atau nak tambah tarikh lain, boleh komen di bawah. Terima kasih

SUPPORT ME!! POKUCU Contest


Demi support blogger, aku join juga contest kolebrasi pokucu.com dengan sishawa.com. Contestnya bagi aku menarik, kerana pemilihan dibuat sendiri oleh tuan contest iaitu pokucu.com. Lebih menarik lagi dengan hadiah yang ditawarkan iaitu:

  1. Blog domain (dot com) + full blog makeover + selama setahun
  2. Fulll blog makeover by sishawadesign
  3. Gebu SkinCare Set


Untuk blog aku ni, mungkin hanya berpeluang untuk hadiah ke 2 dan ke 3, sebab aku dah punya domain dot com. Tempoh masa yang agak bagi iaitu selama sebulan. Tapi betul aku memang perlukan makeover sedikit blog ni. Harap adalah tuah untuk contest ini bagi ke hadiah ke 2 hehe

Ulasan

Mungkin aku rasa umur blog yang dikelola oleh Zulhelmi lebih kurang 6 bulan sebab posting pertamanya bermula Mac seperti aku juga. Blog kami sama. Blog yang bagus sebab ada identiti dengan memperkenalkan banner atau logo sendiri. Jadi kalau banner/logo tu berada di mana-mana, sekali gus orang akan kenal ini blog Pokucu! Selain itu, dengan adanya navigation bar memudahkan pembaca untuk mencari tajuk apa yang sesuai untuk diri mereka. Kalau aku, aku lebih suka jika blog itu mempunyai navigation bar yang mempunyai pelbagai kategori, kita boleh terus pergi ke page tersebut tanpa scroll one-by-one. Untuk blogger newbie macam aku ni tidak la layak untuk ulas blog orangkan, kita punya blog pun biashe-biashe aje hehe tapi sebagai newbie ni bagi aku secara asasnya di telah meletakkan beberapa widget engagement yang cukup seperti navigation bar, shoutbox, profile, bloglist, followers list, blog archive dan ada beberapa lagi. btw aku rasa theme yang digunakan tu newcon dengan sedikit olahan. kot la. sebab aku pernah guna sekejab hehe

Due: 15 September - 15 Oktober 2017

Menonton Terus Secara Langsung Sukan Para ASEAN Di Stadium

Menonton Terus Secara Langsung Sukan Para ASEAN Di Stadium

Pada 17 September ini, Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 akan membuka tirai dengan acara pembukaan yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Yang menarik kali ni, masuk adalah percuma tetapi anda mesti dapatkan pas upacara terlebih dahulu secara atas talian atau boleh dapatkan terus di stadium. Anda boleh baca di entry sebelum ini untuk dapatkan pas upacara secara percuma.

Sukan Para ASEAN untuk edisi Kuala Lumpu 2017 kali ini, akan berlangsung selama 7 hari dan disertai oleh hampir 1500 atlet dari 11 buah negara Asia Tenggara dengan pelbagai kategori kecacatan dipertandingkan. 

Acara kali ni hampi 16 sukan dipertandingkan antaranya adalah Boccia, Bola Sepak 5 Sebelah, Goalball, Para Olahraga, Bola Tampar Duduk dan banyak lagi. Kene ingat, Malaysia mempunyai beberapa atlet bertaraf dunia buat masa ini didalam suka Para Olahraga. Semoga berjaya untuk semua kontinjen Malaysia. Rising Together! Bangkit Bersama

Menonton Terus Secara Langsung Sukan Para ASEAN Di Stadium

Bagi peminat sukan tanah air, mungkin anda berasa teruja untuk menonton terus secara langsung Sukan Para ASEAN di stadium dan venue pertandingan. Jadi inilah peluang anda. Sukan Para ASEAN kali ini, untuk anda masuk ke dalam venue pertandingan, sekali lagi seperti upacara pembukaan iaitu masuk adalah PERCUMA dan tidak memerlukan tiket pun.


Jadi anda boleh rancang perjalanan anda sukan apa yang anda mahu tonton. Anda boleh terus masuk ke venue tersebut tanpa membuat tempahan tiket terlebih dahulu. Jadi disini aku sediakan jadual acara, venue, masa dan tarikh setiap sukan dipertandingkan
Menonton Terus Secara Langsung Sukan Para ASEAN Di Stadium

p/s: pas masuk upacara pembukaan secara online telah habis!

Info Lanjut Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 : 
Website: https://kualalumpur2017.com.my/
Facebook: kualalumpur2017
Twitter: @KL2017
Instagram: @kualalumpur2017
Youtube: Kuala Lumpur 2017
Harga Runcit Produk Petroleum 14 September Hingga 20 September

Harga Runcit Produk Petroleum 14 September Hingga 20 September

Harga Runcit Produk Petroleum 14 September Hingga 20 September

Harga Runcit Produk Petroleum 14 September Hingga 20 September | Jadi sudah tiba hari Rabu dimana harga baru prodak petroleum akan diumumkan untuk harga baru selama seminggu berkuatkuasa pada khamis esoknya. Jadi pihak KPDNKK telah mengeluarkan harga baru untuk RON97, RON95 dan DIESEL. Jadi di sini aku sertakan harga baru berkuatkuasa bermula 14 September - 20 September 2017

Jadi dibandingkan dengan harga sebelum ini:

RON95 - 2.20 kepada 2.21 (naik 1 sen)
RON97 - 2.48 kepada 2.52 (naik 4 sen)
DIESEL - 2.05 kepada 2.14 (naik 1 sen)

Terima kasih kerana membaca Harga runcit produk petroleum 14 September hingga 20 September

sumber: Bernama

Kufi Wednesday #34

kufi sultan kedah

Merafak sembah dan ucapan takziah kepada kerabat DiRaja Kedah dan negeri Kedah atas kemangkatan

KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Semoga roh Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh

Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 Akan Membuka Tirai

Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 Akan Membuka Tirai

Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 Akan Membuka Tirai | Kuala Lumpur 2017 sekali lagi akan menemui peminat sukan tanah air dengan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017. Sukan kali ni dinamakan Sukan Para ASEAN 2017, merupakan sebuah temasya sukan orang kurang upaya Asia Tenggara yang juga akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sukan Para ASEAN kali ni akan mempertandingkan 16 jenis sukan bermula 17 hingga 23 September 2017 dengan cogan yang sama Bangkit Bersama (Rising Together)

Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 Akan Membuka Tirai

Kali ni seramai 1452 atlet dengan pelbagai kategori kecacatan bakal berjuang didalam acara masing-masing demi negara Malaysia. Jika Sukan SEA Ke-29 sebelum ni, Malaysia mensasarkan 111 pingat emas, kali ni di Sukan Para ASEAN mensasarkan sebanyak 103 pingat emas sekali gus menjadi juara keseluruhan.

Upacara Pembukaan

Sukan Para ASEAN ke-9 akan membuka tirai pada hujung minggu ini bersamaan 17 September di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih menarik, opening ceremony kali ini, masuk adalah percuma tetapi anda mesti dapatkan pas upacara terlebih dahulu.

Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 Akan Membuka Tirai


Selain anda boleh dapatkan pas upacara secara online, anda juga boleh dapatkan pas secara offline iaitu dapatkan terus di Stadium Nasional di kaunter di Gate A, C dan E pada:

16 September - dari 2pm - 6pm atau
17 Septemner - dari 10am - 9pm

Pintu Masuk untuk OKU juga disediakan. Sudah tentu!

p/s : All FREE Entry Passes will have the buyer's name displayed. Any attempt to resell passes online or through any other channels, will be reported to the relevant authorities. Passes are coded and validated at point of entry. Access Control Management decision is final and has the right to refuse entry if ticket has been reproduced/copied/tempered or resold.

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone | Jika korang adalah pengguna iPhone, entry ni untuk korang. Kat sini aku nak kongsi sikit beberapa tips dan trik yang mungkin anda dah tahu atau tidak tahu pada iPhone anda. Tips ni aku jalankan di iphone 5s dengan ios 10.3. Aku rasa iainya masih valid pada iphone-iphone versi ios lain. Harap ianya bermanfaat.

Cara & trik download aplikasi lebih 100mb guna data internet telco

1. Download aplikasi yang melebih 100mb seperti biasa di Appstore
2. Klik OK pada pop up yang muncul

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

3. Ada 3 cara yang korang boleh cuba untuk langkah seterusnya :

  1. Anda boleh aktifkan Airplane Mode pada Settings > Airplane Mode atau pada Control Center dan tunggu selama 10 saat. Selepas 10 saat, nyahaktifkan (disable/off) AirPlane Mode.
  2.  Matikan data selular pada Settings > Cellular/Mobile Data, kemudian hidupkan (restart) peranti dan selepas restart tunggu selama 10 saat. Selepas 10 saat, aktifkan semula data selular.
  3. Mati dan hidupkan (restart) semula peranti, terus aktifkan Airplane Mode selama 10 saat. Selesai 10 saat, nyahaktifkan Airplane Mode.


Cara tukar signal bar kepada signal digital

Tujuan digital signal menunjukkan lebih tepat kekuatan signal line telefon di dalam bentuk digital iaitu bentuk angka. Angka yang dekat dengan 0 adalah lagi bagus.

1. Klik pada phone
2. Di tab Keypad, dial *3001#12345#* dan tekan button call
3. Field test display mod akan muncul
4. Tekan power button sehingga keluar slide to power off
5. Tekan home button sehingga keluar ke homepage semula

-50 > -75 πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
-75 > -90 πŸ‘πŸ‘πŸ‘
-90 > -110 πŸ‘πŸ‘
-110 > above πŸ‘

Cara aktifkan signal digital
Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Lihat bahagian signal dah tukar ke digital daripada signal bar

Jika korang nak tukarkan kembali kepda signal bar korang boleh ikut cara dibawah

1. Klik pada phone
2. Di tab Keypad, dial *3001#12345#* dan tekan button call
3. Field test display mod akan muncul
4. Hanya tekan home button sekali
5. Signal bar akan kembali

 Cara nyahaktif / tukarkan semula kepada signal bar
Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone
Nanti akan bertukar ke signal bar kembali

Cara iPhone sebut nama caller

Fungsi Announce Calls adalah apabila caller menalifon kita, secara automatik nama caller yang kita save di phonebook akan disebut ketika ringing.

1. Pergi ke Setting
2. Tekan Phone setting
3. Pilih Announce Calls
4. Mark dan pilih Always

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

Tips & Trik Menarik Untuk Pengguna iPhone

sumber aug.my

Trivia Menarik Disebalik Filem Seram IT

Trivia Menarik Disebalik Filem Seram IT

Trivia Menarik Disebalik Filem Seram IT | Filem yang tengah hangat sekarang di panggung wayang antaranya adalah filem seram badut bersama belonnya iaitu IT. Kenapa IT? Ianya kerana menggambarkan watak antigonis, badut tersebut bernama Pennywise tidak tahu akan identiti serta jantinanya, makan IT diberi nama filem. Filem ini merupakan adaptasi daripada novel yang ditulis oleh Stephen King. Kata penonton yang sudah menontonnya, filem seram ni lain dari yang lain. Ya! agak seram. Jadi mana-mana yang nak menonton. Have fun and You'll Float Too!

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 7 September 2017
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 2 Jam 15 Minit
Pelakon: Bill SkarsgΓ₯rd, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Wyatt Oleff
Pengarah: Andres Muschietti

Trivia Menarik Disebalik Filem Seram IT

Sinopsis Ringkas

Apabila kanak-kanak penduduk tempatan mula hilang seorang demi seorang di pekan Derry in Maine, tujuh kanak-kanak yang dikenali sebagai The Losers Club bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu. Mereka mendapati diri mereka perlu menentang badut jahat bernama Pennywise, yang mempunyai sejarah membunuh sejak berabad dahulu. Selepas 27 tahun penemuan terakhir mereka dengan Pennywise, kanak-kanak mula hilang semula dan kumpulan ini kembali bergabung untuk menghentikan perkara buruk itu sekali lagi.

Trivia Menarik

  1. Mata Pennywise akan menunjukkan 2 arah yang berbeza. Pengarah IT tersebut pada awalnya akan membuat CGI pada mata Pennywise, tetapi pelakon clown tersebut Bill Skarsgard  mampu membuatkan mata tersebut tanpa bantuan CGI.
  2. Walaupun watak Pennywise merupakan watak yang utama dan penting dalam filem ni, tetapi hanya selepas separuh perjalan dalam pembikinan filem ini, barulah watak Pennywise bermula dimainkan.
  3. Betapa seram dan ngerinya watak Pennywise yang dilakonkan oleh Bill Skarsgard ni sehingga ramai kanak-kanak yang ketakutan dan sehingga mengeletar badan ketika Bill mula untuk berlakon. Selesai sahaja berlakon, ramai kanak-kanak yang menangis di set tersebut. Selepas rasa serba salah, Bill akan meminta maaf kepada kanak-kanak tersebut atas pekerjaannya.
  4. Filem IT ni sinonim dengan no 27. Mari kita lihat! Filem ini ditetapkan untuk dikeluarkan 27 tahun selepas cerita asal di TV. Menurut novel adaptasi IT ini, disebutkan bahawa IT kembali kepada Derry kira-kira setiap 27 tahun. Jonathan Brandis, yang memainkan watak Bill ketika muda dalam filem asal, meninggal dunia pada umur 27 tahun. Filem ini dikeluarkan satu bulan selepas hari jadi ke-27 Bill Skarsgard yang memegang watak Pennywise. 
  5. Pennywise bertutur bahasa Swedish kadang kala ketika berlakon.
  6. Filem ini adaptasi novel daripada penulis terkenal Stephen King. Jadi 6 bulan sebelum filem ini disiarkan, ianya ditunjukkan dahulu kepada beliau dan yang bagusnya, Stephen King begitu kagum dengan hasil kerja Andres Muschietti yang dirasakan sangat berjaya.
  7. Filem IT telah memecahkan rekod yang dipegang oleh The Fate of the Furious (139 juta tontonan) iaitu penonton paling ramai pada trailer pertama iaitu sebanyak 197 juta tontonan dalam masa 24 jam selepas disiarkan.
  8. Katanya, Bill mengalami beberapa mimpi buruk ketika tidur di set iaitu selepas selesai berlakon. Sungguh bawa watak, sampai bawa ke mimpi. fuh!
  9. Untuk membuat ekspresi seram lebih real pada pelakon remaja yang digelar The Losers Club ketika pertemuan pertama bersama badut, pengarah mengarahkan Pennywise hanya muncul bersama pelokon tersebut di dalam set dan ketika berlakon. Mahu terkucil budak-budak tu.
  10. Bill SkarsgΓ₯rd dilatih dengan seorang contortionist untuk peranannya dalam filem itu.
  11. Penggambaran bermula pada 27 Jun 2016 dan secara rasminya tamat pada 20 September 2016, satu hari sebelum penulis Stephen King berumur 69 tahun.
  12. Fakta September pula. Novel IT diterbitkan pada September 1986. Filem IT ditayangkan pada September 2017. September juga bulan kelahiran Stephen King, 21 September 1947.
  13. Poster asal untuk "A Nightmare on Elm Street 5" dapat dilihat di salah satu adegan.

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY

tengkubutang

6 juta pageview! 

GIVEAWAY terbuka kepada semua rakan blogger di Malaysia. GIVEAWAY bermula pada hari ini, 08hb Ogos 2017, iaitu tepat jam 01.20 tengahari sehingga 31hb Ogos 2017 (jam11.59 malam). Semua Blogger di Malaysia dijemput menyertainya. Sebab tarikh dilanjutkan, aku boleh join. Semoga berjaya semuanya.

TARIKH TAMAT DILANJUTKAN SEHINGGA 12.9.2017

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini

Robot Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba | Pada bulan Mei yang lepas, jika anda peminat Gundam pasti anda tahu bahawa patun gergasi RX-78-2 Gundam di telah pun dicabut oleh pihak Gundam. Mungkin ramai yang kecewa bila dengar berita ini masa tu. Tapi bukan dengan berita itu saja, pihak Gundam juga telah memberi tahu bahawa RX-78-2 bukan sahaja dicabut malah akan di ganti dengan Gundam yang baru iaitu Gundam Unicorn.

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini

Aku sebelum ini pernah jejak kaki di Tokyo dan berpeluang melawat Odaiba secara dekat pada tahun 2016. Aku juga berkesempatan untuk datang di Divercity Tokyo Plaza dan melihat sendiri betapa besarnya patung gergasi RX-78-2. Kalau pada robot gergasi yang lama, hanya kepala yang bergerak dengan pusing ke kiri dan ke kanan.

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini
 Gambar di waktu petang

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini
Gambar di waktu malam

Berbeza dengan Unicorn, melalui maklumat di internet, saiz robot gergasi Unicorn Gundam ini lebih besar daripada RX-78-2 dan katanya ada 2 mod iaitu normal mod dan mod pemusnah! Ianya sudah tentu berbeza dengan Gundam sebelum ini. Korang boleh tengok video dibawah nanti bagaimana bentuk mod pemusnah tersebut.

Sedikit info berkaitan Unicorn Gundam ni:

Nama: RX-0 UNICORN GUNDAM Ver.TWC
Tinggi keseluruhan: 19.7m
Berat: 49 tan
Tarikh pembukaan: 24 September 2017, Ahad
Alamat: Tokyo, Koto, Aomi 1-1-10 DiverCity Tokyo Plaza Festival Plaza

Jadi mana-mana peminat Gundam atau traveler yang akan berkunjung di Tokyo pada masa terdekat ini, jangan lupa pada 24 September ini secara rasmi pembukaan Unicorn Gundam di Odaiba. Kalau korang nak tahu lebih lanjut perjalanan Unicorn Gundam (ada gambar, video, cerita) ini, korang boleh follow twitter yoshi115t, tetapi tweetnya dalam bahasa Jepun la.

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini
Pandangan hadapan

Robot Gergasi Unicorn Gundam Bakal Menemui Peminat Di Odaiba September Ini
 Pandangan belakang


Tabung

Tabung